Chereads / MY MASK MAN / Chapter 5 - BAB 4

Chapter 5 - BAB 4

Luka yang berdarah itu sudah menjadi perkara biasa bagi dirinya, yang luar biasanya, dia telah jatuh cinta dengan seorang gadis kebanyakan yang hidup bersendirian ditengah-tangah hutan belantara.

Walaupun gadis itu sentiasa comot dan kotor namun entah mengapa, dia begitu tertarik dengan gadis kebanyakkan itu. Seperti ada kuasa sakti yang menariknya untuk mendekati gadis itu.

Belum ada lagi kaum keturunan Maharaja Hasnuddin dan Permaisuri Baryah yang berjodoh dengan rakyat kebanyakkan. Nampaknya dia bakal mencipta sejarah salasilah keturunan yang baru.

Setiap petang dia akan pastikan mereka akan bertemu bagi melepaskan kerinduan yang merantai hati.

Dia berdiri dihadapan cermin lalu menanggalkan topeng yang dipakai diwajahnya. Seharian berkeadaan seperti itu memang agak merimaskan namun dia terpaksa demi menyembunyikan identiti sebenarnya sebagai seorang Putera Mahkota.

Dia tidak mahu sesiapa pun tahu akan hal sebenar yang dilakukannya diluar kawasan istana itu kerana dia bimbang bakal mencetuskan suasana yang kurang enak sekiranya ada yang mengetahui identiti sebenarnya.

Gadis kesayangannya itu juga tidak mengetahui siapa dia yang sebenar dan dengan rela hati Qaseh Baiduri, sendiri yang melarang Tengku Andrian dari memperlihatkan wajah sebenarnya kerana dia bimbang sebarang kemungkinan yang berlaku keatas lelaki pujaanya itu.

Katanya, dia lebih rela melihat lelaki itu bertopeng setiap waktu dari melihat lelaki itu dilukai oleh musuh yang berada diluar sana yang sentiasa bersiap sedia untuk menyerang dan membalas dendam keatas dirinya.

Tok!TokTok!

Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar oleh seseorang. Seketika kemudian terpacul wajah Bonda Permaisuri dihadapan pintu bilik tidurnya.

Dia yang sudah bersiap sedia dengan pakaian lengkap itu melangkah kearah Bondanya.

"Anakanda, malam minggu nanti pihak istana akan mengadakan majlis keramaian bersama penduduk negeri Angel." terang Permaisuri Baryah mesra.

" Baiklah Bonda, anakanda akan maklumkan kepada semua penduduk Angel tentang perkara ini." janji Tengku Andrian kepada Bonda Permaisurinya.

Kuda yang ditungganginya berhenti betul-betul ditepi sungai. Diseberang sana kelihatan Qaseh sedang mencuci pakaiannya. Shantik pulak seperti biasa, bertenggek diatas batu besar yang ada disitu.

"Qaseh, saya ada jemputan ke istana minggu depan, awak nak ikut tak?" jerit Putera Andrian dari seberang sana.

"Apa? Tak dengarlah." jerit Qaseh berpura-pura dan sekadar ingin menyakat lelaki itu. Dimasukkan pakaian yang sudah dicuci itu kedalam bakul kemudian, perlahan-lahan dia melangkah masuk kedalam sungai itu.

Melihatkan perlakuan itu, Tengku Andiran pun apalagi, dia pun melompat turun dari kudanya dan bertindak melakukan perkara yang sama yang dilakukan oleh Qaseh.

Buat seketika, mereka bermain dengan air sungai itu. Saling memercik air ketubuh lawan masing-masing.

"Nanti saya datang jemput awak tau." katanya dalam sisa tawa.

"Saya malaslah, saya mana ada baju yang cantik-cantik untuk dipakai kesana nanti." beritahu Qaseh sejujurnya.

"Baju? Alah, hal tu awak tak perlu risaulah, nanti saya sediakan untuk awak dan malam tu nanti saya rasa awaklah bidadari yang paling cantik dekat alam semesta ni." kata-kata semangat ditaburkan pada Qaseh. Qaseh ketawa dengan kata-kata yang baru terkeluar dari mulut lelaki bertopeng berkenaan. Kelakar pulak dia rasakan.

"Saya takut malam tu saya yang jadi bidadari yang paling hodoh pulak nanti." guraunya sambil memercik air ke tubuh lelaki itu.

"Saya percaya, awaklah bidadari yang paling cantik malam tu." Qaseh tersipu dengan pujian itu.

"Jangan terlalu mengharap. Saya takut awak kecewa nanti." sempat lagi dia menaburkan kata-kata peringatan kepada lelaki itu.

"Kita tengoklah nanti." Andiran yakin dengan kata hatinya.

"Qaseh!" sebelah tangannya naik memegang bahu gadis itu dan sebelah lagi naik memegang topengnya. Perlahan-lahan dia menanggalkan topeng tersebut namun tindakkanya terhenti apabila tangan Qaseh naik menahan tindakkannya itu.

"Tak perlu." katannya sambil menggeleng perlahan.

"Kenapa?" soal Andiran hampa.

"Saya lebih selesa awak begini. Saya yakin bila sampai masanya nanti saya pasti dapat melihatnya tapi bukan sekarang." tutur Qaseh lembut.

Andiran mengangguk faham dan akur dengan permintaan gadis itu. Dia memusing tubuh Qaseh supaya membelakanginya agar Qaseh tidak melihat wajahnya apabila dia menggalkan topeng berkenaan. Perlahan-lahan dia memeluk gadis itu dari belakang. Walaupun agak terkejut dengan tindakkan lelaki itu, namun Qaseh tetap tidak membantah.

"Saya harap awak boleh menjadi milik saya suatu hari nanti." ujarnya lembut ketelinga Qaseh.

"Saya harap impian awak akan menjadi nyata suatu hari nanti?" ujar Qaseh lembut.

Derapan tapak kaki yang memijak daun- daun kering kedengaran semakin jelas. Andrian mengambil semula topeng yang sedari tadi di pegang oleh Qaseh dan cepat-cepat ia mengenakan semula kewajahnya.

Dengan penuh hati-hati mereka menyembunyikan diri dibalik batu-batu besar yang ada disekitar tempat mereka berada.

" Buat apa mereka kesini?" soal Andrian hairan apabila melihat beberapa orang serta salah seorang pembesar istana berada disitu.

"Marekalah yang menculik saya dahulu. Mungkin mereka kesini untuk memastikan dimana saya berada sekarang." ujar Qaseh dengan nada berbisik kerana bimbang akan didengari oleh pembesar istana serta pengikutnya itu.

"Awak jangan risau sekarang saya ada bersama awak disini." balas Andrian.

Lima minit membuat rondaan disekitar tebing sungai itu, akhirnya pembesar serta orang-orangnya pun berlalu pergi meninggalkan kawasan berkenaan.

"Saya rasa lebih baik awak jangan tinggal di dalam hutan ini lagi. Bahaya." kata Andrian.

"Saya dah tak ada tempat lain untuk dituju." ucap Qaseh jujur.

"Awak jangan risau. Buat sementara waktu, awak tinggal saja ditempat saya." cadang Andrian lagi.

"Tapi..."

"Sudah jangan fikirkan lagi. Saya jamin awak akan selamat disana nanti." cantas Andrian.

"Terima kasih sebab sudi bantu saya." ucap Qaseh ikhlas.

"Dah sekarang awak ikut saja saya." mereka lantas beredar dari situ.

Andrian meniup kedua jarinya bagi memanggil kuda putih tunggangannya yang diarah pergi dari situ sebentar tadi.

Tanpa menunggu lama kelibat si Putih pun kelihatan sambil diekori oleh si Shantik yang terbang bebas diangkasa.

Qaseh meligas pandangannya ke sekitar kawasan yang baru dia jejaki olehnya. Dia terpaku seketika melihat keindahan rumah tersebut.

Di sekitar rumah berkenaan terdapat pokok-pokok bunga renek yang tumbuh tersusun ditepian tebing sebatang anak sungai yang dihiasi sebuah jambatan sebagai penghubung dengan hutan bersebelahan rumah tersebut. Ianya begitu indah dan memukau pandangan.

"Cantik rumah ni." luah Qaseh.

"Disinilah tempat saya merehatkan diri setiap kali saya berada didalam situasi yang sukar." jelas Andrian.

Bibirnya menguntum segaris senyuman bahagia dapat berkongsi kediaman dengan gadis berkenaan.

Qaseh mengangguk faham. Andrian mengajak Qaseh masuk kedalam rumah tersebut. Sekali lagi matanya tidak berkelip apabila di matanya terlayar suatu pemandangan yang amat mengkagumkan. Segalanya tampak sempurna dimatanya tidak seperti rumah yangbusang tinggalan kedua orang tuanya yang serba-serbi tidak sempurna.