Chereads / Raja Dunia Bawah / Chapter 8 - Seimbang (Bab 8)

Chapter 8 - Seimbang (Bab 8)

Pertarungan menjadi sangat sengit, dan orang awam yang berhampiran dengan kedai bunga semuanya sudah pergi dari situ. wajah harith terluka akibat tumbukan Zillich tadi. Walaubagaimanapun peluang kemenangan Harith tersangatlah mustahil. kerana kekuatan Zillich lebih atas daripada Harith. Harith sedang berfikir cara untuk mengalahkannya atau peluang menggunakan teknik terlarang dia. Aya Azumi yang berada di belakang harith itu cuba menelefon polis tetapi telefonnya rosak/pecah akibat dia terlempar telefonnya tadi.

"Aya kau jangan bergerak, tetap di belakang aku" bisik harith kepada Aya Azumi yang cuba mengambil begnya di dalam kedai.

"ermm.... ok, hati-hati" balas aya azumi kepada harith.

"Woi korang berdua! terutamanya kau harith jangan cuba larikan diri!" Jerit Zillich mencelah perbualan mereka berdua.

"Aku lari?! hahaha kau..... aku pasti seksa kau cukup-cukup Zillich"

Zillich menyerang harith dibahagian dada, menyebabkan harith menjadi sedikit sesak nafas. harith terus mengundur kebelakang sambil memegang dadanya yang sakit itu. Zillich mencuba menyerang harith dengan menggunakan kakinya itu atau lebih dikenali sebagai Death Leg. Harith sempat mengelak serangan Zillich yang mematikan itu.

"Hey Harith... kau jangan mengelak serangan aku yang hebat ini Death Leg"

"Serangan bodoh macam itu, kau katakan serangan mematikan. Lawak apa ini huh?" Harith sedang mencuba mengoyakkan dari segi mental Zillich. Sebenarnya didalam fikiran Harith, "kalau aku terkena serangan itu mungkin tulang aku akan patah nasib baik aku sempat mengelak".

Harith membuka jurus yang ke Kesembilan belas, dia membuka langkah kakinya kehadapan dan tangannya lurus kehadapan. Zillich terkejut dengan aura hitam harith, dan berpecah peluh. Aura hitam harith itu nampak jelas di mata Zillich. Lengan harith timbul otot yang sangat keras dan urat-urat dibahagian wajah harith ternampak jelas ditambahkan lagi dengan Aura kehitaman yang sangat kuat. "Aku hanya boleh bertahan didalam mode ini selama 5 minit, harap-harap aku dapat selesaikan dengan cepatlah masalah ini, kalau tidak habislah aku" ujar harith di dalam hati.

Walaubagaimanapun Zillich telah berhadapan dengan seorang Monster yang ganas dan haus darah. Zillich tergamam seketika.

"Hoii~ Tak guna, sekarang baru seimbang. Mari kita mulakan!" Harith memulakan serangannya.

Kalau nak diikutkan Kekuatan Harith sudah melepasi kekuatan Zillich. Perkataan Seimbang.... atau ayat yang senang difaham ialah Kemungkinan Zillich akan kalah.

Harith hanya memberikan satu pukulan di perut Zillich, efek yang didapati oleh Zillich seperti Terkena sepuluh pukulan di perutnya. Zillich muntah darah akibat pukulan harith. ini membuatkan Zillich lebih seronok, kerana Zillich ini seseorang psychopath physical yang sangat sukakan orang yang kuat lebih padanya. Zillich melakukan serangan dari bawah dan ditepis oleh Harith. Serangan Zillich juga semakin lama semakin laju, Harith memberi tumbukan dikepala Zillich hingga membuatkan dia pening tidak tentu arah.

Didalam Fikiran Zillich terus berputar ayat ini "Aku sudah berhadapan dengan seorang Monster, aku mungkin akan kalah, aku perlu berundur pergi dari sini. Zillich merancang menggunakan jurus terlarang kepada harith. Harith memberikan serangan yang bertubi-tubi hingga membuatkan Zillich susah untuk mengeluarkan jurus terlarang. Zillich melompat ke atas bumbung kereta.

"Kau.. argh sial, kau akan aku bunuh suatu hari nanti, bye-bye" Zillich mengeluarkan bom asap dan terus lenyap.

"Jangan lari bodoh, tapi cara kau melarikan diri nampak seperti ninja siak!"

Perlawanan antara Harith dan Zillich pun sudah selesai, tetapi.... kenderaan milik orang, pili bomba, kedai bunga, tar jalan semuanya sudah hancur.

"Aaaa mampus aku!" Harith melihat keadaan sekelilingnya sambil memegang dahinya.

To Be Continued....

Author: yo peminat-peminat Novel ini. Maafkan saya kerana lambat update chapter baru :) apa-apa pun stay tuned, Selamat Malam.