Chereads / Dia Imam Mudaku! / Chapter 3 - Bab 3

Chapter 3 - Bab 3

"Nazirah, bangun. Kita dah sampai tapak perkhemahan," kejut seseorang.

Aku, yang baru tersedar dari tidurku, memandang orang yang mengejutku dengan penuh tanda soal. Di mana pergi semua orang? Kenapa lelaki ini mengejutnya, bukan Farah?

"Kenapa awak yang kejut saya? Mana Farah?" soalku kepada Isyraf.

Ya, Isyraf adalah orang yang mengejutku. Soalan-soalan lain akan aku tepiskan kerana tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah atau buruk sangka.

"Hm. Semua dah turun dan sedang memasang khemah secara berpasangan. Farah dah turun dulu. Mungkin merajuk kot," jawab Isyraf.

"Merajuk? Asal eh?" soalku lagi sambil mengikutnya menurun dari bas itu.

"Mungkin sebab saya asyik menegurnya untuk berhenti merenung muka saya. Awak pergi cari pasangan khemah awak dan pasang khemah bersama," kata Isyraf.

Aku menggelengkan kepala mengenang sikap sepupu aku yang satu itu. Dengan segera, aku melangkah keluar dari bas dan mencari Farah.

'Sudah tak kejutkan aku, habis tu tinggalkan aku sendiri. Agak-agaklah. Nasib Isyraf kejutkan aku,' bisik hati kecilku.

Sedangku cari Farah, ada seseorang memanggilku, "Nazirah, dekat sini.. Kau lambatlah."

"Maafkan aku. Salah kau juga sebab tak kejutkan aku. Meh sini aku tolong kau pasang khemah," kataku.

"Aku dah nak habis ni.. Kau pergi ambilkan tali kecik untuk ikat ni," arah Farah.. Aku akur dan mencari tali kecik. Sesudah jumpa tali kecik, aku bagi dekat dia.

"Jom," kata Farah.

"Jom pergi mana?" soalku.

"Jom pergi jumpa buah hati aku. Entah dah ke tidak dia dah siapkan khemah dia tu," balas Farah. Inilah yang aku tak suka. Asyik-asyik Isyraf. Isy, apalah nasib aku ada sepupu macam ini. Kami ke tempat di mana Isyraf masih tengah memasang khemah.

"Hai Isyraf. Awak belum siapkan khemah lagi? Setahu saya, awak dah siapkan bukan?" soal Farah dengan ayu sementara aku pula rasa loya di tekak aku.

"Oh hai. Ya, saya dah siapkan. Saya tengah tolong pasangkan khemah Zahra," kata Isyraf sambil memasang khemah.

"Asal pula awak tolong dia? Dia ada kaki dan tangan. Suruhlah dia buat sendiri," sindir Farah dengan nada kuat.

"Asal dengan kau? Suka hati aku nak suruh siapa pasangkan khemah aku. Lagipun aku minta tolong Isyraf, bukan kau bukan," balas Zahra yang kebetulan sedang lalu di situ.

"Isy budak ni.. Aku sekeh kepala dia."

"Marilah sekeh kepala aku."

Mereka sedang gaduh sementara aku dah pening kepala tengok mereka. Isyraf sekadar melakukan kerjanya tanpa menghiraukan pertengkaran mereka berdua.

"Eh eh. Sudahlah itu gaduhnya. Tak malu ke gaduh kat depan lelaki? Kau berdua bergaduh sampai tahun depan pun tak habis. Farah, mari kita kumpul dekat depan tu," kataku sambil menarik Farah bersamaku.

"Nazirah," panggil Isyraf. Aku pandang ke arah Isyraf dengan keliru.

"Terima kasih," kata Isyraf. Aku dah keliru. Apa yang aku buat sampai dia nak kena terima kasih kat aku? Tapi aku cuma membalas senyuman.

-----------------------------------------------------------

"Semua dah ada di sini? Sekarang cikgu sudah senaraikan setiap murid dalam kumpulan.. Setiap kumpulan ada dalam 6 ahli kumpulan. Selepas itu, pilih satu ketua kumpulan dan satu pembantu kumpulan dalam kumpulan masing-masing. Saya akan serahkan kepada Cikgu Aina untuk memberitahu kumpulan masing-masing. Cikgu Aina, silakan," kata Cikgu Zul, cikgu paling garang dalam sekolah kerana memegang jawatan guru disiplin.

"Terima kasih Cikgu Zul. Baik, setiap 6 orang yang saya panggil sila ke hadapan dan membuat bulatan antara kumpulan masing-masing. Faham?" kata Cikgu Aina. Kesemua murid-murid Menengah 2 mengangguk.

"Kumpulan satu: Naila (2A), Amir (2B), Halizah (2A), Haikal (2C), Amsyar (2B), Nurin (2C).

Kumpulan dua: ...

Kumpulan tiga: ...

Kumpulan empat: ...

Kumpulan lima: Laila (2B), Fahim (2C), Isyraf (2A), Suzy (2C) , Nazirah (2B), Rizal (2A).

Kumpulan enam: Zahra (2A), Farah (2B), Lily (2C), Faiz (2C), Iskandar (2B), Mikail (2A).

Cikgu bagi 15 minit untuk berbincang dan memilih ketua kumpulan dan pembantu kumpulan," sebut Cikgu Aina.

Zahra dan Farah pandang aku semacam bila dengar aku sama kumpulan dengan Isyraf. Bulu roma aku naik semacam. Nasib baik dalam kumpulan aku ada Laila, yang sama kelas dengan aku dan Suzy, yang sama kelas bahasa melayu dengan aku.

Apabila dengan kumpulan masing-masing, Fahim bertanya, "Siapa nak jadi ketua kumpulan? Atau dalam kata lain, lebih sesuai untuk jadi ketua kumpulan? Satu lelaki, satu perempuan. Sekurang-kurangnya adil."

"Aku rasa Isyraf lebih sesuai," kata Rizal.

"Asal kau kata seperti itu?" soal Suzy. Semua mengangguk termasuk Isyraf kerana mahukan penjelasannya.

"Selama aku berkenalan dengan Isyraf, aku nampak yang Isyraf ni jenis yang bertanggungjawab, penyabar, amanah, bertimbang rasa, rajin dan adil. Aku tak rasa yang dia ni jenis yang pentingkan diri sendiri, penipu, tidak bertimbang rasa dan egoistik. Sebab itu, aku rasa Isyraf lebih sesuai untuk jadi ketua kumpulan," jelas Rizal kepada ahli kumpulannya yang lain dan sambung kata-katanya, "semua setuju dengan apa aku cakap dan pilihan aku? Sesiapa yang tak setuju boleh beri pandangan mereka."

Semua hanya setuju dengan pilihan Rizal. Suzy pula bertanya, "Siapa nak jadi pembantu kumpulan?"

"Aku rasa Nazirah layak kerana dia suka bantu orang walaupun dia nakal. Dia juga seorang prihatin terhadap kawan-kawan dia, suka beri pandangan dia terhadap sesuatu yang dia kurang setuju atau terhadap sesuatu," kata Laila.

Semua mengangguk kecuali aku yang masih terkejut dengan penjelasan Laila. Laila pandang aku dan bertanya, "Kau setuju?"

Aku balas, "Aku setuju jika semua setuju."

Seharian itu, kita mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua ahli kumpulan.

-----------------------------------------------------------

Pada hari dua perkhemahan, selepas bersarapan, murid-murid telah disuruh untuk berkumpul di tempat berkumpul.

"Murid-murid sekalian, saya ingin mengatakan bahawa setiap kumpulan akan mengadakan aktiviti-aktiviti masing-masing. Kemungkinan ada di antara kumpulan-kumpulan akan mempunyai aktiviti yang sama. Sekarang, setiap kumpulan ikut fasil-fasil kamu ke tempat ditetapkan," kata ketua fasil, Linda.

Aktiviti pertama untuk kumpulan aku pada hari ini adalah untuk membina sebuah bot yang diperbuat daripada kayu dan ranting. Kumpulan aku harus untuk bertanding dengan kumpulan sepupu aku. Siapa lagi kalau bukan si Farah tu. Setelah membina bot tersebut, dua orang harus mencuba untuk kayuh bot itu untuk mendapatkan hasil. Bot kumpulan Farah tidak berjaya manakala kumpulan aku berjaya. Bot mereka ini macam tak ketat langsung. Aktiviti itu memakan masa sejam dua juga. Nasib baik kita mula aktiviti itu pada jam tujuh setengah pagi, kalau lambat, memang susahlah. Mana tak, kalau mula aktiviti itu pukul sembilan, nanti pula tak sempat makan tengah hari. Aktiviti seterusnya adalah perjalanan bukit. Aktiviti ini mencabar setiap murid secara fizikal dan mental untuk mendaki bukit tersebut bersama kumpulan dan di atas bukit itu akan lihat pemandangan yang setiap orang inginkan.

TBC