Chereads / My School Life (complete) / Chapter 6 - KISAH LALU

Chapter 6 - KISAH LALU

Setelah sebulan Nayeon bersekolah di situ. Walaupun penat melayan kerenah Lisa dan Jisoo yang tak habis-habis memalukannya di hadapan semua orang . Ditambah lagi dengan Jungkook yang tak habis-habis mengheretnya ke mana sahaja cuma waktu rehat je dia lepaskan Nayeon pergi rehat bersama Yerin .

Tapi serius cakap Nayeon suka berkawan dengan Gfriend tapi ShinB tetap dingin dengan dia dan tambah lagi sorang dingin dengan dia iaitu Yuju.

'Haih, apalah salah aku sampai Yuju pun dah dingin dengan aku. Aku ada buat salah ke ? ' Keluh Nayeon seorang diri di biliknya.

Tanpa disedari Nayeon abangnya , Jaebum yang ingin memanggil adiknya makan malam hairan melihat adiknya sibuk mengelamun sambil berkerut dahi . Nampak sangat yang Nayeon ada masalah . Jaebum tak mahu tanya adiknya sebab dia tahu adiknya takkan cerita masalah dia. So buang masa je dia tanya. Nak tahu siasat sendiri .

"Ehem... Nay .. jom makan . Semua dah tunggu kat meja makan." Kata Jaebum setelah mengetuk pintu bilik adiknya.

Nayeon pun segera mengemas meja belajarnya lalu ke meja makan diikuti abangnya dari belakang.

Selesai makan malam Nayeon masuk ke biliknya. Semua ahli keluarga pelik melihat kerenah Nayeon kecuali Puan Im. Yelah hanya dia tinggal dengan Nayeon di Busan . Yang lain ada di Seoul hanya waktu cuti sahaja mereka berjumpa.

"Rose kamu tahu apa-apa yang appa tak tahu ke pasal Nay?" Tanya Tuan Im.

Rose hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan .

"Mungkin dia ada kerja sekolah tu bang. Biasalah pelajar sekolah." Balas Puan Im.

Tuan Im hanya mengganggukan kepala tanda faham akan kata isterinya.

Setelah selesai makan , Jaebum mengajak Rose ke taman di belakang rumah. Rose hanya mengikut.

Lama mereka berdua berdiam diri sambil memandang bintang di langit dan akhirnya suasana sunyi itu berakhir dengan pertanyaan Rose.

"Oppa ajak Rose kat sini sebab nak cakap pasal Nayeon kan? " Soal Rose.

"Aah. Oppa rasa macam ada tak kena Lagipun Oppa tengok dia asyik mengelamun je sejak balik sini. Oppa nak Rose siasat siapa yang buat adik kita macam tu . Cukuplah dulu dia terseksa " Luah Jaebum pada Rose.

"Oppa jangan sedih. Salah Rose juga tak mampu lindungi Nayeon . Hmm.. " Keluh Rose.

Mereka berdua mula berdiam diri dan terkenang kisah lalu.

* Flashback *

Lima tahun yang lalu .

Rose ternampak semua orang berkerumun di kantin . Dia malas nak ambil peduli jadi dia pergi ke rooftop untuk ambil angin .

Di kantin . Sekumpulan gadis yang terdiri daripada 5 orang individu sedang membuli seorang gadis yang lemah . Dan ya gadis tersebut adalah Im Nayeon. Dan kumpulan tersebut adalah Redvelvet.

Irene sebagai ketua hanya memerhati rakan-rakannya menarik rambut , menyimbah air , menampar muka dan menggunting rambut .

"Oi , kau tak nak join ke Irene ? " Kata Joy yang sedang menarik rambut dan Yeri di sebelahnya menggunting rambut Nayeon yang panjang sampai ke pinggang itu separas bahu.

Menangis teresak-esak Nayeon diperlakukan sedemikian rupa.

"Tak apa la . Aku nak ke rooftop " Balas Irene berlalu pergi dari situ.

"Aku nak join boleh ?" Kata seorang gadis yang memakai penutup muka .

"Oh kau join la . Macam tak biasa." Kata Seulgi.

"Lama aku tak nampak kau ,B" Kata Wendy pula yang sudah selesai menampar muka Nayeon yang entah ke berapa kali. Habis biru pipi Nayeon dan mulutnya berdarah.

"Biasa la " Ringkas gadis itu menjawab. Segera gadis itu menunjal kepala Nayeon sehingga terkena bucu meja dan disertakan dengan ugutan .

"Jangan nak dekat dengan Suho dan Chanyeol kalau kau tak nak mati. " Bisik gadis itu di telinga Nayeon.

"Kenapa...? mereka...cuma kawan saya... saja"

Gadis itu hanya tersenyum sinis mendengar ujaran Nayeon.

Setelah selesai mereka membuli Nayeon . Mereka berlalu pergi meninggalkan Nayeon dalam keadaan yang nyawa-nyawa ikan.

Pelajar lain yang berada di kantin berasa amat kesian pada Nayeon tapi mereka tak boleh buat apa-apa memandangkan Redvelvet dah ugut mereka.

Suho yang baru datang ke kantin bersama Chanyeol terkejut melihat keadaan Nayeon segera menyuruh pelajar memanggil guru dan sahabat karib Nayeon iaitu Rose.

Nayeon dibawa ke hospital dengan ambulans yang ditelefon oleh gurunya ditemani Rose disisi yang asyik menangis sejak melihat adiknya kaku di situ.

Doktor telah mengesahkan Nayeon koma membuatkan ahli keluarganya bertambah sedih. Setelah 2 bulan barulah Nayeon sedar dan dia hilang ingatan hanya keluarganya yang dia ingat.

Appa dan Ommanya tekad memindahkan Nayeon ke Busan dan ditemani Ommanya .

Rose dan Jaebum melihat adiknya amat gembira setelah bertemu Twice yang sudah dianggap keluarga kedua Nayeon.

* Flashback end *

Sejak itu Jaebum dan Rose tekad akan melindungi adik mereka. Dan malam itu juga Rose akan siasat siapa yang membuat adiknya mengelamun dibantu oleh Jennie dan Taehyung.