Di kelas 4 Emerald , ada seorang gadis sedang termenung. Tanpa diketahui si gadis ada seorang jejaka yang memandangnya sejak tadi tanpa menghiraukan keadaan kelas yang bising .
Taehyung dan Jimin perasan akan pandangan Jungkook pada Nayeon . Tapi mereka buat-buat tak nampak .
Tiba-tiba datang Puan Lee membawa 2 orang pelajar baru . Semua pelajar mula diam dan kembali ke tempat masing-masing. Puan Lee menyuruh kedua-dua pelajar lelaki tersebut memperkenalkan diri.
"Annyeonghasaeyo , nama saya Park Chanyeol . Boleh panggil saya Chanyeol. Saya sepupu Park Jimin " Kata pelajar lelaki yang membawa beg biru.
"Wah , kamu mesti kaya kan? " Ujar Lisa.
Chanyeol hanya tersenyum kecil . Dia sudah biasa dengan gadis seperti ini.
"Hi , saya Kim Suho dan abang saya Kim Seokjin " Kata pelajar lelaki di sebelah Chanyeol pula .
"Kamu terlihat sangat tampan , Chanyeol aah~" Kata Jisoo pula dengan nada menggoda.
Tanpa mereka sedari ada seorang gadis yang sedang menatap bingung ke arah kedua-dua namja di hadapan kelas.
"Asal macam kenal eh?" Kata Nayeon dengan nada perlahan tetapi didengari Yerin , Jimin dan Jungkook.
Wajah Jungkook terus dingin setelah mendengar bicara Nayeon. Jimin yang menyedari perubahan Jungkook hanya tersenyum.
" Sudah Lisa dan Jisoo kamu tak payah nak menggatal " Kata Puan Lee.
Jisoo dan Lisa hanya menayangkan muka menyampah kepada Puan Lee.
"Suho dan Chanyeol kamu boleh duduk di belakang Taehyung dan Eunwoo. " Kata Puan Lee.
"Terima kasih, saem" Kata Suho dan Chanyeol serentak dan berlalu ke tempat yang ditetapkan oleh Puan Lee tadi.
Mereka pun belajar ....
Pada waktu rehat , Nayeon ingin ke kantin setelah mengemaskan bukunya tetapi niatnya terbantut apabila ada dua namja di hadapannya.
"Yeon , Ke mana kamu menghilang? Sudah 5 tahun kami mencari kamu." Kata Chanyeol.
Nayeon menatap bingung pada kedua-dua namja tersebut.
"Kamu tidak mengenali kami . Kita sudah berkawan dari tahun 1 di sekolah rendah." Ujar Suho pula.
"Maaf , saya tidak ingat . Rasa baru pertama kali mengenal kamu berdua. Mungkin mukanya seiras. Lagipun namaku Nayeon bukan Yeon. Saya minta diri dulu." Tutur Nayeon sopan lalu ke kantin .
Suho dan Chanyeol hanya terpaku walaupun Nayeon sudah pergi 5 minit yang lalu.
"Mungkin kita salah orang ." Kata Suho.
"Nama penuhnya kita tak tahu . Hanya Yeon . Tapi aku pasti tu Yeon" Keluh Chanyeol.
"Sudah la jom ke kantin . Eunwoo sudah lama tunggu kita." Kata Suho.
Suho dan Chanyeol pun berlalu ke kantin. Tanpa mereka sedari Jungkook mendengar semua perbualan mereka.
Sementara di kantin , Nayeon menghampiri Gfriend.
Yerin menghulurkan roti perisa strawberi pada Nayeon.
Bersinar mata Nayeon melihatnya.
"Gumawo Yerin...ah " Kata Nayeon lalu mula makan rotinya.
Sementara ShinB yang melihat Nayeon dengan rasa meluat . Entah kenapa dia rasa amat benci pada gadis itu walaupun Nayeon tidak berbuat jahat padanya. Mungkin dia pernah mengenali gadis itu sebelum dia kemalangan 5 tahun yang lepas .
Seminggu sudah berlalu , Chanyeol dan Suho cuba sedaya upaya mencari maklumat rakan baik mereka kerana orang upahan yang diupah mereka mengatakan bahawa Yeon bersekolah di sini.
Sewaktu rehat , Suho dan Chanyeol dalam perjalanan ke kantin. Tiba-tiba Chanyeol berhenti bergerak dan Suho dibelakangnya hampir merempuh Chanyeol.
"Oit , kau kenapa berhenti tiba-tiba?" Sergah Suho pada Chanyeol.
"Shh...kau tengok depan" Balas Chanyeol.
Suho pun melihat ke depan dan mukanya mula menunjukkan riak terkejut.
"Tu bukan ke, B?"Soal Suho .
"Asal dia dengan Nayeon atau Yeon" Soal Chanyeol pula.
"Bukan dia yang buli Yeon dulu ke ?" Soal Chanyeol lagi.
"Jom la pergi kat diorang" Ajak Suho .
Suho dan Chanyeol mula mendekati Gfriend dan Nayeon yang sedang makan di pondok berdekatan kantin.
"Ehemm..."
"Oh, Suho dan Chanyeol kamu berdua nak apa?" Tanya Yerin .
"Saja nak berkenalan boleh?" Soal Suho.
"Boleh je" Balas Umji.
"Saya Park Chanyeol dan ini Kim Suho." Kata Chanyeol.
"Saya Yerin dan ini Sowon" Kata Yerin dan tunjuk pada Sowon disebelahnya.
"Eunha .... Ni Umji" Kata Eunha yang duduk di sebelah Nayeon pula.
"Im Nayeon . Panggil Nayeon je." Kata Nayeon sambil tersenyum.
Chanyeol dan Suho yang melihat senyuman Nayeon bertambah yakin bahawa Nayeon dan Yeon adalah orang yang sama .
"Aku ShinB dan ini Yuju" Kata ShinB yang diam sejak tadi.
"B????" Kata Chanyeol dan Suho serentak.
ShinB pelik macam mana dua orang ni kenal dia .
"Asal korang tahu nama nickname waktu aku sekolah rendah "Soal ShinB.
"Kau tak ingat kitaorang?" Soal Suho.
ShinB hanya menggelengkan kepala.
Yang lain hanya hairan mendengar perbualan Suho dan Chanyeol pada ShinB .