Chereads / My School Life (complete) / Chapter 8 - KEBENARAN

Chapter 8 - KEBENARAN

Sejak peristiwa Suho dan Chanyeol tahu nickname ShinB , hampir setiap hari ShinB ingin mereka memberitahunya siapa dirinya 5 tahun yang lalu. Chanyeol dan Suho tak sampai  hati nak beritahu ShinB kerana mereka tahu yang ShinB dah hilang ingatan. Tu semua hasil  dari pertemuan mereka dengan Yuju minggu lalu.

~Flashback ~

Chanyeol dan Suho sedang menunggu Yuju di sebuah cafe . Ini pun mereka datang setelah menerima mesej dari Yuju yang ingin menemui mereka .

"Maaf aku lambat" Kata Yuju setelah itu duduk berhadapan Chanyeol.

"Apa yang awak nak beritahu kami ?" Soal  Chanyeol straight to the point.

"Aku tahu korang tak tipu bila korang cakap korang kenal ShinB . Jadi sebenarnya..." Kata Yuju .

Tanpa sempat Yuju menyambung Rose datang menghampiri mereka lalu duduk bersebelahan dengan Yuju dan berhadapan Suho.

Mesti korang pelik kan kenapa Rose ada sekali. Sebenarnya sebelum bertemu Yuju , Chanyeol terserempak dengan Rose di kantin sekolah semalam . Mula-mula memang Rose tak nak bagitahu tapi Chanyeol asyik merayu dan ditambah dengan kedatangan Suho lagi. Akhirnya , Rose ajak mereka berjumpa . Dan di sinilah dia sekarang.

"Kenapa Rose ada kat sini ?" Soal Yuju pelik .

"Sebenarnya kitaorang ajak jumpa sekali sebab hal korang ni berkait" Terang  Suho.

"Okay sambung balik. Sebenarnya ShinB hilang ingatan sejak lima tahun lepas . Dia kemalangan dan koma 3 bulan lepas dia sedar langsung dia tak ingat sesiapa  kecuali Yeon . Yeah , aku pun tak tahu siapa Yeon yang pasti tiap-tiap hari dia sebut nama tu . Masa dia koma pun . Aku selalu dengar dia cakap sorang- sorang yang dia banyak buat salah kat Yeon dan dia betul-betul menyesal . ShinB ada suruh aku cari Yeon but aku tak kenal dia siapa .Hemmm..." Keluh Yuju.

Suho dan Chanyeol tekun mendengar penerangan Yuju. Rose pula tersentak mendengarnya.

"Aku ada upah orang cari Yeon tapi orang suruhan aku tak dapat apa-apa maklumat langsung pasal dia. Yang aku dapat pun dia dah tak ada kat Seoul . Tu je. Keadaan ShinB waktu tu memang teruk dengan tak lalu makan   tak cukup tidur lagi sampai kan badan dia kurus kering sampai nampak tulang .Last aku decide dengan parents dia nak bawa dia jumpa pakar sakit jiwa. Aku tak kata dia gila . Aku just nak dia berubah . Mungkin satu hari nanti dia jumpa Yeon dan minta maaf" Sambung Yuju.

"Sebab tu la kitaorang tak jumpa dia lepas kes Yeon tu" Kata Chanyeol.

"Jadi apa kaitan kau dengan B?" Soal Rose tiba-tiba .

"Jadi Rose tahu B tu siapa?" Soal Suho.

Rose hanya menganggukkan kepalanya. Malas dia mahu cakap .Baru swag😆.

"Saya sebenarnya adik tiri dia . Memang kitaorang adik-beradik tiri tapi kitaorang rapat sangat just sekolah kitaorang berlainan." Balas Yuju .

"Aku nak sangat korang tolong aku cari Yeon sebab aku tak nak ShinB jadi macam dulu balik . Please aku tahu perangai ShinB teruk .Tapi dia dah berubah please maafkan dia ." Pinta Yuju.

Chanyeol dan Suho hanya mengeluh kerana mereka tidak mengetahui keberadaan Yeon sekarang.

"Rose ,please beritahu kami mana Yeon?" Pinta Suho dan Chanyeol membuat muka simpati.

"Kalau ShinB dah insaf , aku maafkan dia .  Cuma aku tak bersedia nak dedahkan siapa Yeon . Aku just nak korang tahu dia selamat dan bahagia sekarang . Mungkin satu hari nanti aku benarkan korang jumpa dia. Sekarang masa tak sesuai aku takut emosi Yeon tak stabil." Terang Rose.

"Jap...Apa kaitan Yeon dengan Rose?" Soal Yuju hairan setahunya Rose tiada adik hanya ada abang.

"Dia adik aku" Kata Rose lalu berlalu pergi dari situ.

Tergamam Suho , Chanyeol dan Yuju mendengar jawapan Rose. 

~End Flashback~

Suho dan Chanyeol dah penat dan malu.  Tiap- tiap hari hadap ShinB yang melutut pada mereka.

"Dah la ShinB . Kau tak malu ke buat macam n " Kata Suho agar ShinB putus asa.

"Tak!! Aku merayu sangat korang beritahu aku apa yang jadi 5 tahun lepas . Dan lagi satu Yeon mana?? Aku nak minta maaf ...." Merayu ShinB sambil memeluk kaki Chanyeol.

"Kitaorang tak tahu Yeon kat mana tapi satu hari nanti mungkin kita akan jumpa dia. Dan kitaorang ni kawan baik awak time sekolah rendah dulu." Pujuk Chanyeol.

ShinB memandang Suho dan Chanyeol memastikan apa yang dicakap mereka adalah benar.

"Kitaorang tak tipu . Kau boleh percayakan kitaorang." Kata Suho.

ShinB mula berdiri lalu memeluk Suho dan Chanyeol. Suho dan Chanyeol terkaku apabila dipeluk ShinB.

"Kamsahamnida chingu..." Bisik ShinB pada Suho dan Chanyeol lalu melepaskan pelukan dan pergi berjumpa Yuju.

Suho dan Chanyeol hanya tersenyum kecil.