Sesampai saja mereka di kawasan Angel Florest, dia lantas mengeluarkan gadis tadi dari kereta sorong berkenaan. Diangkatnya tubuh lemah gadis itu dan dibawa ketebing sungai untuk memberi minum sedikit air padanya agar tubuh itu kembali bertenaga.
Tubuh berkenaan dibaringkan di atas salah satu batu yang terdapat di situ. Dibersihkan tubuh berkenaan dan dirawat luka-luka yang kelihatan kemerahan yang jelas dibahagian wajah serta tubuh gadis itu.
"Maaf kerana telah menyusahkan encik." Luah gadis itu lemah.
"Awak siapa sebenarnya?" soalnya.
"Saya seorang gadis biasa yang tinggal bersendirian di dalam Angel Florest ini setelah kematian kedua ibubapa saya." ujarnya lemah.
"Kenapa awak dikurung dan disiksa sampai macam ni sekali?" Dia nak sangat tahu sebabnya.
"Sebenarnya saya telah menolak lamaran salah seorang dari mereka bertiga." jelasnya.
"Maaf, boleh saya tahu siapa nama awak." soal lelaki bertopeng itu lagi.
"Saya Qaseh Baiduri. Awak boleh panggil saya Qaseh. Sekarang tolong hantar saya pulang. Rumah saya terletak di utara hutan ini." Qasih mengajukan telunjuknya kearah utara Angel Florest.
"Tapi awak kan luka." kata lelaki berkenaan.
"Tak apa, pandai-pandailah saya nanti." ujar gadis itu lemah.
"Jom saya bantu awak." Lelaki bertopeng tersebut terus memapahnya pulang seperti yang dimintanya sebentar tadi. Timbul rasa simpati pada gadis itu.
Seperti biasa, dia akan membuat rondaan di kawasan Angel Florest bagi memastikan perompak-perompak yang semakin bermaharajalela di kawasan itu terus lenyap dari hutan berkenaan.
Sambil dia meronda, dia akan singgah sebentar di rumah gadis berkenaan bagi memastikan keselamatan gadis berkenaan terjamin.
Tidak seperti kebiasaan, hari ini gadis itu tiada di rumah. Entah kemana pulak perginya dia sendiri tidak pasti.
Dia kembali menunggang kuda putihnya dan berlalu dari situ. Niatnya untuk pergi mencari Qaseh Baiduri. Bimbang pula jika ada apa-apa yang tidak diingini menimpa gadis itu.
Dalam perjalanan dia dikejutkan dengan lintasan kelibat seseorang. Matanya meliar mencari susuk tubuh yang baru melintas dihadapanya sebentar tadi. Dia seakan kenal benar dengan susuk tubuh itu. Dialah gadis yang selalu menjelma di dalam tidurnya sejak kebelakangan ini.
Lelaki bertopeng itu meloncat turun dari kuda tungganggannya. Dia meligaskan pandangan sehingga badan turut sekali berpusing mengikut pergerakan pandangannya. Langkah kaki sedikit mengundur kebelangkang kemudian maju semula kehadapan. Berlari-lari anak ke kiri dan ke kanan.
"Cak! Awak buat apa dekat sini, dah macam kucing hilang anak saya tengok." sergah seorang gadis dari arah belakang lelaki bertopeng itu.
Lantas tubuhnya berpaling dan tangan naik menarik tangan gadis berkenaan. Bimbang jika gadis itu masih mahu melarikan diri dari pandanganya.
"Awak kemana? Puas saya cari awak diserata tempat sebentar tadi." Adu lelaki bertopeng tanpa ada niat untuk melepaskan peganggan tanganya.
Gadis berkenaan hanya membalasnya dengan jungkitan bahu dan mata yang sedikit dijulingkan keatas.
Sebenarnya dia hanya tunduk menyembunyikan diri ditepi semak tidak jauh dari lelaki itu berdiri.
"Kenapa awak cari saya? Seingat dan setahu saya, saya dan keluarga tidak pernah berhutang dengan awak?" kata Qasih Baiduri berani.
"Keluarga awak memang tak pernah berhutang dengan saya tapi awak tu yang dah curi sesuatu dari saya tanpa awak sedar." balas lelaki bertopeng berkenaan.
Tanpa isyarat, dia terus mengangkat tubuh genit Qasih Baiduri dan diletakkan di atas kudanya. Kemudian dia turut naik dan duduk dibelakang gadis tersebut dengan posisi kedua tangannya mengepung tubuh Qaseh. Dia menarik tali pedati yang terdapat dibahagian kepala kuda berkenaan dan menghentakkan kakinya pada bahagian perut kuda putih itu sebagai isyarat agar Si Putih kesayangannya berlalu. Apa lagi, kuda itu memecut dengan lajunya.
"Awak nak bawa saya kemana? Awak jangan macam-macam pulak, saya terjun nanti." jerit Qasih Baiduri lantang, melawan arus angin yang kuat menyapa kewajahnya.
"Kalau awak tak sayang nyawa, awak buatlah tapi awak jangan sesekali berani mahu menyalahkan saya kalau saya bertindak semakin jauh dari ini pada awak." Ugut lelaki bertopeng itu juga dengan cara yang sama. Serta-merta mulut gadis itu terkunci rapat, risau dengan ugutan lelaki tersebut. Jauh diudara kelihatan seekor merpati putih turut mengekori tungganggan mereka berdua. Qasih tersenyum kerana dia tahu Shantik sedang mengikutnya.
Sebaik sampai disebuah kawasan berbukit yang agak lapang serta ditumbuhi pokok-pokok renek pelbagai warna, lelaki bertopeng berkenaan memberhentikan tunggangganya.
Dia melompat turun dari kuda tersebut kemudian mengangkat tubuh Qasih turun dari kuda putih berkenaan pulak. Shantik pulak elok saja landingnya diatas kuda putih berkenaan. Duduk bertenggek diatas kuda tersebut tanpa terkutik oleh gerakkan si putih.

"Wah cantiknya tempat ini." ujar Qaseh riang.
Selama dia disini, dia masih belum pernah kemari. Dia memusing-musingkan badannya bermain dengan tiupan sang angin.
Tingkahnya dipandang oleh lelaki bertopeng di hadapannya dengan senyuman.
"Jatuh cinta saya dengan tempat ni." jerit Qaseh menzahirkan rasanya terujanya.
Lelaki tersebut hanya menggeleng.
"Qaseh, jom kita duduk disana." lelaki bertopeng itu terus memimpin tangan Qaseh Baiduri. Dia yang terkesima dengan tindakkan itu hanya menurut tanpa sepatah bantahan.
Puteri Wilma meluru masuk kekamar yang tersergam indah dengan hiasan ala-ala diraja itu. Perabut yang terukir indah tesusun rapi ditempat yang sepatutnya. Niatnyaingin memberi kejutan kepada teman lama merangkap sepupunya itu.
Dia meninjau kesekeliling kamar berkenaan mencari-cari kelibat Putera berkenaan namun hampa. Kelibat Putera berkenaan langsung tiada dimana-mana ruang dikamar itu.
Lain yang diharap, lain pulak yang jadi. Ini menimbulkan rasa marah dan geram dihatinya.
"Pengawal, kemana perginya Tengku Putera?" laungnya dari dalam kamar tersebut.
Terkocoh-kocoh kedua-dua pengawal itu berlari mendapatkannya.
"Kami kurang periksa Tengku Puteri.
"Kurang periksa, jadi untuk apa kamu berdua berjaga disini kalau Tengku Putera seorang pun kamu berdua tidak terjaga." marahnya lagi.
"Tuan Putera melarang kami untuk mengambil tahu tentang kegiatannya Tengku Puteri."jelas salah seorang dari mereka.
"Tengku kemana?" soalnya manja sebaik melihat kelibat Tengku Putera tersebut kian menghampirinya.
"Beta ada tugasan diluar Istana." Putera Andrian beralasan. Tanpa mempedulikan Tengku Puteri berkenaan, dia terusmelangkah menuju ke kamarnya lalu pintu kamar itu di tutup rapat.
Tengku Puteri Wilma merengus geram dengan sikap serta layanan yang ditunjukkan oleh Tengku Putera berkenaan padanya.
Jauh-jauh dia kemari semata-mata ingin mengenang kembali kasih mereka yang terputus ditengah jalan namun disambut dingin oleh lelaki berdarah raja itu.
Dia tahu dan sedar dia salah kerana meninggalkan lelaki berkenaan begitu saja demi meneruskan cita-citanya sebagai seorang super model antara bangsa tapi sekarang dia sudah membuat keputusan untuk mempertahan cinta mereka sekaligus merebut kembali cinta Tengku Putera Andrian.
"Tengku Puteri sudah berbincang dengan Tengku Putera?" soal Permaisuri Baryah.
"Sudah Bonda. Ternyata dia gembira dengan pertemuan ini dan dia turut gembira bila mendapat tahu anakanda ingin menjalin kembali perhubungan kami berdua." tipu Tengku Puteri Wilma. Dia sekadar ingin meraih sokongan dari Bonda Tengku Putera Andrian.