Qaseh Baiduri meletakkan bakul pakaiannya di tepi batu besar yang ada di tepian sungai. Perlahan-lahan dia masuk ke dalam air sungai yang bersih, tenang dan jernih itu.
Petang-petang begini memang best jika dapat berendam di sungai seperti ini. Hilang terus rasa letih dan panas badan yang dialaminya sepanjang hari ini.
Awal-awal pagi, dia sudah terpaksa meredah hutan untuk mencari kayu api, kalau tak dicari, tak berasaplah dapur rumahnya. Nak harapkan siapa lagi, dia hidup sebatang kara yang ada pun itu, yang sedang bertenggek di atas batu itulah satu-satunya saudara yang dia ada, harta hasil peninggalan arwah ayah dan ibunya. Shantik namanya secantik dan semanja haiwan itu. Itulah nama gelaran kepada seekor merpati putih kesayangan keluarga yang masih setia berada disampingnya.
Sedang asyik bermandi-manda tiba-tiba gegendang telinganya menangkap bunyi sesuatu. Ia kedengaran seolah-olah ranting kayu yang patah akibat di pijak.
Perlahan-lahan dia menapak keluar dari anak sungai itu lalu menyembunyikan diri di sebalik batu-batu yang terdapat di situ. Dalam hati hanya berdoa agar apa yang didengarnya selama ini tentang hutan ini tidak terjadi keatas dirinya.
Penat berburu, dia bersama tiga lagi orang suruhanya berhenti merehatkan diri disebuah kawasan lapang didalam hutan berkenaan. Lagipun, hari sudah kelihatan semakin gelap dan mustahil mereka dapat keluar dari hutan berkenaan dengan mudah.
"Tengku, apa kata kalau kita bermalam saja disini." cadang salah seorang dari pengikutnya.
"Baiklah, kalian bentangkan khemah terlebih dahulu sementara patik pergi meninjau di kawasan sekitar." Arahnya tegas.
"Hati-hati Tengku. Keadaan semakin gelap, bimbang Tengku tak jumpa jalan pulang nanti." pesan seorang lagi.
"Tak perlu risaukan patik. Patik sudah terbiasa dengan hutan ini." Jelasnya lantas berlalu dari situ dengan menunggang kuda putihnya.
Dari jauh dia melihat ada sekumpulan lelaki sedang melakukan sesuatu. Biasalah, masuk kedalam hutan ini, mesti akan terjumpa dengan situasi seperti ini. Angel Forest memang terkenal dengan perompak. Mereka merompak setiap pedagang yang melalui hutan ini untuk menuju kepekan yang tidak jauh dari Angel Forest ini. Walaupun ia agak bahaya namun hutan ini bukanlah hutan yang menyeramkan kerana ditengah-tegah hutan ini terdapat laluan untuk ke pekan namun disebabkan kawasannya yang agak tersorok dari pandangan, ia menjadikan perompak-perompak berkenaan memilih Angel Forest sebagai tempat mereka melakukan kegiatan tidak bermoral berkenaan.
Dikoyaknya sebahagian dari kain yang melingkari pinggangnya lalu diikat menutupi separuh dari wajahnya kerana dia tidak mahu ada sesiapa yang mengenalinya.
Selesai membuat penyamaran yang dirasai selamat dia terus menunggang kearah kumpulan berkenaan.
"Hoi! Apa yang kamu buat di sana?" Jerkahnya lantang.
Sebaik mendengar jerkahan berkenaan mereka terus melepaskan mangsa dan terus meninggalkan kawasan berkenaan dengan menunggang kuda.
Dia terus mengejar namun tanpa dia sedari bahunya terseret kearah sebatang dahan pokok yang patah dan mengakibatkan pangkal bahunya mengalami luka yang agak dalam.
Tanpa menghiraukan luka tersebut, dia tetap meneruskan kejarannya namun kelibat mereka berjaya hilang dari pandangan. Dia melingas pandang disekitar kawasan berkenaan sambil memusing-musingkan larian kudanya yang sudah perlahan itu.
"Mana dorang ni lari?" luahnya hairan.
Sementara itu, Qaseh hanya mampu mengintai dari sebalik batu-batu besar. Dari celahan batu tersebut kelihatan seorang lelaki yang memakai topeng sedang menunggang seekor kuda dan lelaki berkenaan mundar-mandir di seberang tebing sana.
Lelaki itu melompat turun dari kuda yang ditungganginya lalu melangkah masuk kedalam sungai berkenaan setelah melucutkan sebahagian dari pakaian yang tersarung ditubuh badannya.
Qaseh hanya mampu membatukan diri disitu. Matanya kaku memandang sosok tubuh yang sudah berada didalam air dengan ikatan masih berbalut pada wajahnya itu.
"Argh!" terdengar satu jeritan halus dari lelaki berkenaan.
Qaseh menekup mulutnya. Terkejut melihat ada aliran darah pada pangkal bahu tubuh tersebut. Dia mengalihkan pandangan kearah bertentangan. Tak berani lagi dia memandang tubuh berkenaan, ngilu rasanya sampai ke tulang.
"Apa yang awak buat disini?" soalan itu mengejutkan Qaseh dari persembunyiannya. Qaseh memandang tepat kearah lelaki yang sudah lengkap berpakaian yang sedang berdiri di hadapanya itu.
"A...awak siapa?" soal Qaseh terkejut dengan sapaan tersebut.
"Awak pulak buat apa dekat dalam hutan ni?" soal lelaki berkenaan.
"Sa...saya datang untuk membersihkan diri." jelas Qaseh takut-takut.
"Awak dah gila agaknya. Awak tak tahu atau pura-pura tidak tahu. Hutan nikan tempat singgahan perompak." ujar lelaki bertopeng itu.
Hairan pulak dia kerana masih ada manusia yang mendiami hutan sebegini. Seorang gadis pulak tu. Apa dia tidak takut agaknya dengan berita yang tersebar luas mengenai Angel Forest ini. Ataukah dia jugak mempunyai agenda yang tertentu.
"Maaf saya pergi dulu." ujar Qaseh meminta keizinan untuk berlalu. Dicapainya bakul yang berisi pakaian tadi lalu melangkah ingin meninggalkan lelaki tersebut.
"Eh, nanti." lelaki bertopeng berkenaan menarik bakul yang digalasnya mengakibatkan tubuhnya sedikit terdorong kebelakang.
"Maaf, saya nak cepat. Waktu sudah hampir senja, nanti sukar untuk saya cari jalan pulang." ujar Qaseh. Tanpa menunggu lama, Qaseh terus berlalu tanpa memperdulikan lelaki bertopeng berkenaan. Langkahnya dipercepatkan dan kemudian terus berlari meninggalkan kawasan berkenaan.
Dia hanya menghantar pemergian gadis itu dengan pandangan dan rasa terkilan kerana tidak dapat mengenali siapa gadis berkenaan dan dimana dia tinggal sehingga membawanya kesini.
Akhirnya, dia turut berlalu dari situ dengan fikiran yang penuh tanda tanya. Siapa gadis itu dan kenapa dia berada didalam hutan ini sendirian.
Fikirannya masih mengingati kejadian ditebing sungai petang tadi. Selama dia membuat rondaan disekitar Angel Forest, dia belum pernah terserempak dengan gadis berkenaan. Inilah julung-julung kalinya.
Tubuh penatnya dibaringkan diatas kain yang telah dibentangkan bagi melapik bahagian bawah khemah tersebut. Walaupun kurang selesa namun dia tetap melelapkan matanya. Namun tidak lama kemudian dia terbangun dari tidurnya akibat diganggu oleh satu suara yang seakan-akan menyeru namanya berulang kali. Tubuh ditegakkan dan mata melingas ke sekeliling tempat ia berada.
Dari sebalik pintu khemah yang beralun ditiup angin, dia melihat ada sesosok tubuh gadis yang sedang berdiri berhampiran unggun api yang telah dihidupkan oleh pengikutnya semalam sambil membelakanginya. Perlahan-lahan dia bangun dan mencapai kain yang melindungi wajahnya tadi, kemudian diikat semula kain berkenaan diwjahnya lalu mengorak langkah kearah kelibat tersebut tanpa memikirkan segala kemungkinan akibat dari tindakkan melulunya.
Tidak semena-mena kelibat gadis berkenaan berpaling memandang kearahnya. Terkesima dia seketika sebaik terpandang jelas dimatanya raut wajah gadis tersebut.
Beberapa kali, tangan naik menggosok kelopak mata kerana ingin memastikan apa yang sedang berada didepannya bukan igauan atau hayalannya semata-mata.
Nalurinya kuat mengatakan gadis itu bukanlah jelmaan dari makhluk yang berada didalam hutan ini.