Jaebum yang sudah tahu tentang Nayeon segera berjumpa appanya dan Rose pada malam itu .
Appanya dan Rose yang sudah menunggu di bilik kerja segera dia hampiri. Jaebum melabuhkan punggung berhadapan appanya dan di sebelah Rose.
"Apa yang kamu nak cakap sangat ni sampai tak boleh nak tunggu esok?" Perli Tuan Im pada Jaebum . Yelah dia baru balik kerja mana tak diperlinya anak teruna yang sorang ni .
"Mianhei appa . Jae tahu appa penat tapi ni pasal Nay. Sebenarnya..." Kata Jaebum.
"Asal dengan Nay?" Potong Rose.
"Sabar Rose bawa bertenang bagi Jae terangkan dulu" Kata Tuan Im pula.
Rose hanya menganggukkan kepalanya.
"Sebenarnya Nay dah pulih dari hilang ingatan . Nay juga belajar seni pertahankan diri." Kata Jaebum.
"What ? Bila??" Teriak Tuan Im dan Rose serentak.
Jaebum hanya mengeluh sebelum menyambung ayatnya.
"Dah lama dah sejak 4 tahun yang lalu . Sekarang ni ada orang nak buli Nayeon macam 5 tahun lepas . Jadi..."
Kata Jaebum sebelum dipotong Tuan Im .
"Appa nak dedahkan identiti anak bongsu keluarga Im. Jaebum esok cari wartawan dan uruskan satu sidang media . Rose pulak tolong kumpul semua pelajar kat kantin sekolah. Waktu rehat kita buat ." Tekad Tuan Im setelah tahu apa yang ingin dikatakan Jaebum.
"Baik appa" Jawab Jaebum dan Rose serentak.
...,.......
Keesokkannya Nayeon datang sekolah macam biasa dia perlu tunggu di depan pagar sekolah . Setibanya Bts, Jungkook segera menghampiri Nayeon. Yang hairannya Jungkook tak campak begnya pada dia macam biasa malah menariknya ke rooftop.
"Kenapa awak bawa saya ke sini ?" Tanya Nayeon setelah tiba di rooftop.
"Aku nak tanya kau soalan. Boleh kau jawab dengan jujur?" Soal Jungkook pula .
Pelik Nayeon dengan Jungkook . Orang tanya soalan dia bagi soalan balik . Dengan langkah selamat Nayeon menganggukkan kepalanya tanda membenarkan Jungkook menayakan soalan.
"Kau ada first love tak ?" Tanya Jungkook dengan nada serius.
"M..mestilah ada siapa je tak ada" Gagap Nayeon menjawab . Pelik dia asal Jungkook tanya soalan macam ni padanya .
"Sama la aku pun ada...tapi" Kata Jungkook . Krak....
Patah hati Nayeon mendengarnya.
"Tapi dia dah tak ada . Aku dah sukakan someone ni dan dia adalah second love aku . Aku harap dia yang terakhir ." Luah Jungkook.
Nayeon yang mendengar hanya tersenyum hambar .🙁
"Kalau awak tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu ." Kata Nayeon lalu beredar dari situ dengan hati yang pilu.
Jungkook hanya memandang pemergian Nayeon dengan senyuman hambar terukir di bibirnya.
........
Pada waktu rehat , semua warga sekolah diminta oleh anak Tuan Im iaitu Rose untuk kumpul di kantin.
Nayeon yang baru mengemas barangnya ditarik oleh Yerin untuk mengikut jejak gadis itu ke kantin . Nayeon pasrah dan mengikut jejak gadis itu.
Setelah sampai di kantin , Yerin membawanya mendekati Gfriend . Nayeon terkejut melihat banyak wartawan . Dia kemudiannya mengalihkan pandangan pada Jungkook yang baru tiba dengan Bts .
Jungkook yang sedar dirinya dipandang segera menoleh . Dia menghadiahkan senyuman yang manis pada Nayeon. Nayeon terkedu melihat senyuman itu sampailah ada suara seseorang yang dikenalinya menyapa pendengarannya.
"Annyeonghasaeyo , maaf saya mengganggu . Hari ini saya buat sidang media ini untuk mengumumkan sesuatu sekali gus memperkenalkan anak bongsu dari Keluarga Im . Tujuan saya adalah tidak mahu maruah anak saya dipijak orang ." Sinis saja nada Tuan Im.
Semua pelajar terkaku kerana pertama kali mereka mendengar Tuan Im aka ayah senior mereka , Rose berkata sedemikian . Mereka tahu keluarga Im ada tiga anak tetapi mereka tidak mengenali anak kepada sponsor terbesar sekolah mereka. Bukan mereka saja malah satu Korea tidak mengetahuinya . Sedangkan syarikat Tuan Im adalah tiga terkaya di Korea.
Nayeon yang mendengar kata appanya ingin beredar dari situ tapi terhenti kerana kata-kata appanya .
"Pelajar yang bernama Nayeon mari ke atas pentas ." Kata Tuan Im.
"Nayeon pergila naik " Kata Yerin perlahan seakan nada berbisik.
Nayeon dengan terpaksanya naik ke atas pentas diiringi Jaebum yang entah dari mana datang dan menghampiri Tuan Im.
Tuan Im mendakap bahu anaknya dan berkata "Inilah anak bongsu saya, Im Nayeon" Kata Tuan Im tenang.
Semua pelajar berasa terkejut . Lagi-lagi Jisoo dan Lisa.