Setelah menu yang mereka pesan sudah dihantar di meja mereka, mereka mula menjamu selera.
Kerana Issac dan Angela mempunyai status yang lebih tinggi, mereka berpindah ke atas rumah pokok yang memberikan pemandangan yang lebih indah dari tasik.
Aubree yang melihat mereka pergi merasa senang hati kerana dia tidak perlu memandang wajah Angela setiap masa. Kerana Angela sudah 'membuli' dia tadi, Aubree berjanji yang dia akan membalas perbuatan Angela suatu hari nanti.
Saat makan, Aubree merasa yang Tentera Elf yang menolongnya tadi melayannya dengan baik sehinggakan Aubree yang sedang makan pun merasa tidak selesa.
Satu meja makan di restoran itu hanya memuatkan lapan orang Elf saja dan Aubree duduk berhadapan dengan Tentera Elf yang sudah menolongnya. Dari panggilan kawan-kawan Tentera itu, nama dia ialah Nathan.
Aubree mendapati setiap kali lauk di pinggannya habis, Nathan akan meletakkan lauk ke atas pinggannya sedangkan Aubree tidak meminta apa-apa.
Jika Aubree memandang Nathan bila lelaki itu memberikannya lauk, Nathan hanya akan tersenyum sebelum dia menunduk dan makan lagi.
'Seriously, apa masalah lelaki ni? Kenapa tiba-tiba jadi baik lepas tolong saya?'
Aubree memandang ke arah kawan-kawan Nathan yang lain dan mendapati yang mereka hanya buat tidak kisah dengan perbuatan Nathan. Seolah-olah mereka sudah biasa dengan apa yang dilakukan oleh Nathan.
"Kau masih nampak pucat. Kau patut makan banyak." Itulah alasan yang digunakan oleh Nathan jika Aubree memandang Nathan setiap kali lelaki itu meletakkan lauk ke pinggannya.
'Kalau muka saya pucat, jadi apa kena-mengena dengan kau? Jangan layan saya macam saya ni nampak lemah sangat!' bentak Aubree dalam hati.
Meskipun begitu, dia masih tersenyum manis dan mengucapkan terima kasih.
Sebenarnya, apa yang dikatakan oleh Aubree dalam hatinya itu betul kerana Nathan menganggap Aubree ialah seorang wanita Elf yang lemah.
Bila Nathan menolong Aubree tadi, dia mendapati ada sesuatu yang menarik Aubree di dalam air. Bila Nathan memeriksa makhluk apa yang menarik Aubree, dia tidak melihat apa-apa. Nathan berfikir jika ini adalah perbuatan Angela tapi segera membuang sangkaan buruk itu kerana dia merasa tidak mungkin seorang ahli sihir Elf seperti Angela mahu membuli Aubree pula.
Tapi bila dia mendengar Putera Issac bertanya tentang keadaan Aubree dan tidak menyuruh para Tentera untuk memeriksa benda apa yang telah menyebabkan Aubree hampir lemas di dalam tasik, Nathan menjadi yakin jika ini ialah perbuatan Angela.
Nathan tidak berani bertanya atau menegur Angela kerana ahli sihir itu tentu saja lebih kuat jadi Nathan tidak meneruskan niatnya mahu bertanya dengan Angela. Sebaliknya segera menolong Aubree yang terlihat hampir pengsan itu.
Kalaulah Aubree tahu apa yang Nathan sedang fikirkan, dia mesti sudah menghentak pinggan yang terbuat dari tanah liat itu di kepala Nathan dan berkata 'Kau ingat saya lemah sangat dan tak boleh melawan? Lemah kepala otak kau!'
Setelah makan tengah hari tersebut selesai, mereka melanjutkan lagi pekerjaan lagi meronda kawasan desa. Setelah rondaan itu siap dijalankan, mereka kembali ke kediaman Putera Ketiga.
Aubree merasa sangat lelah kerana belum mendapat rehat seharian ini. Terlebih lagi hari ini dia hampir lemas. Sebahagian tenaganya hilang kerana berusaha berenang di dalam air.
Jika badan Aubree dari dunia asal dibawa masuk ke Dunia Elf ini, Aubree tidak ada masalah jika dia dipaksa untuk tidak berehat selama tiga hari tapi badan yang Aubree miliki ini ialah badan seorang Elf yang 'lemah'.
Badan baru ini tidak mempunyai otot-otot yang diperlukan oleh Aubree untuk melawan musuh atau pun tenaga yang terlebih cukup untuk bekerja selama 24 jam. Pendek kata, badan ini hanyalah sesuai untuk membuat pekerjaan rumah dan bukannya buat benda lain.
Memikirkan bagaimana badan ini sangat lemah dan tidak mencapai matlamat yang Aubree inginkan, Aubree merasa kecewa. 'Kalau beginilah lemah badan Elf ni, macam mana saya nak bertarung nanti? Silap hari bulan, saya boleh mati kedua kali lagi. Aisshh!'
Setelah tiba di kediaman Putera Ketiga, mereka diberi peluang untuk berehat dan Aubree menggunakan peluang ini untuk pergi ke tempat yang terpencil untuk berehat. Dia tidak mahu diganggu selama masa dia berehat. Kerana tugas Aubree ialah seorang pembantu rumah, dia tahu dia akan dipanggil untuk bekerja juga walaupun dia masih berehat.
Aubree naik ke atas pokok dan memilih dahan yang besar sebagai tempat berbaring. Dia sangat bertuah menemukan pokok itu kerana dahan pokoknya lebih besar, mengelakkan dia daripada terjatuh. Serta daun pokok sangat lebat dan dapat menyembunyikan Aubree yang ingin tidur di dahan itu.
Sedang Aubree berehat, dia terdengar suara orang bercakap-cakap. Kerana pendengaran Aubree lebih tajam, dia terjaga hanya kerana mendengar suara mereka.
'Ish, siapalah yang datang nak kacau saya tidur ni! Saya nak berehat pun susah!'
Aubree membuka matanya perlahan untuk melihat siapa yang bercakap. Dia melihat ada dua orang pembantu Elf yang memegang dua bakul berisi buah di setiap tangan mereka dan sedang berdiri di dekat pokok tempat Aubree berehat.
Aubree mengeluh kecil melihat mereka sebelum dia kembali tidur.
"Saya dengar yang pembantu Putera Ketiga tu nak menggoda sahabat Yang Mulia Putera Ketiga pula. Siapa nama pembantu tu... Ah, ya... Nama dia Aubree..."
Mata Aubree kembali terbuka setelah mendengar namanya. Rasa mengantuknya hilang begitu saja kerana mendengar namanya diantara gosip itu. Kepalanya dengan pantas diteleng kembali ke arah dua orang pembantu Elf tadi.
"Betulkah? Dari mana kau dengar ni?" tanya yang seorang.
"Ya, betul. Saya dengar dari mulut Ahli Sihir Angela sendiri. Dia yang cakap begitu semasa saya sedang melayani dia di bilik tadi. Dia nampak sangat marah sampaikan benda-benda di bilik itu bertukar kerana sihir dia..."
"Jadi, kau nak cakap yang Ahli Sihir itu marah kerana pembantu Elf yang ingin menggoda Yang Mulia Putera Issac? Tapi tidak masuk akal lah kalau Ahli Sihir itu hendak marah... Saya dengar Yang Mulia Putera Issac selalu mengabaikan semua perempuan Elf yang ingin mendekati dia. Jadi takkan dia hendak cemburu hanya kerana seorang pembantu Elf yang ingin menggoda Yang Mulia Putera Issac...?"
"Hei, kau jangan nak pandang rendah pada pembantu Elf yang bernama Aubree tu. Kalau Aubree tidak berjaya menggoda Yang Mulia Putera Issac, tidak mungkin Ahli Sihir yang cantik itu akan cemburu dan marah. Saya rasa mesti pembantu Elf itu ada buat sesuatu sampaikan Yang Mulia Putera Issac tertarik dengan dia..."
"Yalah, saya pun ada dengar beberapa bulan yang lalu, pembantu Elf yang bernama Aubree itu menyimpan perasaan pada Yang Mulia Putera Kilan. Sebab itu kenapa Yang Mulia Putera Ketiga membawa Puteri Katy tinggal di sini... Mungkin sebab patah hati, pembantu yang bernama Aubree itu menukarkan mangsa dia. Jadi mangsa baru dia mesti Yang Mulia Putera Ketiga..."
"Padan muka pembantu Elf tu sebab ditolak! Dia ingat dia boleh tukarkan status dia menjadi kaya jika dia berjaya mengahwini Yang Mulia Putera Raja? Tengok saja muka dia yang hodoh, mata dia yang warna hitam tu... Tak sama nilai dan tidak sama taraf dengan kita pun. Tak sedar diri!"
"Yalah, kalau saya jumpa Elf yang bernama Aubree ni, saya akan tampar muka dia banyak kali. Biar dia sedar diri!"
Sambil membebel dan bergosip, dua orang Elf itu pun berlalu dari sana.
Manakala Elf yang 'tidak sedar diri' yang mereka maksudkan pula sedang menahan amarahnya di atas pokok. Aubree memandang dua orang pembantu tadi sehinggalah mereka hilang. Rasa penatnya tadi dia rasakan sudah hilang entah ke mana. Saat ini, dia sedang memikirkan nasibnya setelah ini jika dia terus bekerja di kediaman ini.
"Tak guna! Apa saja yang ahli sihir kurang ajar tu cakap sampai semua pembantu di sini pun benci dengan saya? Dasar mulut murai! Tak boleh biarkan saya hidup tenang kah?" kata Aubree bengang.
Jika dua orang Elf itu sedang bercakap-cakap tentang Aubree, tentu saja pembantu yang lain akan bercakap buruk tentang Aubree.
Aubree mula merasa resah. Dia bukan takut jika dia akan diserang dengan mana-mana pembantu Elf tapi yang dia risau adalah bila dia tiba-tiba tidak mampu mengawal dirinya lagi dan akan membunuh semua orang.
'Ish, tak naklah saya nak bunuh semua orang. Tak pasal-pasal saya lagi dikejar dengan Tentera Kerajaan. Oh my goodness! Saya baru saja nak hidup aman, kenapa benda macam ni berlaku pula?'
'Dan sejak bila saya goda Putera Muka Ais tu pula? Saya nak tengok pun tak ingin, inikan pula nak goda! Peih, campur dengan seribu orang yang sama pun saya tetap akan tolak! Peih... Peih... Peih... Peih, peih, peih!'
Kerana terlalu marah, Aubree terus menumbuk batang pokok yang ada di dekatnya. Disebabkan tumbukannya itu, batang pokok yang ditumbuk itu terus pecah dan batang pokok itu pun tumbang.
Aubree terkejut beruk melihat keadaan itu. Kerana tidak mahu ada sesiapa yang melihat dia yang melakukan perkara itu, Aubree dengan cepat menggunakan Kuasa Menghilang untuk pergi dari sana.
Seperti yang disangka, beberapa saat kemudian datang sekumpulan Pengawal Elf untuk memeriksa keadaan itu. Mereka menjadi hairan kenapa pokok itu boleh pecah dan tumbang seolah-olah ianya disambar dengan petir.
Kerana tidak dapat mencari jawapan, salah seorang dari Pengawal itu segera melaporkan kejadian ini kepada Putera Ketiga.
Berita mengenai pokok itu tumbang tanpa alasan yang jelas dengan cepatnya tersebar ke seluruh kediaman Putera Ketiga.
Sedangkan si pelaku yang membuatkan pokok itu tumbang hanya bersikap buat tidak tahu dan bertingkah seperti tiada apa yang berlaku.