Chereads / My School Life (complete) / Chapter 5 - KENA BULI

Chapter 5 - KENA BULI

Bermulalah hari Nayeon menjadi kuli Jungkook. Awal pagi lagi Nayeon dah tunggu Jungkook kat depan pagar sekolah. Sambil tunggu dia dengar lagu Cheer Up dan siap menari lagi. Pelajar yang lalu-lalang memandang Nayeon dengan pandangan pelik sebab jarang nampak budak nerd menari.

' Comel juga budak ni menari ' Kata Jungkook dengan nada berbisik yang sejak dari tadi memerhati Nayeon yang tak habis-habis menari.

"Oit !" Panggil Jungkook yang telah pun berada di hadapan Nayeon.

Nayeon yang terkejut pun hampir terjatuh tapi sempat disambut oleh Jungkook.

Lama juga mereka dalam keadaan begitu setelah seminit baru mereka membetulkan kedudukan mereka . Itupun setelah mendengar deheman dari seorang pelajar lelaki.

"Kau okay tak ? " Tanya Jungkook sambil melihat Nayeon dari kepala ke kaki.

"O..ok.." Belum sempat Nayeon membalas Jungkook mencampak begnya ke arah Nayeon.

"Kau letak beg ni kat tempat aku. Aku nak pergi jumpa geng aku . " Balas Jungkook lalu beredar dari situ.

'Ish ,orang tak sempat nak balas lagi dia dah potong. Nasib beg ringan . Kalau tak dah benjol kepala aku. Tapi tak apa la tuan punya beg ni handsome. Wait ,Nayeon .Kau cakap apa tadi ...tak..tak..' Perli Nayeon di dalam hati sambil menggelengkan kepala.

Jungkook yang melihat dari jauh keletah Nayeon tersenyum kecil.

Bts yang berada di sebelah Jungkook berasa hairan akan tingkah Jungkook tapi mereka tersenyum kerana akhirnya Jungkook dapat tersenyum setelah kisah lama itu menghantui Jungkook.

Back to Nayeon-

Nayeon meletakkan beg Jungkook di kerusinya lalu duduk di tempatnya bersebelahan Yerin .

"Kenapa awak bawa beg Jungkook? Ada apa-apa ke ?" Tanya Yerin kepada Nayeon dengan muka yang penuh tanda tanya.

"Tak la saya tolong dia je . Lagipun rakan sekelas mestilah saling tolong-menolong tak begitu" Balas Nayeon walaupun hakikat sebenarnya tak sebegitu. Dia tak mahu susahkan orang lain.

"Ooo.. begitu. Tak la Jungkook tu tak pernah langsung cakap dengan perempuan sejak peristiwa  tu. Tu  yang pelik. " Kata Yerin.

"Peristiwa apa? " Tanya Nayeon ingin tahu .

" Tak ada apa-apa la . Jom la siap lepas ni nak pergi makmal kan " Balas Yerin.

"Okay" Kata Nayeon.

Semasa mereka di hadapan kelas untuk ke makmal , laluan mereka dihalang oleh seorang pelajar perempuan yang berambut kuning  dan disebelahnya ada seorang pelajar perempuan berambut hitam.

"Kau nak apa ni beradik Kim ? Kitaorang nak pergi makmal. Lepas ni Cikgu Kim kan ? Korang tak takut kena denda ke?" Kata Yerin dengan nada tegas.

Aku bukan nak cakap dengan kau . But I want to speak with you." Kata Lisa dan jarinya menunjuk ke arah Nayeon.

"Awak nak cakap apa ?" Tanya Nayeon pula.

"Kau jangan nak dekat dengan Jeon Jungkook kekasih aku . Faham!! Kalau tak , kau aku kerjakan kau  " Amaran Lisa.

"Ehhh .. dia bukan kekasih kau pun. Setahu aku kau bekas je . Ingat aku tak tahu . Memang la orang lain tak tahu " balas Yerin.

Nayeon baru pertama kali melihat Yerin meninggikan suara lekas meleraikan pertengkaran itu agar tidak semakin teruk.

"Baik la " Kata Nayeon lalu menarik tangan Yerin untuk ke makmal .

Tak sempat mereka nak ke makmal Jisoo terus menolak Yerin dari belakang begitu juga Lisa menolak Nayeon .

"Bye , loser" Kata Jisoo.

Setelah  itu Lisa Dan Jisoo berlalu pergi.

Habis baju mereka berdua kotor akibat terjatuh di lantai yang basah. Nayeon cuba menangkan Yerin lalu mereka ke makmal.

Sesampai di sana, Cikgu Kim sudah berada di dalam makmal . Jadi mereka didenda kemas makmal waktu balik nanti .