Chereads / Raja Dunia Bawah / Chapter 2 - Awal Pagi (Bab 2)

Chapter 2 - Awal Pagi (Bab 2)

Seminggu kemudian, dengan perlahan aku melangkah masuk ke kawasan sekolah dan ekspresi muka yang sedang menahan kelaparan. Di dalam fikiran aku hanya berfikir tentang makanan sahaja. Tanpa aku sedari, aku merenung wajah para senior.

"Woi budak baru! kau datang sini," jerkah seorang senior yang bernama Haikal dari salah satu kelompok itu.

Aku mengabaikan panggilan senior dan terus berjalan ke arah dewan sekolah. Sepertinya aku hanya berfikir tentang makanan sahaja. Tiba-tiba aku ternampak kantin, aku terus tukar hala tuju aku.

Pada waktu yang sama Haikal berlari ke arah aku dan terus menyekat jalan aku yang hendak pergi ke kantin. Aku menjadi hairan dan terus bertanya pada Haikal.

"Ermmm ya ada apa-apa masalah yang boleh saya bantu," dengan ekspresi wajah senyum yang tidak ikhlas.

Haikal terus memegang bahu aku dan menarik tali leher aku.

"Kau tak dengar ke? Aku panggil kau tadi!,"

"Aikk sejak bila kau panggil aku? Kau demam ke?,"jawab aku pada Haikal, sambil mengorek tahi hidung.

"kau jangan main-main dengan aku, budak baru! jangan sampai aku bagi sedas dekat muka kau," kata Haikal pada aku, sambil membuat gaya penumbuk.

Aku pun apa lagi, aku terus lipat lengan baju aku hingga ke siku. Pada waktu yang sama aku ternampak cikgu berjalan ke arah kami, dan aku terus menurunkan lengan baju aku ke asal.

Hehehe, tiba-tiba aku mendapat satu idea yang sangat licik iaitu membuat ekspresi muka yang ketakutan dan terus memanggil cikgu. Walaupun idea aku nampak pengecut dan licik tetapi idea aku sangat bernas kerana aku tak mahu menonjol.

"Errr cikgu, cikgu!," aku memanggil cikgu sambil membuat muka ketakutan.

"Haikal! Kamu buat apa dekat budak baru huh?," cikgu bertanya pada Haikal sambil membuat raut muka yang garang.

"Saya tak buat apa-apa pun cikgu," jawab Haikal pada cikgu, dengan senyuman sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

"Hah, sudah-sudah pergi masuk ke dalam dewan sekarang juga Haikal!," kata cikgu pada haikal, sambil membuat muka yang garang.

"Hah! Kamu pula budak baru, pengetua panggil kamu ke pejabat sekarang juga, Pengetua ada sesuatu nak bincangkan dengan kamu," kata cikgu padaku sambil memegang telefon bimbit Nokia 3310.

"Iya, baiklah cikgu," dengan senyuman yang tidak ikhlas. Cikgu itu pun terus pergi ke dewan untuk mulakan perhimpunan pagi.

"Arghhh sial!, aku dahlah lapar celaka tull!," ujar aku didalam hati yang tak seberapa cerah ini.