JULIE masuk ke dalam rumah diikuti oleh Aubree. Aubree terus membuka jubah dan meletakkannya di atas penyangkut baju. Aubree segera menuju ke katilnya dan segera berbaring. Julie yang baru saja meletakkan jubahnya ke penyangkut baju, memandang Aubree dengan kepala yang tergeleng-geleng.
"Kalau kau penat sangat pun, janganlah kau baring terus di katil sebelum mandi. Badan kau bau peluh tu."
Aubree hanya tersengih ke arah Julie tapi tidak pun berganjak dari atas katil. Julie semakin menggeleng dengan sikap Aubree. "Kalau kau tak nak pergi mandi, saya yang pergi dululah."
Julie mengambil tualanya dan dia terus masuk ke dalam bilik mandi. Aubree hanya mengikuti pergerakan Julie dengan anak mata. Setelah Julie menghilang di dalam bilik mandi, Aubree kembali menutup mata.
Angin pada malam itu terdengar sangat tenang. Bila angin bertiup, suara daun-daun pokok saling bergeselan mula terdengar di kawasan hutan. Kawasan rumah sewa itu terlihat tenang saja sebelum Aubree tiba-tiba membuka matanya.
Anak matanya mengecil. Aubree bangun dengan pantas seolah-olah ada sesuatu yang menganggunya dari tidur. Aubree terus menghidu bau di udara dengan kuat. 'Bau apa ni? Macam saya kenal saja... tapi apa?'
Aubree berjalan mendekati tingkap dan memandang ke luar. Entah kenapa dia merasa ada sesuatu yang tidak kena ketika dia memandang ke luar tingkap. Tingkap itu menghala ke sebuah kawasan hutan yang terletak hanya di belakang rumah sewa itu.
Aubree melihat ada bayang-bayang berwarna putih sedang berjalan masuk ke dalam hutan. Meskipun bayang-bayang itu hampir tidak kelihatan, namun bagi Aubree yang mempunyai pandangan yang sangat tajam, Aubree dapat melihat bayang-bayang berwarna putih itu berasal dari seekor harimau yang berwarna putih.
Aubree segera teringat akan Harimau Bertanduk yang dia jumpa pada hari ini. 'Takkan bayang putih itu adalah Harimau Bertanduk itu? Kenapa Harimau Bertanduk tu ada di sini?'
Kerana tertanya-tanya, Aubree pun keluar dari rumah sewa itu secara senyap-senyap dan menuju ke arah di mana Harimau Bertanduk itu menghilang. Setelah lama dia berjalan, Aubree akhirnya berhenti di sebuah kawasan kolam kecil. Aubree memandang sekeliling.
Dia sedang mencari jika Harimau Bertanduk itu ada di sekitar kawasan kolam itu.
Setelah lama mencari ke sana dan ke mari, akhirnya Aubree dapat melihat ada bayang berwarna putih sedang duduk di atas sebuah batu yang terlindung dari cahaya bulan.
Aubree terlopong kagum melihat Harimau Bertanduk itu. Lama dia memerhati Harimau Bertanduk itu.
Dia tersedar dari lamunannya apabila Harimau Bertanduk itu turun dari atas batu itu dan berjalan menuju ke arah Aubree. Aubree yang masih berdiri macam patung di sana ingin berlari meninggalkan tempat itu.
Malangnya, kakinya tidak mahu mengikut kehendak Aubree. Aubree berjaya melangkah beberapa tapak ke belakang namun dia masih tidak dapat lari dari sana. Melihat Harimau Bertanduk itu semakin mendekat dan Aubree tidak dapat melarikan diri, Aubree hanya menelan air liurnya.
'Habislah saya... Kalau Harimau Bertanduk itu datang untuk membunuh saya, matilah saya kali ni. Saya sepatutnya tidak pergi ke sini. Kenapa saya pergi ke sini ya? Arh, sudah tiada masa.... Kenapa saya tidak boleh bergerak ni?'
Harimau Bertanduk itu berhenti di depan Aubree dan memerhati Aubree untuk beberapa saat. Setelah itu, dia terus menjilat wajah Aubree, meninggalkan air liurnya yang pekat di wajah Aubree.
"Eih, yuckk!"
Aubree terus menggunakan tapak tangannya untuk mengelap wajahnya. Dia tidak pernah menyangka kalau Harimau Bertanduk itu akan menjilat wajahnya. Aubree tidak sempat mengeluarkan kata-katanya apabila dia mendengar pula satu suara yang tidak dikenali.
[Selamat datang, Permaisuri... Akhirnya, kamu sampai ke sini juga. Saya sudah lama mencari Yang Mulia untuk datang.]
Aubree terkejut. Dia segera memandang ke kiri dan ke kanan. Dia hairan dari mana datangnya suara itu kerana dia tidak melihat manusia di mana-mana. Yang ada di sanalah hanyalah dia dan Harimau Bertanduk itu.
Setelah menyedari sesuatu, Aubree memandang pula Harimau Bertanduk itu dengan wajah yang tidak percaya. 'Harimau Bertanduk ni baru saja bercakap dengan sayakah?'
[Ya, Yang Mulia... Saya memang sedang bercakap dengan Yang Mulia.]
Aubree terus memandang Harimau Bertanduk itu dengan mulut yang terbuka luas. 'Saya bercakap dengan haiwan? Ini real atau saya sedang bermimpi?'
[Ini adalah dunia realiti, Yang Mulia. Biar saya kenalkan diri... Nama saya White, seekor Haiwan Sakti. Oleh kerana saya sudah lama menunggu Yang Mulia dan Yang mulia sudah ada di sini, saya bersedia untuk melayani Yang Mulia bila-bila masa saja.]
Aubree masih tidak percaya dengan apa yang baru saja dia alami. Semenjak dia berpindah ke dunia ini, Aubree tidak pernah menyangka kalau dia akan dapat bercakap dengan haiwan dan haiwan pertama yang dia bercakap ialah Harimau Bertanduk yang bernama White itu.
'Saya masih tidak faham. Kenapa kamu panggil saya—Yang mulia?'
[Yang Mulia adalah Permaisuri baru yang dipilih untuk memimpin Kumpulan Iron Tulip. Salah satu kelebihan Yang Mulia sebagai seorang Permaisuri kami adalah kerana Yang Mulia boleh bercakap dengan saya... dan sudah tentu saya tahu Yang Mulia ialah Permaisuri yang memimpin kumpulan Iron Tulip yang baru kerana saya boleh menghidu bau Yang Mulia yang berbeza.]
Terkebil-kebil Aubree untuk beberapa minit. Dia masih memproses apa yang sedang White katakan kepadanya. 'Iron Tulip? Kenapa saya tidak pernah dengar nama ini?'
[Kumpulan Iron Tulip sangat rahsia bahkan untuk dunia luar. Hanya ada orang-orang tertentu saja yang tahu tentang Iron Tulip. Lima puluh tahun yang lalu, Permaisuri lama menghilang dari dunia ini. Setelah menunggu, akhirnya saya menemukan Yang Mulia sebagai pengganti Permaisuri yang lama. Yang Mulia, Yang Mulia harus mengikuti saya untuk kembali ke Kota Iron Tulip. Semua orang sedang menunggu Yang Mulia untuk datang. Sekarang ini, Kota Iron Tulip sedang berada dalam keadaan yang tidak baik. Jika Yang Mulia tidak segera kembali, Kota Iron Tulip akan hancur di tangan Raja yang tamak itu.]
'Ikut kamu kembali ke Kota Iron Tulip? Macam mana saya nak ikut kamu balik sedangkan saya masih lagi tersangkut di rumah anak raja itu?'
[Kita tidak mempunyai masa yang banyak, Yang Mulia. Yang Mulia harus meninggalkan semua masalah yang ada di sini dan ikut saya kembali ke Kota Iron Tulip.]
'Saya perlukan duit sebanyak 1000 keping Perak untuk membayar harga kontrak saya dengan Putera Ketiga itu. Kalau kamu ada duit sebanyak 1000 keping Perak, berikan pada saya dan saya akan ikut kamu kembali ke Kota Iron Tulip.'
[...]
Aubree; '...'
'Jangan kata yang kamu tidak ada duit Perak sebanyak 1000 keping?'
[Saya ialah seekor Haiwan Sakti, Yang Mulia. Saya bukan manusia, jadi tidak mungkin saya akan membawa duit ke mana-mana.]
Aubree terus menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'Yalah, kau seekor haiwan pula tu. Aish, jadi kalau kau tidak ada duit, kenapa kau datang nak bawa saya balik ke Iron Tulip pula? Saya masih ada urusan yang perlu saya lakukan di sini. Kau sudah tak ada gunanya untuk saya kalau kau tidak dapat bagi saya duit.'
White; [...]
[Yang Mulia, saya memang tidak mahu membawa duit ke mana-mana sebab saya tidak menggunakan duit itu. Saya bukan seperti manusia.]
Aubree mengeluh pula. "Malang betul kau ini seekor haiwan."
White memandang Aubree dengan pandangan tidak percaya. Sungguh dia tidak menyangka kalau Aubree akan berkata seperti itu kepadanya.