Chereads / MY MASK MAN / Chapter 3 - BAB 2

Chapter 3 - BAB 2

"Encik, tolong saya. Tolong selamatkan saya." Kata gadis itu dengan jelas sebaik dia menghampiri gadis berkenaan.

"Awak siapa dan apa yang membawa awak datang ke sini?" soalnya hairan.

"Maaf encik, saya datang sekadar ingin meminta pertolongan. Suatu hari nanti encik akan tahu siapa saya. Naluri saya kuat mengatakan hanya encik yang mampu menyelamatkan saya dan dengan apa yang encik miliki, saya pasti saya tidak tersalah meminta." ujar gadis itu dalam sendu. Dia kelihatan sedikit resah dan agak pucat tidak bermaya.

Pakaian yang sedia lusuh itu sedikit terkoyak di bahu dan di situ terlihat jelas kesan-kesan luka yang di alami oleh gadis berkenaan. Timbul rasa bersalah di dalam diri. Dia mengeluh.

"Selamatkan awak tapi dari siapa?" Soalnya bingung berbaur simpati. Masakan di dalam hutan malam-malam begini pula, masih ada gadis yang berani berkeliaran. Tidak takutkah dia dengan segala khabar angin yang selalu bermain dari bibir kebibir masyarakat berhampiran.

"Ya, selamatkan saya. Saya tak pasti siapakah dia cuma yang saya tahu awak tahu siapa dia dan di mana saya." Ujar gadis itu sambil menundukkan kepala menekur tanah.

Dia sudah tidak mampu berlama di sini kerana jasadnya di sana semakin lemah. Tenaganya semakin berkurangan akibat dari perbuatan tidak berperikemanusiaan.

"Apa maksud awak?" soalnya kebingungan.

Gadis itu kelihatan jelas dihadapannya. Sudah tentu dia tidak bermimpi sama sekali. Tapi masih ada keraguan di dalam hatinya kerana baru sebentar tadi  gadis berkenaan memberitahunya bahawa dia sedang di kurung di suatu tempat.

"Saya nak awak tolong lepaskan saya itu saja. Hanya awaklah harapan terakhir saya," jawab gadis berkenaan lagi.

"Tapi saya tak kenal siapa awak jadi macam mana saya nak tolong awak lagipun kalau awak disiksa, bagaimana awak boleh berada disini? Soalnya keliru. Meriding segala romanya bila menyaksikan gadis itu kian menghampirinya.

"Ini tempat saya. Saya tinggal di sini. Kalau encik masih meragui saya, saya akan memperlihatkannya pada encik tapi sekarang keadaan saya sudah cukup lemah untuk berbuat begitu." Gadis itu terduduk melutut di hadapan pemuda itu.

"Sebenarnya dengan ilmu yang encik ada, encik boleh tahu di mana keberadaan saya. Saya yakin kerana itulah saya boleh berhubung dengan encik dengan cara begini." Terang gadis itu bersungguh.

Dia semakin bingung dengan apa yang sedang di laluinya sekarang. Hendak percaya, terasa seakan tidak masuk akal tapi dalam hati dia seolah turut merasai kesakitan yang di rasai oleh gadis itu lewat raut wajah yang dipamerkan.

"Saya tunggu kedatangan encik. Jika encik lewat, harapan untuk saya hidup bakal menjadi mimpi." Serta merta gadis itu hilang dari pandangannya.

Dia terperanjat dan jatuh terlentang. Perlahan-lahan dia mengesot ke belakang untuk kembali ketempat perkhemahan mereka bertiga.

DENGAN wajah yang bengis, Lelaki bertubuh tegap itu mendekatinya. Dia orang keutamaan istana dan dia juga seorang pembesar yang zalim. Sanggup menyakiti sesiapa saja yang ingkar dengan kemahuannya.

Jari jemarinya asyik bermain dengan bentuk-bentuk cincin yang tersarung kemas di jari.

"Awak masih berpeluang untuk menarik balik kata-kata awak tu." Dia masih berusaha memujuk gadis dihadapannya itu.

"Aku kata tak nak. Kau tak faham ke?" Soal Qaseh lemah.

Tiba-tiba!

"Argh!" jerit gadis itu sebaik tubuhnya disimbah cecair merah pekat yang sering disebut orang sebagai air durhaka itu. Terasa bagai terlerai segala isi tubuhnya akibat air durhaka itu mengenai luka-luka ditubuh badannya. Semakin membuak darah yang keluar dari luka-luka berkenaan.

"Ubah sahaja pendirian kamu jika tidak mahu terus disakiti. Hamba akan mengarahkan pangawal untuk membawakan penawar racun ini." ujar lelaki itu lagi.

"Ti...tidak, a...aku tak akan tun...duk pada na...nafsu se..rakah kau." ujarnya tegas. Biarlah tubuhnya sakit dan perit namun untuk tunduk pada lelaki yang tegap berdiri didepanya itu tidak sekali-kali.

Pang!

Satu tamparan singgah dipipinya. Sekali lagi terasa perit pipinya akibat tamparan lelaki berkenaan. Marah gadis itu meludahi wajahnya.

"Pengawal! Hamba mahu kamu siksa dia habis-habisan." Titah pembesar istana itu lalu pergi meninggalkan kurungan tersebut. Panas betul hatinya akibat penolakkan itu. Dia sudah merancang agenda disebalik penyatuan mereka memandangkan gadis itu adalah seorang peramal yang hebat serta seorang yang agak mahir dalam ilmu kebatianan.

Dia mahu kuasi dunia dengan ilmu yang dimiliki gadis itu sekaligus menjatuhkan tampok pemerintahan yang ada sekarang.

Dia masih terikat lemah disitu. Terasa sakit dan perit seluruh tubuhnya. Kesakitan sewaktu disimbah dengan air durhaka semalam masih lagi dapat dirasinya sehingga sekarang. Masih lagi menyengat kulit dan isinya.

Mata dipejamkan seketika untuk menjemput semangat lelaki bertopeng berkenaan agar datang menemuinya disini.

"Awak tolong saya." serunya untuk kesekian kali dan masih berharap lelaki bertopeng itu sudi datang menolongnya.

Angin yang tiba-tiba menderu itu telah mengejutkannya dari terus terbaring diatas katil.

Dia bangun lalu mendekatkan dirinya dengan pintu yang dilalui angin berkenaan.

"Awak tolong saya." suara tanpa jasad itu menyapa gegendang telinganya.

"Awak dimana?" soalnya ingin tahu.

"Ada disekitar awak. Awak cepat tolong saya. Saya sudah tidak berdaya lagi dan saya  tidak mungkin dapat berhubung dengan awak lagi lepas ni. Tubuh saya sudah terlalu lemah." rintih suara itu perlahan dan kedengaran seolah-olah tercungap-cungap.

"Awak bertahan di situ. Saya janji, saya akan cari awak secepat yang mungkin." balasnya.

Dia lantas mencapai kain pembalut wajah lalu membaluti separuh dari wajahnya. Siap menukar persalinan, dia meluru keluar dan menuju kearah bangunan yang menempatkan para tawanan perang dan pesalah laku.

Dia masuk kekawasan berkenaan melalui jalan yang sering diguna oleh para pahlawan istana. Dengan keadaanya yang memakai pakaian seorang pahlawan, dengan mudahnya dia memenyelinap masuh sehingga kekawasan kurungan bawah tanah.

Diperhatinya seorang demi seorang tawanan yang ada didalam setiap bilik sehinggalah terlayar dimatanya figura seorang gadis yang kelihatan cukup lemah dengan luka-luka yang masih merah.

Pakaianya sudah bertukar kemerah-merahan akibat terkena darahnya sendiri. Dia kelihatan cukup tidak bermaya dengan tangan dan kaki terikat pada kayu yang ada dikiri dan kanannya. Dia terpasung kaku disitu.

Dia menggeleng dengan apa yang terhidang didepan matanya. Setelah memastikan keadaan sekeliling selamat, dia mencari jalan bagaimana ingin memastikan dia dapat mengeluarkan gadis berkenaan dari situ.

Lantas matanya memerhati sekeliling tempat dia berdiri.

Terlihat jelas dimatanya sebuah kereta sorong lama yang tersadai dipenjuru bilik tersebut. Timbul satu idea difikirannya. Dia menguntum senyum lalu perlahan-lahan dia meleraikan ikatan pada kedua tangan dan kaki gadis berkenaan. Dicempungnya tubuh gadis itu lalu dimasukkan kedalam kereta sorong berkenaan. Setelah diselimut sehingga keparas kepala, dia lantas menyorong keluar kereta sorong itu dengan berhati-hati.