Chereads / My School Life (complete) / Chapter 4 - BERTEMU BTS DAN GFRIEND

Chapter 4 - BERTEMU BTS DAN GFRIEND

Loceng pada waktu rehat telah pun berbunyi.

"Nayeon , nak rehat dengan geng saya?" Tanya Yerin.

"Boleh ke? Saya tak menyibuk? Geng awak okay ke kalau saya rehat dengan korang?" Tanya Nayeon bertubi-tubi sebab risau.

"Don't worry. Diorang tak kisah. Walaupun kitaorang queeka kat sekolah ni , kitaorang still tak buli orang yang tak kacau kitaorang."

Nayeon hanya menganggukkan kepalanya lalu mengikuti Yerin ke kantin menemui Gfriend.

Seorang gadis yang melihat kedatangan sahabatnya bersama seorang pelajar perempuan yang tak pernah dilihatnya di sekolah. Dia segera menyapa mereka.

"Yerin ... Sebelah awak ni siapa? Pelajar baru ke?" Tanya gadis tersebut.

"Ya ... Perkenalkan sahabat baru kita." Balas Yerin ceria.

"Annyeonghasaeyo Im Nayeon imnida" Kata Nayeon.

" Hi , Nayeon . Saya Sowon." Kata gadis yang menyapa mereka tadi.

" Saya Eunha dan ini Yuju" Kata gadis di sebelah Yerin lalu menunjuk pada gadis di sebelahnya.

"Yang paling comel ni awak boleh panggil Umji" Kata gadis di sebelah Sowon sambil mengembungkan pipinya.

Nayeon tersenyum melihat gelagat Umji.

"Aku ShinB . Kau Nayeon kan. Jadi,  jangan nak rapat sangat dengan kitaorang" Balas ShinB dingin lalu beredar ke kelasnya.

"ShinB tunggu ...." Jerit Yuju lalu mengikuti ShinB.

"Nayeon ,awak jangan terasa dengan apa yang ShinB cakap tau." Kata Umji bagi mengelakkan Nayeon terasa hati dengan ShinB.

"Dia protective je sebenarnya" Balas Eunha .

"Tak apa . Lagipun saya baru je kat sini dan ShinB tak kenal lagi saya begitu juga saya." Kata Nayeon sambil tersenyum kecil.

Mereka mula membeli makanan dan menikmatinya sambil berbual-bual. Setelah loceng berbunyi mereka masuk ke kelas masing-masing untuk menyambung pelajaran mereka.

Sebaik sahaja tamat sekolah , Yerin meminta diri untuk pulang bersama gengnya. Yerin juga mengajak Nayeon pulang bersama tetapi Nayeon menolak kerana dia ada sesuatu yang perlu dilakukan.

Sewaktu Nayeon sedang mengemas barangnya, ada seseorang menegurnya.

"Hoi ,budak nerd kau tak balik lagi ke? Tunggu mummy daddy kau ambil ke?" Kata pelajar lelaki kalau tak silap Nayeon nama pelajar tersebut adalah Jeon Jungkook. Pelajar yang biadap terhadap guru tadi.

Nayeon hanya mendiamkan diri lalu segera mengemas barangnya.

' Ni mesti unnie marah kejap lagi' Bisik Nayeon di dalam hatinya.

"Hoi pekak" Jerit Jungkook.

Nayeon buat tak peduli. Malas dia nak cari masalah.

Jungkook yang melihat Nayeon tidak mempedulikannya mula mendekati gadis itu lalu menarik rambutnya.

"Aduh...hiks... tolong ... lepaskan ... hiks... rambut ... saya..." Kata Nayeon bersama tangisan. * Yela siapa je yang tahan dengan tarikan yang maha kuat dari Jeon Jungkook aka gangster terulung.😅. Sabar je la Nayeon*- author pov

Jungkook segera melepaskan rambut Nayeon akibat rasa belas kasihannya terhadap Nayeon. Dia duduk di sebelah Nayeon lalu mengeluarkan tisu.

"Apa kau buat ni Jungkook?" Tanya Taehyung yang baru masuk ke dalam kelas bersama 5 orang pelajar lelaki.

"Lama betul kitaorang tunggu" Kata Jimin.

Jungkook sedar akan kehadiran Bts tetapi menghiraukan pertanyaan mereka.

Sebaik sahaja Bts melihat seorang gadis menangis di sebelah Jungkook. Mereka terkejut. Mereka pelik kerana Jungkook sedang mengelap air mata gadis tersebut. Ye la mana pernah Jungkook sebaik ni dengan perempuan.

"Sorry , aku tak sengaja. Siapa suruh kau tak jawab panggilan aku." Kata Jungkook.

"Awak nak apa? Saya nak cepat ni..." Balas Nayeon yang masih berasa malu apabila Jungkook mengelap air matanya.

"Aku nak kau jadi kuli aku. Kalau tak aku buat lagi teruk ataupun kau nak aku..."

'....Kiss kau' Bisik Jungkook di telinga Nayeon.

Nayeon hanya menganggukkan kepalanya lalu beredar dari situ.

Bts yang memerhati tercenggang dengan kata-kata Jungkook.

Sementara di hadapan sekolah, Rose dan Jennie menunggu Nayeon sudah hampir 20 minit.

"Ish ,mana Nayeon ni tak pernah-pernah dia biar kita tunggu. Selalu on time ni lain pulak." Rungut Jennie.

"Herm... biar la dia lambat mungkin ada hal kot . Lagipun dapat la kau merasa macam mana aku tunggu kau" Perli Rose.

"Ala sorry la . Macam tak biasa kau tunggu aku dah 10 tahun kot ." Kata Jennie sambil membuat muka comel .

Rose hanya tersengih melihat gelagat kawannya. Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahu mereka.

"Unnie...mian... Nayeon lambat .... Ada hal tadi..." Kata Nayeon tercungap-cungap.

Rose hairan melihat adiknya yang tercungap-cungap bagai baru dikejar anjing tetapi hanya mendiamkan diri kerana sudah lali dengan perangai adiknya yang tidak akan memberitahu apa-apa pada keluarga walaupun ada masalah.

"Nayeon , kau tak apa-apa ke?" Tanya Jennie.

"Tak ada apa-apa. Okay je ." Balas Nayeon.

"Dah, jom balik" Potong  Rose agar Jennie tidak menanyakan pelbagai soalan.

*Well kita tak boleh biar Jennie tanya macam- macam sebab sampai esok tak akan habis dan akan membuatkan part ni lagi menjela. -author pov.

* Ooo kutuk orang - Jennie pov

* Sibuknya,  dah pergi sana -author pov

Diorang pun pulang ke rumah.