Chereads / Raja Dunia Bawah / Chapter 4 - Ancaman (Bab 4)

Chapter 4 - Ancaman (Bab 4)

"Arghhh Kalau aku tak masuk kelas sekarang, aku akan kena marah dengan cikgu tapi sekarang aku sangat lapar macam mana nihh hishhh" ujar aku di dalam hati. Aku berfikir tanpa henti hingga ada seorang pelajar lelaki yang bernama Faiz menegur aku.

"Hei bro, kau ok? Muka kau pucat bro!," tegur Faiz kepada aku.

"Ha aku ok, aku hanya sedikit lapar. Sebelum aku ke sekolah aku lupa sarapan pagi,"

"Ooo macamtu rupanya, ha!! Tak mengapa aku roti coklat lebih kau ambillah satu," kata Faiz sambil memberi aku roti coklat.

"Terima kasih bro,"

"Iyaa sama-sama bro,"

"Oh aku lupa tanya, apa nama bro,"

"Harith,"

"Ooh ok, nama aku faiz kau panggil aku iz dahlah,"

"Iyaa ok iz,"

Aku telah mendapat kawan pertama di sekolah ini. Aku terus berjalan ke tingkat dua blok C untuk mencari kelas aku. Assisten aku beritahu kepada aku yang aku ini tingkatan lima dan kelas B.

Kelas 5B berada di tengah antara kelas A dan C. Aku terus berjalan masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba ada dua orang pelajar lelaki iaitu Bon De Mizi dan Sken tou roufik menyerang aku dari hadapan. Nasib baik aku menghindar serangan tersebut. Pukulan meraka berdua bukan biasa-biasa, aku dapat merasakan hawa tekanan besar pada pukulan itu.

"Fuhh kalau aku tidak menghindar tadi mungkin badan aku akan luka," sambil membuat ekspresi wajah terkejut.

"woi korang berdua nih dah kenapa tiba-tiba saja serang aku,"

"perghh kau dapat menghindar serangan kami berdua tadi, pergh tak percayalah, tak dak sapa lagi yang dapat mengindar serangan kami berdua, kau orang pertama dapat menghindar serangan kami berdua, kau bukan orang biasa kan!? Hehehe," mereka berdua membuat muka suspen padaku.

"ehhh!? Aku ada la belajar sedikit tentang ilmu seni bela diri nihh huhuhuhu," Aku mencuba untuk menukar topik.

"hmmm ok, nama aku Mizi dan yang ni pula orang kanan aku Roufik,"

"Nama aku Harith, selamat berkenalan," fuhh nasib baik dia ubah topik dahulu, lega rasanya fuhhh.

"Err meja aku kat mana,"

"Oii Harith meja kau sebelah meja aku,"

Huh!? Meja aku sebelah Mizi. Arghh masalah besar nih. Hurmm tenang-tenang tak mungkin dia akan tanya tentang seni bela diri aku nihh. Kedudukan meja aku dan mizi di hadapan sebelah kiri. Dan disebelah kiri meja aku ada tingkap. Angin bertiup sepoi-sepoi di sebelah aku.

"Fuhh sejuknya, kena angin tepi tingkap!,"

"oi Harith kau dah tahu ke tentang penguasa 3 blok A B dan C,"

"Aku tak tahu lagi," kata bohong aku pada mizi.

"awat woi dengan penguasa 3 blok,"

"oh mereka nii ketua setiap blok kalau ada pergaduhan kecil mereka takkan campur masalah dan turun padang,"

"Tapi kalau ketiga-tiga blok berperang, mungkin sekolah akan hancur lebur HAHAHAHA,"

"Ohh macamtu rupanya Hahaha,"

Ohh makin menyeronokkan sekolah ini hehehe, aku tak sabar hendak menakluk ketiga-tiga blok.

Masa pun berlalu dengan pantas waktu masa sekolah pun sudah selesai pada hari ini.

Sewaktu aku turun tangga tingkat 2 blok C, aku terserempak dengan seorang pelajar lelaki ini. Aura membunuhnya sangat kuat bahkan aku sedikit berpeluh. Aku hanya lalu tepinya dengan perlahan. Dia hanya menjeling mata ke arah aku dan dia memalingkan mukanya ke arah lain.

Tadi aku telah menyiapkan skill serangan terkuat aku jikalau dia menyerang aku. Tetapi aku bernasib baik kerana dia tidak menyerang aku. Aku tidak tahu orang di sebelah asia sangat kuat.

"Cish aku tak boleh berlengah disini, aku perlu berlatih seni bela diri aku hingga mencapai had maksima aku,"

Di sekolah ini banyak ancaman aku tidak boleh berlengah-lengah, Kalau aku berlengah-lengah di sekolah ini, mungkin aku akan mati.

To Be Continued