Chereads / Aku Di Dunia Elf / Chapter 19 - Empat Kekuatan Baru

Chapter 19 - Empat Kekuatan Baru

Aubree dan Julie kembali ke rumah sewa mereka pada malam itu setelah pekerjaan mereka di kediaman Putera Ketiga.

Aubree membersihkan dirinya lebih dulu dari Julie. Ketika Julie berada di dalam bilik mandi, Aubree berdiri di depan cermin besar di ruangan itu.

Dia menatap bayangan wajah Elf cantik yang ada di cermin.

Aubree memandang ke tangan kanannya. 'Macam mana saya nak keluarkan lagi panah yang saya dapat tadi? Tidak mungkin panah itu akan keluar begitu saja jika saya berfikir untuk menggunakan panah tu?'

Aubree melirik ke arah bayangnya di cermin sebelum mengangkat tangan kanannya lebih tinggi sehingga paras kepala. Dia memfokuskan pandangannya ke cermin. "Baik, mari cuba..." bisik Aubree.

Jika Aubree ingin mengumpulkan Koin Emas melalui Black Market, dia harus pandai menggunakan panah yang dia gunakan ketika di ladang anggur hari ini.

Aubree memfokuskan fikirannya kepada panah yang dia gunakan tadi.

Secara tiba-tiba, matanya kembali sakit. Sama seperti apa yang berlaku kepadanya sebelum munculnya panah di tangannya.

Sesaat setelah sakit itu hilang, panah yang ini Aubree munculkan, kini sudah ada di tangannya.

Reaksi Aubree agak terkejut tapi kali ini bukan kerana panah yang sudah muncul di tangannya, melainkan anak matanya yang sebelum ini berwarna hitam... Kini sudah bertukar warna menjadi warna ungu gelap.

"Haa!" Aubree terundur beberapa langkah ke belakang. Matanya tidak berganjak dari merenung bayang Elf yang ada di cermin yang mempunyai warna anak mata yang berbeza.

"Mata... Mata saya..."

Aubree terus memerhati bayangnya dengan wajah tidak percaya. Kemudian, Aubree memandang lagi panah yang dipegangnya.

"Tidak mungkin... Adakah... Adakah mata saya akan berubah warna setiap kali senjata ini muncul?"

"Tapi bagaimana?"

"Bagaimana ini boleh terjadi?"

Minda Aubree teringat akan pertemuannya dengan White, si Harimau Bertanduk. Kali ini, mulutnya terbuka lebih besar dari sebiji telur ayam.

"Jadi, betullah yang saya ini ialah Permaisuri Kerajaan Iron Tulip terpilih yang selama ini dicari-cari?"

'No way...'

Walaupun Aubree terkejut dengan berita ini tapi dalam hatinya, dia bersorak gembira kerana dia memiliki kemampuan lain selain daripada hanya memiliki ilmu bela diri saja.

Malah kemampuan ini juga tidak pernah wujud diantara mana-mana Elf.

Kegembiraan Aubree tidak lama kerana Julie sudah pun siap mandi. Aubree segera memandang ke arah panah yang dipegangnya dan panah itu segera menghilang.

Anak mata Aubree yang berwarna ungu gelap tadi kini sudah bertukar menjadi hitam lagi. Aubree tersenyum lega dan pada masa yang sama bangga kerana sudah dapat mengawal kemampuan ini dalam masa yang cepat.

Aubree terus berlari ke katil dan berpura-pura untuk tidur.

Julie keluar dari dalam bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala. Dia melihat Aubree sudah tidur dan tidak banyak cakap lagi. Julie menyangka jika Aubree awal tidur sebab dia penat memandangkan Aubree hari ini mengikuti Putera Kilan berjalan-jalan di sekitar desa.

Aubree tidak bergerak sehinggalah Julie siap dengan apa saja yang dia buat dan masuk tidur.

Malam itu, setelah memastikan yang Julie sudah tidur, Aubree bangun dari katilnya. Tentu saja dia hanya berpura-pura tidur supaya Julie tidak curiga kalau Aubree akan keluar nanti.

Aubree mahu keluar dari rumah sewa dan menuju ke hutan. Dia pergi ke tempat di mana dia berjumpa dengan White dulu.

Sebaik saja Aubree tiba, dia tidak teragak-agak untuk berteriak dan memanggil nama White.

Malam itu, di tengah-tengah hutan, hanya suara Aubree yang memenuhi kawasan hutan.

Setelah beberapa kali memanggil nama White, akhirnya Harimau Bertanduk itu pun memunculkan dirinya dalam keadaan mamai.

[Ya, Ratu? Kenapa Ratu mencari saya?]

Aubree menoleh ke arah White dan terus berlari ke arah Harimau Bertanduk itu dengan wajah teruja.

"Hei, White. Tengok ni!"

Aubree mengangkat tangannya ke depan muka harimau itu dan dengan menggunakan mindanya, sebuah panah muncul di tangan Aubree dan matanya bertukar warna.

Melihat panah itu, mata White bersinar dengan maksud yang tersirat. Dia memandang ke wajah Aubree lagi. [Saya tidak menyangka jika kamu akan dapat menggunakan kemampuan ini secepat mungkin.]

Aubree memandang White dengan wajah hairan. "Kau sudah tahu tentang ini?"

White mengangguk. Dia berbaring di atas tanah namun kepalanya masih tegak memandang Aubree. [Seorang Permaisuri Kerajaan Iron Tulip mempunyai kemampuan yang lebih hebat dari Elf-Elf yang terkuat di dunia ini... Kerana mereka terhubung dengan tenaga dari Kristal Kehidupan. Permaisuri Kerajaan Iron Tulip bukan saja memiliki kekuatan yang luar biasa tapi juga mampu mengendalikan Kristal Kehidupan. Dalam erti kata lain, kamu adalah pemilik kepada Kristal Kehidupan.]

Aubree menjadi terkejut lagi mendengar berita itu. "Tunggu, maksud kau... Saya adalah penyelamat dunia? Yang akan melawan Raja Kegelapan nanti?"

White mengangguk. [Yang Mulia, Yang Mulia baru saja membangkitkan satu kekuatan Yang Mulia dari empat buah kuasa yang Yang Mulia miliki. Tapi Yang Mulia jangan risau, lambat atau cepat, Yang Mulia pasti akan dapat membangkitkan semua kekuatan Yang Mulia...]

Aubree memegang kedua pipinya dengan wajah terkejut dan teruja. Dia tidak menyangka yang dirinya sekuat itu. Aubree tidak tahu kalau dia mempunyai kekuatan lain selain daripada dapat menimbulkan senjata saja.

"Saya punya kekuatan lain?"

White mengeluh kecil sebelum dia berdiri. [Nampaknya, saya tiada cara lain. Saya kena membantu Yang Mulia untuk membangkitkan kekuatan Yang Mulia dengan cepat. Tentera Kerajaan Kegelapan sudah sampai ke sini. Jika mereka tahu Yang Mulia ada di sini, mereka pasti akan datang menyerang Yang Mulia.]

Aubree hanya diam saja kerana dia masih memproses apa yang White sedang katakan. Dia memang gembira kerana dia memiliki kekuatan yang lebih kuat dari Elf yang terkuat di empat kerajaan Elf yang lain tapi bila dia memikirkan yang Aubree adalah penyelamat dunia dan harus melawan Raja Kegelapan, Aubree menjadi ragu-ragu.

Jika dia masih ada di dunia asal, Aubree memang yakin yang tidak akan ada orang dapat membunuhnya. Tapi dunia Elf ini berbeza kerana semuanya berkaitan dengan magik dan hal-hal ajaib.

Aubree tidak pernah punya pengalaman menggunakan magik atau bertarung menggunakan kekuatan ini.

Lagi pula, badan yang Aubree diami sekarang ialah bukan badan Aubree yang berasal dari dunia moden, melainkan badan seorang Elf yang di mana badan ini terlihat agak lemah dan kurang pengalaman.

Tentu saja melawan Raja Kegelapan yang kuat itu akan membuatkan Aubree berfikir dua kali. 'Yalah, saya sudah mati sekali... Kenapa saya kena mati lagi? Tidak adillah kalau saya harus mati lagi sedangkan saya belum sempat menikmati semua kekuatan baru ni...'

White menyuruh Aubree untuk melutut dan Aubree mengikuti arahan itu. Kemudian, White menghampiri Aubree sehinggalah hidung Harimau Bertanduk itu hampir menyentuh bahu Aubree. Kemudian, dia terus membuka mulutnya dan mengeluarkan sebuah asap putih dari dalam mulutnya.

Asap itu terasa sejuk saja di kulit wajah Aubree membuatkan Aubree menggigil tanpa sedar. Aubree segera menutup matanya kerana hembusan angin yang dingin.

Seperti terkena sihir, minda Aubree mula dipenuhi dengan pelbagai jenis memori yang Aubree tidak kenal.

Setelah beberapa lama memproses semua memori itu, akhirnya dia membuka matanya. Senyuman lebar tapi sinis menghiasi wajahnya.

"Saya sudah dapat. Saya sudah tahu bagaimana hendak mengendalikan semua kekuatan saya..."

White mengangguk dengan wajah bangga. [Semua kekuatan Yang Mulia sudah saya aktifkan, cuma Yang Mulia harus menyesuaikan diri dengan semua kekuatan ini. Jika Yang Mulia gagal mengendalikan semua kekuatan ini, ia akan memberi kesan negatif kepada badan dan roh anda, Yang Mulia.]

"Bermaksud, saya akan mati jika saya tidak dapat mengendalikan semua kekuatan saya?"

[Tepat, Yang Mulia.]

Aubree mengeluh. "Baiklah, saya faham..."

Aubree berdiri dari kedudukan melutut. Dia membersihkan seluarnya dari segara daun-daun kecil yang melekat.

Aubree memandang ke arah White dengan sengihan lebar. "Hei, White... Kau cakap kau akan ikut ke mana saja saya akan pergi? Malam ini saya nak ke satu tempat untuk menguji kekuatan baru yang saya dapat ini."

White menunduk hormat kepada Aubree. [Saya sedia mengikuti ke mana saja Yang Mulia.]

Aubree terus tersengih lagi mendengar itu. Dia bercekak pinggang sambil memandang ke dada langit yang hanya dihiasi dengan bintang-bintang yang berkelipan.

"Seseorang sudah mengambil barang milik saya dan saya harus mengambilnya kembali..."

"Mari kita lawat dia malam ini..."