Chereads / Aku Di Dunia Elf / Chapter 50 - Mata Merah Yang Unik

Chapter 50 - Mata Merah Yang Unik

Setelah makan tengah hari, Aubree kembali ke padang latihan untuk melanjutkan latihannya.

Dalam pertengahan perjalanan, Aubree melihat ada Kilan dan Katy yang sedang berjalan bersama-sama di bahagian pejalan kaki yang bertentangan dengan jalan yang diambil oleh Aubree.

Kilan dan Katy tidak melihat Aubree di sana tetapi Aubree melihat mereka.

Wajah Aubree berubah menjadi seribu kerutan saat melihat dua orang kerabat diraja itu berada di Menara Kristal ini.

'Kenapa mereka berdua ada di sini? Tadi saya terjumpa dengan Issac dan dia belum beritahu saya apa alasan dia boleh ada di sini... Dan sekarang dua orang Elf ni pula ada di sini? Lupakan tentang Katy tapi kenapa Kilan? Apa pekerjaan yang dia perlu lakukan sehingga dia perlu datang ke sini?'

Aubree tidak mahu memikirkan lebih lanjut jawapan kepada persoalannya. Aubree hanya mengangkat bahunya tanda tidak peduli. 'Siapa peduli? Yang penting mereka tidak menganggu saya...'

Aubree melanjutkan perjalanannya ke padang. Aubree memandang langit sambil mengangkat tangan kanan untuk melindungi matanya dari sinaran matahari.

Sinaran matahari yang cerah jatuh ke atas Aubree membuatkan Aubree bersinar seakan-akan seperti seorang pari-pari. Yang menariknya adalah anak mata Aubree terlihat kelihatan berkilau di bawah sinaran matahari.

Mata merah itu bersinar dengan warna merah cerah saat matanya memandang ke langit, membuatkan sesiapa saja yang melihatnya saat ini akan merasa terpegun.

Saat Hensel dan Dean datang, inilah suasana yang mereka nampak. Yang membuatkan mereka terpaku di tempat mereka berdiri adalah kerana mereka melihat anak mata Aubree yang dianggap berbeza oleh Elf lain tapi kelihatan cantik dan menarik pada saat ini.

Hensel yang sejak awal memang menganggap Aubree sebagai seorang kawan dan melayan Aubree lebih baik dari Elf lain, memandang Aubree dengan mulutnya yang terlopong sedikit.

Kerana apa yang dia nampak sekarang ini membuatkan perasaan Hensel bertambah ke beberapa bahagian lagi. Dalam hatinya, dia melihat Aubree sebagai seorang Elf yang cantik dan unik ditambahkan lagi dengan matanya yang berwarna merah.

Jika Elf lain menganggap Aubree sebagai Elf yang pelik kerana matanya yang berwarna merah, Hensel lebih menganggap Aubree sebagai unik kerana mata berwarna merah tidak pernah wujud di dunia Elf.

Berbeza dengan Hensel, Dean yang melihat Aubree itu juga terpegun tapi dia hanya terpegun melihat Aubree kerana ini pertama kalinya dia melihat Aubree seperti ini. Kerana dia tidak rapat dengan Aubree sebagaimana Hensel bersama Aubree, dia melayan Aubree sekadar seperti kawan biasa.

Aubree menoleh ke arah Hensel dan Dean saat menyedari ada Elf yang datang ke padang ini. Saat melihat dua orang Elf itu, Aubree terus mengeluarkan senyumannya dan menyapa mereka.

"Hensel, Dean... Kamu sudah sampai. Sudah bersedia untuk latihan?"

Hensel dan Dean tersedar dari dunia mereka sendiri dan perasaan yang malu pun hadir kerana mereka asyik menatap Aubree tadi.

"Kau nak terus pergi latihan? Kita baru saja siap makan tengah hari tadi dan sekarang ini, cuaca sangat panas. Apa kata kita berehat sekejap?" kata Hensel.

Sejujurnya, dia tidak sanggup melihat Aubree berlatih di bawah sinaran matahari. Dia sudah melihat bagaimana Tuan Gildam memaksa Aubree berlatih walaupun di bawah sinaran matahari dan sekarang ketika Hensel yang menjaga Aubree, dia tidak mahu membiarkan Aubree merasa sengsara semasa latihan.

Dean yang sudah berdiri di tepi meja senjata hanya menjulingkan matanya dari atas ke kiri. Bukannya dia tidak tahu jika Hensel ini menyimpan perasaan terhadap Aubree. Mungkin bagi Hensel, dia menyimpan perasaan terhadap Aubree sebagai abang kepada adik tapi berlainan pula di mata Dean.

Dean tahu Hensel tidak mahu Aubree berlatih keras di bawah sinar matahari yang panas sekarang ini. Jadi dia memberi alasan 'baru habis makan tengah hari' untuk membiarkan Aubree berehat lagi.

Aubree memandang ke arah kawasan padang latihan yang terdedah dengan sinaran matahari. Kemudian, dia memandang kembali ke arah Hensel. "Tak mengapa... Hanya cuaca saja yang sedikit panas. Tidak akan menghentikan saya untuk terus berlatih."

Hensel memandang Aubree dengan wajah yang terlihat seperti tidak setuju.

Dean tahu jika Hensel akan mencuba untuk menghalang Aubree lagi dan Aubree akan terus menolak cadangan Hensel. Mereka akan meneruskan perbuatan itu sehinggalah salah seorang dari mereka yang kalah tapi Dean yang sudah pernah melihat mereka 'bertengkar' sebelum ini tidak mahu mereka mengulangi kejadian itu lagi.

Ini kerana mereka mengambil masa sejam hanya untuk membuat keputusan bagi perkara yang remeh-temeh seperti ini saja!

Dean segera berdiri di depan Aubree, sekali gus menghalang pemandangan Hensel dan menghentikan dia daripada bercakap.

Dean tersenyum. "Audrey, saya juga rasa berlatih sekarang pun tak apa. Kita baru saja makan, berlatih sekejap mungkin dapat membantu sistem pencernaan mencerna makanan kita dengan lebih baik."

Hensel terus merenung Dean yang berdiri di depannya dengan renungan tajam. Kalau bukan kerana dia sudah kenyang sekarang, sudah lama dia menelan kawannya saat ini juga.

'Tiada tempat lain nak berdiri selain di depan saya? Kenapa tempat ni juga kau nak pilih?'

Aubree mengangguk dengan gembira setelah mendengar kata-kata Dean. "Saya pun rasa begitu. Saya nak berlatih menggunakan panah sekarang. Kau nak ikut saya berlatih panah, Dean?"

Dean mengangguk dengan senang hati. Dia mengabaikan Hensel yang sedang marah di belakangnya dan sengaja menarik Aubree menuju ke meja senjata.

Hensel yang diabaikan oleh Dean dan Aubree itu menjadi semakin marah dan dia memandang ke arah Dean. Tanpa banyak cakap, dia juga mengikuti mereka ke meja senjata.

"Saya dengar dari Tuan Gildam yang kemahiran memanah kau lebih hebat dari kebanyakan pemanah di sini. Saya agak tertanya-tanya dan mahu melihat sendiri kemahiran memanah kau. Adakah kau mahu menunjukkan kami kemahiran memanah kau?" ujar Dean.

Aubree yang sedang mengisi bekas anak panahnya dengan anak panah mengangkat wajahnya ke arah Dean. "Oh, Tuan Gildam ada menceritakan kemahiran saya pada kamu berdua? Apa saja yang dia cakap?" Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab oleh Aubree.

"Jangan risau, Audrey... Tuan Gildam tidak pernah bercakap buruk pasal kau. Malah, kami pula yang diperli oleh Tuan Gildam kerana kemahiran kami yang lebih rendah dari kau. Tapi walaupun Tuan Gildam tidak bercakap tentang kau, saya tahu kemahiran kau lebih baik dari kebanyakan kami di sini," Hensel segera mencelah perbualan mereka sebelum sempat Dean bercakap.

Hensel juga sengaja berdiri diantara Dean dan Aubree agar Dean tidak dapat melihat Aubree lagi.

Dean memandang Hensel dengan wajah bengang tapi dia tidak mengatakan apa-apa. Dia hanya mengisi bekas anak panahnya supaya dia boleh mengikuti Aubree pergi berlatih memanah.

"Oh, yakah? Saya tidak tahu pula kalau Tuan Gildam akan bercakap tentang saya pada orang lain..."

Aubree tidak menyangka yang Tuan Gildam akan melakukan perkara seperti itu. Kerana bagi Aubree, dengan perangai panas baran Tuan Gildam seperti itu, tidak mungkin dia akan mengatakan apa-apa yang berkaitan dengan Aubree kepada orang lain.

"Apa yang saya cakap ini betul, Audrey. Tuan Gildam nampak macam bangga pula jadi guru kepada kau," kata Hensel lagi.

Melihat Hensel dan Aubree yang tidak mempunyai tanda untuk segera selesai, Dean yang sedari tadi dipaksa untuk mendengar itu terus mencelah lagi. "Baik, kita boleh bercerita lagi nanti. Marilah kita mula berlatih sekarang..."

Kerana perbualan mereka terhenti, Hensel terus menjeling ke arah si pelaku yang sudah menghentikan mereka.

Dean melihat wajah tidak puas hati Hensel itu dan memberikan sengihan mengejek kepada Hensel. Setelah itu, dia mengikuti Aubree yang sudah berjalan pergi.

Aubree tidak sedar dengan tingkah laku kedua orang Elf lelaki itu dan hanya berjalan pergi tanpa merasakan apa-apa yang pelik.

Hensel hanya mampu memandang Dean dengan wajah tidak puas hati tapi tidak mampu melakukan apa-apa. Kemudian, dia berlari pula mengejar Dean dan Aubree.

Related Books

Popular novel hashtag