Aubree terkebil-kebil merenung Tuan Gildam. 'Ah, saya sudah salah faham. Tuan Gildam rupanya hanya ingin melihat sampai mana kekuatan saya. Tapi sama juga, dia merendah-rendahkan saya tadi! Aisshh!'
Dean hanya mengikuti kemahuan Hensel. Dia memandang ke arah Aubree dan memberikan senyuman sebagai tanda memberikan semangat.
Aubree melihat senyuman itu dan tanpa sedar, dia juga membalas senyuman itu dengan senyuman lagi.
Setelah itu, Hensel dan Aubree pun berdiri di tengah-tengah tikar dengan gaya melawan mereka yang sendiri.
Dean sebagai pelepas berdiri diantara mereka di bahagian tepi. Dia meletakkan kedua-dua tangannya ke depan sebelum dia memandang ke arah Hensel dan Aubree silih berganti.
Tuan Gildam berdiri di tepi tikar sambil memandang ke arah mereka berdua dengan gaya berpeluk tubuh.
"Mula!" Dean segera mengambil langkah ke belakang dan keluar dari tikar agar tidak menghalang perlawanan diantara Hensel dan Aubree.
Sebaik saja perlawanan dimulakan, Hensel segera menyerang Aubree dengan melayangkan penumbuk kanannya.
Dengan cepat, Aubree menarik kepalanya ke belakang, sekali gus mengelak daripada terkena tumbukan itu.
Maya Hensel menjadi besar sedikit. Dia terkejut melihat Aubree dapat mengelak serangan berupa tumbukan itu darinya sedangkan dia sudah menggunakan kelajuan yang tinggi untuk mengayunkan tangannya tadi.
Giliran Aubree menyerang Hensel dengan menyerang bahagian dada Hensel. Aubree tidak ragu-ragu untuk mengayunkan penumbuknya ke dada Hensel.
Sekali lagi Hensel terkejut dengan serangan Dari Aubree namun dia sempat menahan tangan Aubree sesaat sebelum tumbukan Aubree mengenai dadanya.
Hensel memandang ke arah Aubree dengan wajah tidak percaya. Dia tidak pernah menyangka yang ada kekuatan tersembunyi seperti ini di dalam diri Aubree.
Sebelum ini, Hensel berfikir jika Aubree mempunyai fizikal yang lemah. Jadi kerana itulah kenapa Hensel juga berfikir jika Aubree juga lemah dan tidak mempunyai ilmu bela diri.
Tapi bertarung dengan Aubree saat ini membuatkan Hensel sedar satu hal, iaitu Aubree mempunyai kekuatan tersembunyi di dalam dirinya meskipun dia memiliki fizikal yang lemah.
Aubree tidak berhenti di sana dan terus menyerang balas Hensel beberapa kali. Hensel segera menahan semua serangan dari Aubree sambil terkadang menyerang gadis itu kembali.
Selama 5 minit mereka saling berlawan namun belum ada tanda untuk Aubree kalah.
Tuan Gildam yang memerhati dari tepi itu, mengecilkan matanya memandang Aubree. Dia tidak menyangka yang Aubree akan dapat menahan semua serangan yang dilakukan oleh Hensel.
Malah, Hensel juga tidak dapat mengalahkan Aubree dalam masa yang sekejap meskipun Aubree memiliki fizikal yang kuat.
Hensel sekali lagi menjadi kagum dengan kekuatan Aubree. Meskipun dia memiliki fizikal yang lemah tapi kekuatannya sangat tinggi. Hensel langsung tidak dapat mengalahkan Aubree.
Di sisi lain, Aubree yang masih berdiri tegak di depan Hensel dengan kedua penumbuknya diangkat itu mencuba mengatur nafasnya. Sejujurnya, Aubree sudah pun merasa penat dan sekejap lagi mungkin dia akan mengalami kekalahan jika Hensel menyerangnya secara terus.
Aubree tidak mahu Hensel menang melawannya. Jadi dia harus mengalahkan Hensel terlebih dulu sebelum lelaki itu mengalahkannya.
Dengan tekad untuk menang, Aubree selangkah ke depan dan menyerang Hensel tanpa henti. Teknik yang digunakan ini adalah teknik melawan dari jarah dekat. Teknik ini digunakan oleh Aubree untuk mengalahkan musuh tanpa memberi peluang untuk musuh menyerang balas.
Dengan serangan dari teknik baru yang digunakan oleh Aubree, Hensel menjadi lebih terkejut dan dia mengalami masa yang sukar untuk menahan semua serangan dari Aubree.
Hensel kehilangan fokusnya untuk sesaat kerana dia masih terkejut dengan teknik yang digunakan oleh Aubree.
Aubree melihat fokus Hensel hilang dan segera menggunakan peluang ini untuk menunduk sambil memusingkan kakinya ke arah kaki Hensel, menyebabkan Hensel kehilangan keseimbangan badan dan akhirnya jatuh ke atas tikar.
Untuk beberapa saat, suasana di sekeliling mereka menjadi senyap.
Suasana senyap itu hilang kembali setelah satu tepukan bergema di tempat itu. Tidak lama kemudian, tepukan lain terdengar lagi sehingga akhirnya tepukan gemuruh terdengar.
Aubree yang masih mengawal nafasnya itu memandang sekeliling. Terkejut dia melihat tempat itu sudah dikelilingi dengan ramai Tentera Elf. Sejak bila mereka berhenti berlatih dan menonton perlawanan tadi pun Aubree tidak sedar.
Aubree tidak mempedulikan sesiapa dan segera bergerak mendekati Hensel untuk menolong lelaki itu berdiri.
Dean juga mendekati mereka dengan senyuman di bibirnya. Dia menepuk bahu Hensel dan Aubree beberapa kali. "Perlawanan yang menarik!"
Aubree sekali lagi mengabaikan Dean dan hanya memandang Hensel dengan wajah bersalah. "Kau tak apa-apa, Hensel? Maaf kalau saya terlalu kasar?"
Dalam hati Aubree, dia agak kesal dengan dirinya. 'Kenapa hati saya ni terlalu lembut? Hanya masalah kecil begini pun nak minta maaf! Sejak bila pembunuh upahan seperti saya ni meminta maaf dengan orang lain?'
Hensel yang dibantu oleh Aubree tadi merenung wajah gadis itu. Saat gadis itu meminta maaf atas perlakuannya tadi, Hensel terasa ingin ketawa.
Perlawanan diantara mereka hanyalah ujian kepada Aubree untuk menguji sejauh mana mana ilmu bela diri dia tapi Hensel tidak menyangka jika Aubree akan meminta maaf.
Hensel berfikir sebelum ini jika Aubree akan bersikap acuh tak acuh saja dan akan menunjukkan sikap sombongnya kerana ilmu bela dirinya yang berbeza dari Hensel, dia tidak akan pernah menyangka jika Aubree akan meminta maaf pula.
Kerana Aubree meminta maaf membuatkan Hensel terasa gadis yang bernama Audrey di depannya ini tidak buruk juga sebagai seorang pemilik Kristal Kehidupan yang kedua.
Aubree yang tidak tahu dengan apa yang bermain di fikiran Hensel itu, sudah pun mendapat seorang pengikut yang setia.
Di masa akan datang, Hensel akan selalu menolong Aubree ketika dia memerlukan bantuan dan sering melindungi dia dalam bahaya. Tapi tentu saja, perkara ini hanya akan diceritakan nanti.
"Saya tak apa-apa Audrey. Jangan risau..." Hensel menjawab dengan sebuah senyuman lebar di mulutnya.
Aubree mengeluh kecil setelah mengetahui keadaan Hensel. "Baguslah kalau begitu..."
Aubree menoleh kembali ke arah Tuan Gildam untuk mendengar apa yang 'gurunya' itu katakan.
Hensel dan Dean juga memandang ke arah Tuan Gildam.
Tuan Gildam menganggukkan kepalanya beberapa kali. Wajahnya terlihat seperti dia puas hati dengan hasil diantara Hensel dan Aubree.
"Tidak buruk. Kamu memenangi perlawanan ini dan menunjukkan saya sesuatu yang saya tidak pernah nampak sebelum ini. Kerana itu, kamu tidak perlu melawan Dean lagi. Hasil dari perlawanan pertama sudah cukup," kata Tuan Gildam.
Kata-kata Tuan Gildam itu membuatkan Aubree merasa gembira. Wajahnya dihiasi dengan senyuman gembira.
Hensel yang juga ikut gembira dengan kata-kata dari Tuan Gildam terus menepuk belakang Aubree sebagai tanda ucapan tahniah darinya.
Tanpa sedar, Aubree menoleh ke arah Hensel ketika Hensel menepuk belakangnya.
"Kamu boleh berehat untuk sekejap. Selepas berehat, latihan pertama kamu akan bermula. Hensel, Dean... Saya mohon kamu berdua untuk menunjukkan tempat dia berehat," kata Tuan Gildam.
"Baik, Tuan..." Dengan senang hati, Hensel dan Dean mengikuti arahan dari Tuan Gildam.
Setelah Tuan Gildam berlalu dari sana, Hensel dan Dean membawa Aubree berehat di sebuah pondok yang tidak berada tidak jauh dari sana. Tentera-tentera Elf yang mengelilingi tempat perlawanan tadi pun perlahan-lahan meninggalkan tempat itu.
Hensel menyuruh seorang pembantu Elf untuk menghantar minuman di pondok tempat mereka berehat. Setelah itu dia pun duduk di bangku kayu yang bersebelahan dengan Aubree.
Aubree tidak melayan dua orang lelaki yang ada di sebelah-menyebelahnya dan hanya mengurut-urut lengan kiri dan kanan yang terasa sengal.
'Wah, tak sangka berlawan dengan Hensel akan buat badan saya sakit begini. Ah, nampaknya saya perlu banyak berlatih supaya fizikal badan saya kuat...'
"Jadi, Audrey... Boleh saya tanya kau berasal dari mana?" tanya Hensel sambil memandang ke arah Aubree.
Aubree menoleh ke arah Hensel tapi tidak segera menjawab pertanyaan Hensel. Sebaliknya, dia sedang memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan.
Meneroka setiap memori yang dimiliki oleh pemilik asal, Aubree tidak menemukan tempat tinggal pemilik asal badan ini yang sebenarnya. Semuanya nampak kabur.
Yang Aubree boleh ingat dengan jelas ialah memori ketika pemilik asal badan ini ketika dia bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Putera Kilan.
'Peliknya, kenapa saya tidak boleh mengingati memori 'Aubree' yang sebelum ini, ya?'
Meskipun Aubree tidak mengingati memori lama pemilik asal badan ini, Aubree tidak mahu pula Hensel dan Dean mencurigai apa-apa tentang Aubree. Jadi, sekarang satu-satunya cara adalah mencipta suatu kebohongan bagi mereka.
"Saya berasal dari jauh dari sini... Setelah saya berumur 14 tahun, saya berpindah ke Kerajaan Barat untuk mencari pekerjaan. Sudah 5 tahun saya tidak pulang ke kampung halaman saya," balas Aubree sambil melarikan pandangannya ke arah lain.
Apa yang dia katakan adalah separuh betul dan separuhnya lagi adalah tidak. Yang dia katakan yang dia berasal dari jauh adalah kerana dia berasal dari dunia lain dan bukannya dari dunia ini.
"Oh begitu ya?" Hensel mengangguk dengan jawapan Aubree, seolah-olah mempercayai seratus-peratus perkataan Aubree.
"Audrey, saya nak tanya sesuatu pada kau. Saya cuma nak tanya sebab saya agak tertanya-tanya..."
Aubree memandang ke arah Dean. Dean pula memandang Aubree dengan wajah yang kebingungan.
"Kenapa mata kau berwarna merah?" tanya Dean.
Aubree terdiam sekejap sambil memikirkan apa yang ditanyakan oleh Dean. 'Patutkah saya beritahu mereka yang sebenar atau tidak?'
"Mata saya ini berubah ketika identiti saya sebagai pemilik Kristal Kehidupan diketahui. Pendek kata, mata saya ini dipengaruhi oleh Kristal Kehidupan itu," kata Aubree dengan senyuman kecil. Apa yang dikatakannya itu juga adalah separuh betul dan separuh tidak.
Hensel dan Dean pun tidak menjumpai apa-apa yang pelik dengan apa yang dikatakan oleh Aubree kerana mereka merasa apa yang dikatakan oleh Aubree itu ada benarnya juga.
Perbualan mereka terhenti saat ada pembantu datang untuk menghantarkan mereka minuman.
Mereka meneruskan lagi perbualan mereka yang terhenti sambil menikmati minuman mereka.