"Ahhhh tolong sesiapa tolong aku"
"pfftt siapa yang nak tolong kau bodoh, tolong jangan buat lawak boleh tak hahahaha"
"Bos maafkanlah saya bos, saya janji saya akan selesaikan masalah itu dengan segera, bos tolong bagi saya peluang"
"Sembang kosong"
*Bang bang bang* bunyi tembakan
"hah dasar bawahan tak berguna, hanya pandai bercakap tetapi kerja masih tidak berkembang"
"Bos kami sudah jumpa lokasi dimana De' Xiyao Harith berada, dia berada di negara M"
"ouh De' Xiyao Harith kah? Hahaha budak kecil yang mengaku dirinya sebagai Raja Dunia Bawah hahaha, dia tidak tahu bertapa seramnya dunia bawah ini hahaha. Mentang-mentang sudah mengalahkan 10 Martial Master di Amerika utara. Lagi satu dia tidak tahukah level Martial Master di dunia bawah adalah level paling rendah. Memang sampah harith ni hahaha"
"Apa tindakan yang perlu kita lakukan bos?"
"Arahkan Zillich ke negara M awasi Harith, eh tak, bunuh dia!!
*I become a Monster* nada dering telefon berbunyi.
"Halo kenapa ko telefon aku, aku tengah sibuk ni"
"Bos kita ada masalah di wilayah kita"
"Wilayah mana?"
"Wilayah Veneto Italy, macam mana ni bos keadaan disini sangat teruk"
"hey hey siapa, mafia mana yang langgar wilayah kita ni"
"Mafia Hot Blooded bos"
"hey kau biar betul!? Mafia hot blooded takkan kacau wilayah-wilayah kecil nih"
"Saya pasti Mafia hot blooded, saya ternampak lambang di baju mereka"
"Aku nak kau arahkan semua berundur ke wilayah Friuli Venezia Gulia dan lagi satu arahkan semua petarung Elite sedia untuk bertempur sekarang juga!!!!"
"BAIK BOSS!!!".
*Brtzz zzzz* talian telefon putus
Argh sial, kenapa mereka serang wilayah kita, apa motif mereka serang wilayah kecil yang tidak beri apa-apa keuntungan!! Apa yang aku perlu buat sekarang huh!?
"Hey Folk sediakan private flight sekarang juga, kita akan pergi wilayah Friuli Venezia Gulia!!"
"Baik bos" sambil membuang rokok di mayat tersebut.
~
"Tut tut tut tut Good Morning" penggera jam berbunyi.
"Aargh benda apa yang bunyi bising sangat ni, aku nak tidur hmm mana jam nih" Aku mengambil jam dan melihat jam tersebut
"Baru pukul 8 sambung tidur... Ehh sekejap sekarang pukul 8 pagi, argh tak sempat mandi mana beg sekolah, baju sekolah lupa pakai arghhh"
Aku segera memakai baju sekolah dan turun ke ruang tamu rumah. Pembantu rumah sudah menyediakan sarapan pagi dan dia menanyakan padaku.
"Selamat pagi tuan muda, errr tuan muda nak pergi mana?"
"Aku nak pergi sekolah lah apa lagi?"
"Tuan muda harini hari Sabtu cuti"
"Cuti?, hey Jack hold my calendar"
Jack yang sedang mendengar lagu dangdut memberi aku kalendar.
"ouh cuti hurmm tidak apalah aku naik atas dulu nak mandi"
"Marie, dah kenapa dengan Tuan muda, selalunya dia tidak mudah terlupa" jack menanyakan kepada marie.
"Betullah jack, harini Tuan muda aneh sedikit" jawab marie kepada jack.
~
Ada apa dengan aku harini, macam ada sesuatu yang mengganggu. Apa orang tua itu baik-baik sahaja di rumah hmm. Baik aku mandi dulu selepas itu aku telefon orang tua itu. Kring kring kring telefon berbunyi, haih aku nak mandi ni, siapalah yang telefon waktu ni. Aku terus mengangkat telefon itu.
"Hello siapa ni, aku nak mandi kau tahu tak woi"
"hmmm "
"ehhh ayah ke ni? Ayah sihat?" aku mencuba untuk menukar topik, tetapi
"woi harith aku sudah memberitahu kau jangan cari fasal dengan Mafia"
"Bukannya dulu ayah seorang ketua mafia juga bahkan ayah sedikit lagi hendak menjadi Raja Dunia Bawah"
"Cukup!!!, ayah sudah tidak ada hubungan lagi dengan MAFIA! ayah sekarang hanya menjalankan bisnes. Dengar sini harith, hendak menjadi Raja Dunia Bawah bukannya senang!! Kau jangan membazirkan hidup kau dengan benda-benda bahaya macam ini lebih baik kau membantu aku menaikkan bisnes kita"
"Harith tak ingin menjadi seorang bisnes atau ceo atau apa-apa lah tentang bisnes!"
"Jadi kau nak langgar semua mafia la... Hmm haha.. Hahahaha ok baiklah ayah takkan melarang kau tetapi, kau kena ingat Martial Master hanya level paling bawah, ada yang lebih kuat lagi, di dunia bawah tidak ada limit fasal kekuatan. Hati-hati...." ayahku memutuskan talian telefon.
Aku telah mengalahkan Martial Master hingga nyawaku tinggal nyawa-nyawa ikan. rupa-rupanya Martial Master adalah level paling bawah di dunia bawah hahaha. Sangat menarik hahaha aku perlu berlatih dan menjadi lebih kuat lagi.
~
Selepas selesai makan sarapan aku terus keluar dari rumah dan membawa kereta ke bandar dan aku berhenti di kedai butik. Tiba-tiba aku ternampak Aya Azumi yang berada di kedai bunga itu. Nampak Seperti dia bekerja di kedai bunga itu. Aku pun terus menuju ke kedai bunga itu dan menegurnya. Aku mendapat idea yang baik iaitu membeli kedai bunga itu terus.
"Selamat datang, encik nak beli bunga jenis apa?" dia menyapa dan melihat muka aku.
"Ehh kau bukan mangkuk ka?"
"Ehem nama aku harith, ingat elok-elok nama aku"
"Servis pelayan kedai ni sangat teruk, aku nak jumpa pemilik kedai ni"
"Huh!? Jangan harith aku melawak sahaja tadi, maafkan aku, kalau kau tak beritahu bos, aku akan memberikan satu bunga percuma"
"Hey Harith belakang kau!!!!"
"Huh!?"
Fuhh nasib aku sempat mengelak, sial penumbuknya sangat laju hingga kedengaran bunyi angin bahkan lebih laju lagi dari Martial Master.
"Sial kau siapa tiba-tiba saja menyerang aku!?" aku tanya kepadanya.
"haha boleh tahan juga kau... HARITH!"
"Hey hey, macam mana kau boleh tahu nama aku" aku menjadi pelik, kenapa dia tahu namaku.
Dia menyerang ku dengan bertalu-talu dan dia membuat tendangan pusing, Aku menahan tendangan tersebut. Tendangan itu nyaris-nyaris hendak kena muka aku. Kalau tendangan itu kena dimuka ku, mungkin aku akan pengsan.
"Wah serius la kau menahan skill spinning kick aku haha"
"Spinning kick kau sangat kuat hingga nyaris hendak kena muka aku"
"Itu hanyalah salam pengenalan, nama aku Zillich. Aku nak kau bersiap sedia, aku hendak membunuh kau harith!! Hahaha"
"Hey! Harith jangan tahan kekuatan kau semasa lawan dengan aku kerahkan semua kekuatan kau yang ada!!"
Dalam keadaan macam ni memang aku perlu kerahkan semua kekuatan aku untuk melawan dengannya jika tidak aku akan kalah.
"Harith! hati-hati!"
Aya Azumi menyuruhku berhati-hati. Memang aku perlu berhati-hati pun sob sob sob. Arghh ini bukan masanya untuk bersedih dan takut.
"Kau pun sama Zillich, mungkin perlawanan ini akan menjadi sangat menarik"
"Aaaaaaaaaaa" kami berdua menjerit sambil menghalakan penumbuk ke arah muka.
To Be Continued