"Tuan muda saya sudah menyiapkan sarapan pagi nasi lemak,"
"oh ok tidak mengapa, saya tak makan nasi awal awal pagi. Berikan saya roti Gardenia coklat dan air kosong sudahlah,"
"Baiklah tuan muda,"
"hehehe harini aku sempat sarapan,"
Walaupun di rumah aku ada pembantu rumah, aku hanya sarapan roti Gardenia coklat dan air kosong. Walhal pembantu rumah sudah menyiapkan sarapan nasi lemak awal-awal pagi lagi. Mungkin aku tidak terbiasa sarapan nasi lemak awal-awal pagi kerana dulu sewaktu aku berlatih seni bela diri aku hanya sarapan roti dan air kosong sahaja.
Aku keluar dari rumah dan terus menuju ke assisten aku.
"Selamat Pagi tuan muda,"
"Ya selamat pagi,"
"Tuan muda nak naik kereta mana hendak ke sekolah,"
"Mercedes,"
"Baiklah tuan muda, saya akan panaskan enjin kereta,"
Aku pun sampai di sekolah dan assisten aku pun bertanya kepada aku.
"Tuan muda nak saya hantar dalam sekolah atau luar sekolah,"
"Tak mengapa kau berhenti saja luar sekolah sudahlah,"
"Baiklah tuan muda,"
"Oh sebelum aku lupa jack, kau tolong carikan pembantu rumah lagi. Kita kekurangan pembantu rumah. Kalau boleh cari yang muda-muda yang bertenaga dan aktif faham,"
"Baiklah tuan muda, err perempuan atau lelaki hehehe,"
"Pembantu rumah perempuan laa!,"
"Oh ok tuan muda,"
"Tuan muda sudah pergi, mana button bluetooth nih aku nak dengar lagu dangdut, ooh yeah goyang dua jari,"
Aku pun berjalan kaki dari pintu masuk sekolah hingga ke kelas. Sewaktu aku menaiki tangga, ada seorang pelajar perempuan melanggar aku. Aku tidak terjatuh atau bergerak badan. Pelajar perempuan itu terjatuh dan buku-bukunya semua terlepas dari tangannya. Aku terus mengutip buku-bukunya dan memberi kepadanya.
"Emm awak tak apa-apa ke? Nah buku-buku awak yang terjatuh tadi," aku bertanya dengan nada yang lembut dan sopan
"Huh!? Kau tak lihat orang ke? Pakai langgar je,"
"Aikk!? saya pula yang disalahkan, bukan ke awak yang langgar saya tadi?,"
"Ahh sudahlah, aku ingat kau sampai bila-bila,"
"Dahlah harini aku serabut tambah pula orang langgar aku hishh, jalan kot la nak tengok orang pakai langgar je hishh," dia berjalan sambil bercakap seorang diri.
"Aya Azumi nama dia hurmm," aku melihat tanda namanya sebelum dia pergi.
"Fuhh bole tahan juga, kalau ada pembantu rumah macam dia ni, bising satu rumah hahaha,"
Aku pun terus masuk ke kelas dan meletakkan beg di atas kerusi, Mizi menegur aku.
"Yo bro,"
"Yo,"
"Aku tengok reaksi muka kau ni macam ada masalah je, cer cerita sikit,"
"Alah tadi ada seorang budak perempuan langgar aku, pastu dia marah dekat aku padahal dia yang langgar aku aneh kan Hahahah,"
"Sapa budak perempuan tu?,"
"Aya Azumi kot tak silap aku nama dia,"
"Ooo Aya Azumi, pelajar cemerlang anak yatim piatu tu,"
"Ooo dia pelajar cemerlang, huh sekejap anak yatim piatu?,"
"haa tak kan kau tak tahu!?,"
"oii sialan, kau nak penumbuk atau kaki?!,"
"ouh aku lupa kau pelajar baru, ampun bang jago, kaki pun sedap juga, ampun bang jago,"
"Yang kes langgar ni tak penting, yang pentingnya yang ni kelmarin waktu aku turun tangga aku terserempak dengan pelajar lelaki ni aura bunuh dia sangat kuat, sampai aku pun berasa nak terkencing tapi tak keluar lagi laa,"
"Jap Lawak kau tak sampai oii Hahahambar hahahahha,"
"tadi kau kata kaki sedap kan?,"
"Ampun bang jago, rambut dia warna merah ka? Btw kaki sedap,"
"Ha rambut dia warna merah,"
"Oh dia ketua blok A,"
"Tapi kelmarin kenapa dia datang blok C," tanya aku pada mizi.
"Manalah aku nak tahu, nih aku nak bagitau dekat kau, kau jangan cuba ganggu dia atau langgar tempat dia,"
"Awat oii?!,"
"Kau tahu dulu ketua blok C mati disebabkan lawan dengan dia, dia juga antara ketua blok paling kuat dekat sekolah nih,"
"lepastu sekolah tak ambil tindakan ka? Dia bunuh orang tu dalam sekolah,"
"Sekolah tak ambil tindakan pun, nak buat macam mana ayah dia ketua mafia,"
"Anak ketua mafia huh!? Menarik hehehe,"
"ehh kau jangan buat macam macam masalah, masalah ni mungkin akan melibatkan kelas kita hish,"
"Mana ada hehehe aku hanya ketawa saja,"
"oii mizi aku perasan lama dah benda nih sejak tadi lagi, budak lelaki yang pakai kaca mata tu hanya memperhatikan aku ja,"
"Oo tu Alvin, kau kena hati-hati dengan dia sangat licik,"
"Oo licik hurmm,"
Cikgu masuk ke kelas memulakan pembelajaran, Alvin dia terus memperhatikan aku sejak pagi tadi.
"Hish tak boleh jadi dia ni, aku dahlah tengah tahan benda yang hampir nak keluar, hish nak tahan pun tak beberapa senang. Aku kena pergi dekat dia dan tanya dia,"
Aku pergi dekat dia dan aku terus bertanya kenapa dia memperhatikan aku sejak pagi lagi. Dan dia berkata....
To Be Continued