Chereads / My School Life (complete) / Chapter 9 - KEBANGKITAN NAYEON

Chapter 9 - KEBANGKITAN NAYEON

Nayeon sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di kantin sekolah sementara menunggu kedatangan Gfriend. Yelah sekarang waktu rehat . Disebabkan minggu  ni mereka mempunyai peperiksaan ,maka rehat mereka dipanjangkan dari setengah jam kepada 2 jam. Tapi peperiksaan hanya disebelah pagi.

Rose pula sedang menunggu kedatangan Taehyung di belakang kantin . Sempat juga dia memerhati adiknya dari jauh .

Taehyung yang sudah tiba  menghampiri Rose lalu menegurnya.

"Kenapa changi nak jumpa V  ? Rindu eh?"  Gurau Taehyung.

"Perasannya .Orang nak jumpa sebab nak cakap pasal Nayeon ." Kata Rose yang mukanya sudah cemberut.

"Eeeii... nak V cium ke ? Jangan nak buat muka macam tu" Balas Taehyung sambil menayangkan  senyuman gatalnya .

"Jangan nak mengada.  Sekejap lagi changi cubit baru tahu." Kata Rose .

"Okay, changi  . V ada tahu something pasal Nayeon . Mungkin Nayeon murung sebab kena buli dengan Jungkook tapi  V  tak rasa sebab tu ." Terang Taehyung.

"Kalau pasal tu Rose dah tahu . Rose ada bagi warning haritu." Kata Rose pula .

Taehyung dah tercenggang . Tak sangka teman wanita dia berani bagi warning kat jejaka dingin dan keras kepala macam Jeon Jungkook.

~ Flashback~

Rose mencari kelibatan Jungkook di kantin tapi dia tidak menjumpainya . Jadi dia tanya pada Jimin . Di sinilah dia sekarang iaitu di rooftop sekolah.

Rose menghampiri Jungkook yang  dari tadi termenung.

"Ehemmm..."

Jungkook berpaling ke arah deheman seseorang dan terlihatlah Rose di hadapannya.

"Kau nak apa?" Soal Jungkook straight to the point malas dia nak sapa-sapa bagai  sebab dia tahu kalau Rose jumpa dia pasti ada sesuatu nak cakap.

"Aku nak kau berhenti buli Nayeon." Kata Rose tegas.

Jungkook hanya memandang ke depan dengan keluhan keluar dari mulutnya.

Rose hairan melihat sikap Jungkook . Yelah dia dah lama kenal Jungkook sejak 4 tahun lepas begitu juga dengan ahli Bts yang lain kecuali Taehyung .

"Maaf aku tak boleh buat apa yang kau nak" Balas Jungkook.

"Tapi kenapa?Haih...Ke kau suka dia?" Soal Rose bengang . Yelah dia ingat boleh selesai dengan mudah tapi nampaknya sukar.

Lama mereka berdiam diri sehinggalah Jungkook bersuara.

"Aku tak tahu... Aku just tak boleh berhenti buli dia.. Satu je aku boleh janji dengan kau yang aku takkan cederakan dia..." Jelas Jungkook.

"Okay,  aku pegang janji kau" Balas Rose lalu berlalu pergi .

Jungkook mengeluh panjang dan menyambung mengelamun.

~End Flashback~

Tanpa Rose dan Taehyung sedari Nayeon telah dihampiri oleh Lisa dan

Jisoo.

"Hei , rajinnya budak nerd ni tapi sayang kau tak cantik" Perli Lisa.

Jisoo pula mula mengambil buku Nayeon lalu mengoyakkannya .

"Apa awak buat ni Jisoo ? Please berhenti ! Tu buku saya ." Rayu Nayeon.

"Alalala nak merayu pulak dia . Ingat kitaorang makan pujuk rayu kau ." Kata Jisoo lalu menarik rambut Nayeon. Lisa yang memerhati hanya tersenyum senang melihat keadaan Nayeon.

Nayeon hanya menahan sakit tanpa mengeluarkan bunyi.

"Eh , kau bisu ke ? Ke tak sakit ? Meh , aku tambah sakit kau"  Kata Lisa sinis.

Lisa mula menampar pipi belah kanan Nayeon sehingga merah .

"Aku dah cakap jangan rapat dengan Jungkook!!! . Kau degil !!! Ni balasannya!!!" Tengking Lisa lalu ingin menampar pipi belah kiri Nayeon.

Tanpa sempat Lisa menampar Nayeon sudah menahan tangan Lisa dan menolak Lisa jatuh.

"Heh? Suka hati kau je kan nak tampar aku. Apa ingat kau cantik dan  diva boleh buat suka hati ke ? Bukan aku yang dekat dengan Jungkook.  " Balas Nayeon sinis .

Lisa tak membalas tapi dia mula menangis sebab sakit akibat tolakan keras Nayeon tadi . Yelah tak pernah kena dengan orang dia je asyik buli orang tu la .😅

"Kurang ajar kau" Kata Jisoo lalu mula ingin memukul Nayeon tapi ditepis Nayeon . Tangan Jisoo sempat dipulas oleh Nayeon.

"Awww!!!" Jerit Jisoo.

"Baru sikit dah kalah . Aku kena dengan korang aku sabar je tau . Buang masa je layan orang macam ni." Kata Nayeon lalu berlalu dari situ kerana dia ingin pulang ke rumah . Tak ada mood dia nak masuk kelas semula  untuk belajar.

Jisoo mula membantu Lisa bangun dan mereka berlalu ke bilik rawatan.

Tanpa disedari Nayeon, Lisa dan Jisoo, kejadian tadi telah disaksikan oleh Rose , Bts , Gfriend dan Jennie.

'Nampaknya aku jatuh hati lagi pada dia' Kata seseorang di dalam hati lalu berlalu ke rooftop.

Sementara di pondok  berhampiran kantin .

"Yeon!!" Jerit ShinB.

Ahli  Gfriend semuanya pelik kecuali Yuju .

"Nampaknya  kau dah ingat ShinB." Kata Yuju bagi menjelaskan jeritan ShinB.

Ahli Gfriend menayangkan wajah blur.

Yuju pun menerangkan segalanya.Ahli Gfriend menganggukkan kepalanya tanda faham . Nampaknya mereka perlu merancang sesuatu untuk ShinB dan Nayeon.

Sementara Rose dan Taehyung pula.

"Seriuslah tu adik changi" Kata Taehyung dengan nada terkejut.

Rose hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Bts dan Jennie pula.

"Wah , Budak arnab daebak !" Kata Jennie teruja .

"Saya tak daebak , sweet?" Tanya Jimin .

Ahli Bts yang lain hanya menayangkan wajah menyampah .

Jennie menayangkan wajah cemberut dan berlalu pergi dari situ .

Bts mentertawakan Jimin yang ditolak oleh Jennie.