Chereads / MY MASK MAN / Chapter 7 - BAB 6

Chapter 7 - BAB 6

TENGKU MIRZA memberhentikan langkah sebaik mendengar bicara sepupunya itu. Niat untuk menjamu selera terhenti seketika.

"Eh, Puteri Wilma! Well...well...well. Kanda ingatkan dinda dah tak kenal lagi dengan Kanda lagi, maklumlah selama ni dinda puteri kan tak pernah nak hiraukan kanda."

"Alah kanda, janganlah sakat dinda lagi. Sorry okay. Bukan dinda nak jauhkan diri dari kanda tapi kanda kan tahu adinda ni bagaimana orangnya."

"Dan sekarang dinda nak kanda lakukan apa pulak?"

"Kanda ni, adinda saja ja nak berbual dengan kanda, takkan itu pun tak boleh?"

"Bukan tak boleh dinda tapi kanda cuma hairan," luah Tengku Mirza sengaja ingin mengusik saudara sepupunya itu

"Dinda merajuklah kalau macam ni," kata Puteri Wilma kemudian.

"Kalau Dinda merajuk, Dindalah yang rugi sebab Kanda rasalahkan kali ni Kanda malas nak pujuk Dinda." Tengku Mirza menjelirkan separuh dari lidahnya kepada Puteri Wilma dengan niat ingin memanaskan lagi hati Puteri itu.

"Kanda ni memang tau." Rajuk Puteri Wilma.

"Dah, jangan ambil hati. Kanda cuma bergurau." Mendengarkan kata-kata itu Puteri Wilma tersenyum lalu menarik tangan Putera Milza pergi ke satu sudut yang agak lengang.

"Kanda, Dinda ada hal nak minta tolong dari Kanda." Puteri Wilma meluah niat hatinya yang sebenar.

"Kan, dari mula lagi kanda dah agak. Dinda ni kalau datang jumpa Kanda, adalah benda yang hendak di minta." Putera Milza mencuit hujung hidung Puteri Wilma.

"Dan Danda tahu Kanda pasti tolong Dinda kan?" Puteri Wilma menduga.

"Okay, sekarang Kanda nak Dinda berterus-terang pada Kanda apa yang merunsingkan hati Adinda." Putera Milza bersuara lembut.

"Kanda tahukan perasaan Dinda pada Putera Andrian. Dinda nak Kanda tolong pisahkan Putera Andrian dengan seseorang. Dinda tak suka mereka berdua rapat. Sakit hati Adinda di buatnya. Putera Andrian lebih melebihkan gadis bebanyakkan itu berbanding Adinda sendiri." Terang Puteri Wilma panjang lebar tentang ketidak puasannya terhadap layanan Putera Andrian padanya.

"Maksud Adinda gadis yang datang tadi tu?" Soal Putera Milza inginemastikannya.

Puteri Wilma sekadar mengangguk laju.

Putera Milza berjalan ke hulu dan ke hilir dengan keadaan kedua tangannya di belakang. Dia seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

"Kanda rasa kanda boleh tolong Adinda tapi dengan satu syarat." Putera Milza bersuara tegas.

"Apa syaratnya Kanda? Demi cinta Dinda pada Putera Andrian, Dinda sanggup tunaikan syarat Kanda tu." Ujar Puteri Wilma yakin.

"Kanda mahu Adinda jangan masuk campur segala rancangan Kanda tu nanti." Ujar Putera Milza.

Sebenarnya dia sudah ada rancangannya sendiri untuk menjatuhkan pewaris itu cuma menunggu masa yang sesuai.

"Baiklah Adinda janji tapi Kanda jugak kena janji dengan Dinda yang Kanda jangan apa-apakan Putera Adrian." Wilma bijak memujudkan win-win situation.

"Kalau Kanda berjaya, apa yang Kanda dapat?" Putera Milza menjungkit sebelah keningnya.

"Terserah Kanda tapi kalau Kanda inginkan gadis itu sekalipun Dinda tak kisah asalkan Kanda Adrian jadi milik Dinda," ujar Puteri Wilma.

"Emmm, Kanda setuju lagipun Kanda rasa Kanda dah jatuh cinta pada gadis yang menjadi peneman Adrian sebentar tadi." Luah Milza separuh jujur.

"Terserah Kanda, Dinda tak ingin tahu pasal gadis itu apa yang Dinda inginkan adalah Putera Adrian," tegas Puteru Wilma.

Hampir ketawa Putera Milza sebaik mendengar bicara Puteri Wilma sebentar tadi. Nampaknya Puteri Wilma begitu taksub terhadap pewaris tahta itu. Apa yang dia pandang sangat pun tak tahulah.

Padanya Tengku Andrian hanyalah seorang Putera yang sombong fan berlagak.

"Kanda ingat tau jangan apa-apakan kekasih Adinda tu. Jika Dinda dapati ada secalit kesan calar pun, Dinda akan cari Kanda sampai lubang cacing." Puteri Walma terus berlalu meninggalakn Putera Milza.

'Kau nak kenakan aku, memang silap banyak la Puteri Wilma. Sebenarnya, kau masih tidak mengenali siapa aku,' detik Mirza dalam hati.

Jauh dia merenung kelibat Puteri itu meninggalkannya.

'Sombong.' sambungnya lagi.

ANDIRAN merengus kasar. Panas hatinya dengan tingkah Puteri Wilma sebentar tadi. Mujurlah Qaseh bukan seperti gadis lain yang mudah merajuk dan marah- marah, jika tidak 'masaklah' dia hendak memujuknya.

Dia memejamkan kedua kelopak mata sebaik terdengar suara Qaseh menyeru namanya. Inilah cara mereka berhubung jika hati sudah saling merindu. Gadis itu dengan mudah mencerobohi fikiran dan jiwanya.

"Rindu." Dia tertawa sendiri mendengar ayat yang menyapa telinga. Gadis itu sudah pandai mahu mengasak hati lelakinya.

"Saya lagi rindu kat awak. Seluas lautan. Setinggi gunung. Itu takkan mampu untuk saya hilangkan rasa yang saya tanggung sekarang ni." Lelaki itu melangkah ke arah jendela kamar yang masih lagi terbuka luas.

Dia berdiri mengadap jendela. Jiwanya terasa sedikit bebas. Bebas dari rindu yang mencengkam.

Udara lembut yang menyapa dari luar membuatnya terasa tenang. Walaupun tidak mungkin dapat melupakan, namun sesak rindu yang bertandang sedikit hilang.

Di hujung sana, terdengar suara Qaseh berceloteh itu dan ini. Rasa bahagia setiap kali suara itu berlagu rindu padanya.

Wajah lelaki itu berubah riak sebaik terdengar satu jeritan yg bergema. Dia hilang punca kerana hubungan jiwa mereka juga turut sama terputus. 

'Qaseh, apa yang dah jadi dengan awak?' Sebelum dia berlari keluar menuju tempat Si Putih, sempat dia mencapai topeng yang berada di atas tilam empuknya.

Kuda yang memiliki kepantasan berlari itu segera  bangun dari pembaringan dan terus mendatangi lelaki berdarah bangsawan berkenaan sebaik melihat lelaki itu berlari ke arahnya

"Cepat Putih, Qaseh dalam bahaya." Dia terus melompat naik ke atas belakang kuda berkenaan.

Seakan mengerti, kuda putih itu terus memecut membelah malam.

Dia mendongak ke langit, terlihat jelas dimatanya kelibat seekor burung berbulu putih yang mengeluarkan cahaya keemasan  sedang terbang bersatu arah dengan mereka. Dia mendepangkan tangan sebagai isyarat dan dengan sekelip mata kaki Shantik sudah mencengkam kuat jari telunjuknya.

'Shantik, awak jangan bimbang. Saya akan segera ke sana.'  Dia memukul perlahan dadanya bagi menghilangkan resah yang semakin bersarang di dalam hati.

Dari jauh, dia melihat ada sekumpulan lelaki berkuda sedang mengawasi sekitar rumah yang di diami oleh gadis kesayanganya itu.

Perlahan-lahan dia memberhentikan larian Si Putih. Dia terus melompat turun dari belakang kuda berkenaan. Dengan sekali tepukan, kuda milik lelaki itu terus berlalu pergi dari situ bersama merpati putih berkenaan.

Topeng muka yang dipegang sejak tadi, di tekap ke wajah untuk melindungi identiti sebenar dirinya.

Dengan berhati-hati, dia menyusup dari pokok ke pokok agar tindakkannya mendekati perkarangan rumah berkenaan tidak di sedari oleh lelaki-lelaki yang sedang mengawal di tempat berkenaan.