Majlis keramaian yang dianjurkan oleh pihak istana sangatlah meriah. Berbagai jenis golongan turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Dari golongan petani sehinggalah ke golongan atasan, semuanya turut memeriahkan majlis tersebut. Malam ini seluruh pintu istana telah dibuka kepada rakyat jelata.
Malam ini merupakan malam keraian tahunan yang dianjurkan oleh pihak istana.
"Awak dah bersedia untuk masuk kedalam?" soal Andiran sambil memegang tangan Qaseh.
Qaseh mengangguk dalam senyuman. Dalam hati menahan debar. Inilah pertama kali dia menjejakkan kakinya kekawasan istana ini.
"Saya terpaksa tinggalkan awak disini tapi awak jangan risau, saya akan tetap ada berhampiran dengan awak didalam sana nanti." ujar Andrian.
"Saya harap awak tak pergi jauh dari saya." kata Qaseh.
"Dah, awak boleh masuk sekarang." kata Tengku Andrian.
Qaseh mengatur langkah namun belum pun sempat dia melangkah menaiki anak tangga istana, dia mengalih semula kearah lelaki bertopeng itu setelah terdengar namanya dilaungkan oleh lelaki berkenaan.
Lelaki itu menapak menghampirinya. Tangan Qaseh dicapai lalu satu ciuman dihadiahkan disitu.
"Awak cantik malam ni." puji lelaki itu tanpa diminta.
"Awak yang jadikan saya bidadari malam ni." Qaseh membalas kata.
"Okaylah, pergilah masuk sebelum keramaian itu bermula. Pastikan malam ini awak untuk saya." ucapnya romantis.
"Saya selalu akan jadi milik awak selagi awak memerlukan saya berada disisi awak." ucap Qaseh lembut lalu menyambung langkahnya yang terhenti sebentar tadi.
Qaseh meninjau-ninjau disekelilingnya namun kelibat lelaki bertopeng itu langsung tidak dijumpai.
"Opss! Maaf saya tak sengaja." pinta seseorang yang tanpa sengaja telah terlanggarnya bahunya sewaktu sedang mengambil makanan.
"Eh, tak apa mungkin salah saya kerana tidak berhati-hati." ujar Qaseh sopan.
Mata lelaki itu tepat memandang kearahnya tanpa berkelip walau sekali. Timbul rasa rimas didalam hatinya.
"Tengku Mirza, kenapa ni?" soal Andrian yang menyaksikan adegan sebabak itu.
"Patik terlanggar bidadari yang baru turun dari kayangan." lelaki itu bermanis mulut.
Tengku Andiran menggaru bawah bibirnya sambil memandang kearah bertentangan. Rasa geram hanya ditahan dalam diri.
"Kenalkan inilah Putera Mahkota, Tengku Andrian. Dialah yang bakal memegang tampok pemerintahan didalam istana serta seluruh Angel city ini." ujarnya lagi. Kali ini tanpa diminta lelaki tadi mengenalkan lelaki itu kepada Qaseh.
Lirikan matanya, mengingatkan Qaseh kepada seseorang namun telahan itu tidak dihiraukan kerana Qaseh yakin lelakinya bukanlah orang yang segah ini kedudukannya.
Dia hanyalah seorang lelaki kebanyakkan yang hanya bertugas didalam istana. Bukanlah seperti lelaki yang berpangkal namakan keturunan diraja ini. Lagipun tak mungkin lelaki se gah ini akan memilih dirinya yang hidup merempat didalam hutan untuk dijadikan calon suri hidupnya. Lebih baik dia memilih yang lebih sesuai dan ternama.
"Maaf, saya minta diri." ujar Qaseh sedikit menunduk.
"Saya temankan awak." ujar Tengku Mirza.
"Tengku Mirza." tahan Tengku Andrian.
"Erk!" Qaseh hilang kata-kata. Matanya meligas kesekeliling kawasan berkenaan mahu mencari kelibat seseorang namun hampa.
"Jom, saya temankan awak." Tengku Andrian bersuara tiba-tiba.
"Sa...saya tunggu seseorang." kata Qaseh berterus terang.
"Lupakan saja. Jom ikut saya." Tengku Andrian terus memimpin tangan Qaseh. Qaseh cuba melepaskan peganggan namun tidak terlawan oleh kudrat seorang lelaki.
"Maaf, awak nak bawa saya kemana ni?" soal Qaseh naif.
"Jauh dari orang-orang yang tak boleh lihat perempuan dahi licin." ujar Andrian sambil tersenyum.
"Tapi awak pun sama, kan?" duga Qaseh.
"Awak tunggu sini nanti saya panggilkan orang yang awak cari tu." Arah Tengku itu sambil berlalu.
Qaseh memandang disekitar tempat yang dia ditinggalkan.
"Siapa kamu dan kenapa awak ada dikawasan larangan ni?" Soal seorang gadis.
"Saya er... Tengku Andrian yang bawa saya kesini. Maaf, saya tak tahu yang ini kawasan larangan." jawab Qaseh takut-takut.
"Lebih baik awak pergi dari sini sebelum pengawal istana nampak awak," ujar Tengku Wilma.
"Baik...baik saya pergi dulu." ujarnya lalu segera beredar dari situ.
Tengku Andrian hanya memandang dari jauh tindakkan gadis itu. Dia tahu ada sesuatu yang telah terjadi. Lantas dia pergi mendapatkan Tengku Wilma yang masih berdiri disitu.
"Apa yang telah Tengku katakan pada gadis itu sehingga dia menghilangkan diri?" soal Tengku Andrian geram.
"Apa yang dah patik katakan? Dia yang mahu berlalu pergi." ujar Tengku Wilma dengan riak yang tidak bersalah.
"Jangan nak berdrama dekat sini boleh tak?" Marah Andrian.
Hilang sudah bahasa istananya. Sekarang itu semua tidak penting. Apa yang penting sekatang adalah Qaseh.
Matanya membutang memandang gadis bergaun kembang merah kehitaman itu.
"Patik hairan dengan Tuanku. Kenapalah dalam banyak-banyak puteri yang datang, Puteri tanpa istana jugak yang Tuanku hajatkan. Apa kurangnya puteri-puteri ini. Patik sendiri pun boleh bahagiakan Tuanku." Puteri Wilma meluahkan ketidak puasan hatinya.
"Patik langsung tiada masalah dengan mereka ataupun dengan Tuan Puteri tapi ini soal hati Patik. Tak perlulah Puteri terlalu beriya dengan Patik kerana sememangnya hati Patik sudah Patik serahkan pada seseorang yang lebih berhak." Sejutus menuturkan kata-kata itu, Andrian terus berlalu meninggalkan Puteri Wilma.
Dia mahu mengejar Qaseh. Dia tidak mahu Qaseh tersalah sangka kerana dia masih tidak mahu kehilangan gadis itu.
Puteri Wilma mencuka. Dia harus menghentikan kegilaan Putera Andiran pada gadis yang pada pengamatannya hanya orang kebanyakkan itu.
Dia harus menghalang perhubungan mereka berdua. Dia tidak rela melihat lelaki pujaannya berada di dalam pelukakan gadis lain lebih-lebih lagi gadis kebanyakkan seperti perempuan kampungan itu.
Lama dia memandang kelibat lelaki yang bakal menaiki tahta itu berlalu.
Dia tersenyum. Dia tahu apa yang patut dia lakukan bagi mengelak lelaki itu bergaul dengan gadis itu.
"Kekanda Putera Mirza, Adinda ada tugas penting yang perlukan pertolongan Kekanda." Detik Puteri Wilma.
"Dayang jom kita pergi. Patik ada tugas yang perlu di bereskan secepat mungkin." Lima orang gadis yang menemaninya sebentat tadi dengan taat mengikut ajakan Tuan Puteri mereka itu.
"QASEH, tunggu!" Laung Putera Andrian dari jauh sebaik melihat kelibat Qaseh melalui lorong menuju ke arah rumah rehatnya.
Langkah Qaseh terhenti di situ.
"Puas saya cari awak tadi. Kan saya dah pesan jangan kemana-mana. Kenapa awak degil." Soal Putera Andrian sambil menahan cungapan.
Dia terus melompat turun dari Si Putih.
"Awak lambat sangat dan saya pun dah..."
"Dah bosan menunggu?" Qaseh merenung tepat ke wajah Putera Andrian. Qaseh tersenyum memandang wajah yang terselindung di balik topeng itu.
"Saya tak pernah bosan dengan awak. Saya cuma rasa itu bukan tempat saya sebab itulah saya tidak ingin berlama di situ." Jelas Qaseh lembut.
"Siapa kata awak tak layak. Sebab awak layaklah saya bawa awak ke sana." Ujar Andrian mendatar.
"Cuma awak yang layak sebab awakkan pekerja di situ." Qaseh sedikit ketawa.
"Awak ni selalu merendah diri. Kalau macam nilah sikap awak... takut saya." Andrian menjengilkan matanya.
"Takut? Kenapa? Saya bukan nak apa-apakan awak." Soal Qaseh kurang mengerti.
"Saya takut saya dah tak boleh berjauhan dengan awak." Andrian tersenyum menggoda.
"Bukan salah saya kalau awak tak boleh nak lupakan saya...tu masalah hati awak." Qaseh meletakkan tangannya di bahu Andrian apabila lelaki itu bertindak mengangkatnya untuk di letakkan di atas Si Putih kesayangan lelaki itu.
Andrian turut melompat naik ke atas belakang kuda itu.
"Betul ke tu bukan masalah awak? Saya cuma takut ini akan menjadi masalah kita berdua nanti," bisik Andrian dari belakang.
Qaseh hanya tersenyum. Andrian cuba berlagak romantik malam ini. Kemudian dia menggeleng. Bahagia sekali. Namun dalam hati dia tahu terlalu jauh untuk dia memasang angan.