Chereads / How Can I Reborn With Demon Eyes (Malay) / Chapter 1 - Penemuan Tak Dijangkakan

How Can I Reborn With Demon Eyes (Malay)

Panda_Sensei
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 49.5k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Penemuan Tak Dijangkakan

"Uh ah, Sakitnya kepala ni!" kata Kiroma sambil mengusap kepalanya. "Ini mesti sebab The Vision tu lagi" bisik hati Kiroma. The Vision adalah gambaran yang sering dilihat Kiroma di dalam mimpinya iaitu sosok seorang perempuan yang tidak dikenali yang memanggil namanya berulang kali. "Semakin hari saya dapat The Vision , saya rasa seperti saya pernah bertemu dengan sosok tersebut di suatu tempat cuma ingatannya tentang itu samar-samar" bisik Kiroma. "Oh, sekarang sudah jam berapa?". "Sudah jam 0700 ya, baik saya bersiap-siap untuk ke sekolah" kata Kiroma. "Selamat pagi, anak-ku" kata Masaki. Masaki ialah ibu kandung Kiroma atau disingkatkan cerita seorang ibu tunggal setelah kepergian papanya. Mereka menjalani kehidupan yang selesa tanpa berasa keseorangan dan kesedihan. "Iya selamat pagi ibu" jawab Kiroma. "Makan dahulu sarapan ni sebelum ke sekolah" kata Masaki. Kiroma langsung membawa sekeping roti dengan mulut sambil menyarungkan kasut untuk bergegas ke sekolah. "Hati-hati di jalan ya" kata Masaki. "Saya berangkat dahulu" Jawab Kiroma.

"Udara disekeliling perumahan ini sungguh segar sekali tetapi-" kata KIroma terhenti. "Ia dipenuhi dengan hawa kegelapan dari tubuh manusia yang telah dirasuk oleh sesuatu mahkluk yang saya tidak ketahui" kata Kiroma. Kiroma tidak mengetahui kenapa dia dapat melihatnya dan apakah mahkluk tersebut. Kiroma dapat melihat dunia yang tidak dikenalinya semasa dia lahir lagi. "Hmm, apa boleh buat asalkan mahkluk tersebut tidak mengganggu sudah!" bisik KIroma untuk menghilangkan topik yang dibahasnya. "Jaga-jaga seseorang yang disana!" kata-kata yang kuat datang menghampirinya. BANG!. "Aduh, sakitnya!" kata seseorang yang baru lepas melanggar dinding dengan basikalnya. "Kamu tidak apa-apa?" Tanya Kiroma. "Saya okay sahaja, hehehe" jawab perempuan yang terduduk itu. "Sini saya bantu kamu untuk berdiri" kata Kiroma yang menghulurkan tangannya. Tubuhnya yang sedikit rendah daripada Kiroma dan rambutnya mirip seperti warna bunga sakura serta mengenakan cekak rambut berbentuk ribbon. Itulah gambaran rupa paras perempuan tersebut. "Terima kasih" jawab perempuan tersebut sambil berasa malu. "Anu, um, na-nama saya Sakura Hamada. Boleh panggil saya Sakura." Kata Sakura untuk mempengenalkan diri. "Oh nama saya Kiroma Soha. Selamat berkenalan." Kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Lambang lencana tu bukan ke lambang sekolah Sekolah Tinggi Tokyo." Tanya Sakura. "Um iya, kenapa?" jawab Kiroma sambil hairan. "Eh tiada apa-apa! Nanti kita jumpa lagi di lain hari. Selamat tinggal." Kata Sakura sambil menunggang basikalnya." Apakah tadi itu?"bisik hati Kiroma sambil mengeluarkan reaksi terkejut. Terdapat suatu sosok hitam yang mendorong basikal

Sakura sebentar tadi. "Kenapa? Kenapa? Ada sosok hitam tersebut!" bisik hati Kiroma lagi. "Berpikir sahaja akan membuang masa, baik saya segera ke sekolah." Kata Kiroma.

Kiroma akhirnya tiba di sekolah dan dia segera pergi ke kelas tanpa berpikir hal yang berlaku sebentar tadi. Kiroma langsung duduk di mejanya yang berada di sudut belakang kelas tanpa ada seorang murid yang sebaris dengan kedudukan mejanya. "Lihat tu, Si Penyendiri tu berseorangan lagi" " Eh, dia tiada rakan ke?" "Mana mungkin ada kalau nama pun Si Penyendiri kan" bisik-bisik dari rakan sekelas. "Okay semua sila senyap, cikgu ada pengumumam tentang pendatang baru di kelas kita" kata Cikgu Ken. "Kamu boleh masuk sekarang." Kata Cikgu Ken. "Selamat pagi semua nama saya Aoha Mirai, selamat berkenalan" kata Aoha. Bentuk badan yang cantik, rambut berwarna biru seakan laut dan wajah yang dilengkapi dengan kaca mata. Itulah gambaran sebenar Aoha Mirai yang Kiroma tertarik semasa pertama kali memandangnya seakan-akan pernah berjumpa walaupun tidak pernah mengenalinya. "Aoha, kamu boleh duduk di sebelah meja Kiroma" kata Cikgu Ken. "Baiklah" jawab Aoha. "Kenapa harus meja di sebelah saya?" bisik hati Kiroma. "Selamat berkenalan, nama kamu Kiroma kan?" "Mohon tunjuk ajar"

kata Aoha kepada Kiroma." Eh, kenapa Si Penyendiri dapat bersebelahan dengan gadis cantik itu?" "Nanti mesti pelajar itu akan pindah sekolah disebabkan aura membosankan dia tu, hahaha" bisik rakan sekelas. "Cikgu, saya mahu ke tandas sebentar." Kata Kiromi yang tiba-tiba berdiri sambil menundukkan kepalanya. "Baiklah, kamu boleh." kata Cikgu Ken. Kiroma terus keluar dari kelas tanpa berkata apa-apa. "Kenapa, orang sekeliling saya mengganggu saya sedangkan saya tidak mengganggu mereka?" Tanya Kiroma. "Hmm, kalau tidak salah perempuan tersebut hampir sama dengan sosok seseorang dalam The Vision" kata Kiroma. "Hmm, Aoha Mirai ya". "Ya, awak panggil nama saya?" Tanya Aoha yang tiba-tiba muncul. "Eh-eh, bagaimana kamu tahu saya berada di sini?" Tanya Kiroma. "Entah, mungkin sebab kita terikat dengan takdir." Gelak kecil Aoha. "Err, itu lawak yang buruk." Jawab Kiroma sambil membuat riut wajah.

"Hurr hurr" bunyi yang mengerikan tiba-tiba didengarkan. "Apakah bunyi ini?" Tanya Kiroma. Tiba-tiba datang sosok lembaga yang agresif mendekati mereka. Sosok tersebut berlari laju ke arah Kiroma dan Aoha. "Awak duduk dekat dengan saya dan jangan pergi mana-mana" jerit Aoha. "SEPFESIA" tiba-tiba sepucuk pistol yang bercorak tulisan mantera yang bercahaya muncul di tangan Aoha. "Kamu akan menembak diakah?" Tanya Kiroma. "Tenang sahaja saya tidak membunuhnya" jawab Aoha. Beberapa das tembakan yang dilepaskan tepat pada kepala, kedua-dua tapak tangan dan kedua-dua kaki sosok tersebut yang membentuk lingkaran bintang. Tiba-tiba aura hitam yang dikelilingi sosok tersebut hilang bersama lingkaran tersebut. Mereka pun memeriksa sosok tersebut dan didapati mangsa tersebut masih bernafas. "Syukurlah" kata lega Kiroma. "Tapi apakah tadi tu?" Tanya Kiroma. "Itu adalah kegelapan berbahaya yang dinamakan Ghoul. Ia berasal daripada aura negatif

manusia dengan sosok pengikut Demon yang dikenali Minion. Pistol tadi dibuat khas untuk membunuh mereka daripada membawa bencana yang lebih buruk." Jawab Aoha. "Jadi kamu ini sebenarnya siapa?" Tanya Kiroma sambil keliru. "Saya dihantar di sini untuk menjemput awak yang mempunyai kebolehan melihat Ghoul sama seperti saya untuk berkerja bersama kami." Jawab Aoha. "A-apakah ini!" teriak Kiroma. Bermulalah kisah Kirons dengan gadis misteri yang berkebolehan melihat dunia yang sama dengannya.