"Ingat semua ini hanya publisiti semata-mata. Pertunangan kamu bersama Zara bukan betul-betul. Bila saham syarikat ayah dia jatuh ke tangan ayah lepas tamdatangan kamu boleh putuskan hubungan kamu atau tidak...terpulang.."ujar Benz.
"Berapa lama?"soal Damon.
"Secepatnya ayah akan cuba dapatkan tanda tangan dia...dia janji kalau kita rasmi.menjadi besan. Dia akan tanda tangan dokumen yang ayah palsukan tu..lagipula anak perempuan kandung dia adalah pemegang saham utama ibu mentua dia, pemilik pengeluar kereta terbesar tu.."jelas Benz.
Damon mengangguk kepala.
"Damon harap ayah tahu apa yang ayah rancang..."pesan Damon.
Benz ketawa besar.
"Sudah tentu...kalau ayah tak tahu mana mungkin ayah lakukan semua rancangan ni.." kata Bez dengan bangga.
Waktu itu bunyi ketukan pintu kedengaran. Membuatkan dua beranak tersebut berpaling serentak ke belakang.
"Selamat tengah hari..."sapa Zara sewaktu berjalan masuk ke dalam pejabat Damon. Masuk-masuk sahaja matanya terarah pada Benz.
"Zara....kamu dah sampai.."sambut Benz dengan senyuman plastiknya di bibir.
Zara undur selangkah ke belakang menjauhkan diri apabila Benz cuba dekatinya.
"Maaf kalau saya ganggu. Nak saya tunggu luar ke?mereka bagi tahu saya Damon ada dalam ni sebab tu saya ketuk pintu tak tahu pula Tuan ada dalam ni sekali.."kata Zara.
Benz yang perasan ketidak selesaan Zara menarik senyuman nipis dam berhenti dari.mendekati Zara.
"Tak mengapa..kami dah selesai pun..Damon tunggu apa lagi. Pergi lah sana..."gesa Benz.
Damon mengangguk kepala.
"Baik ayah.."Damon jalan mendekati Zara lalu memalingkan Zara pergi dari situ.
Zara membiarkan tangan Damon di belakangnya sehingga mereka masuk ke dalam lif. Setelah itu dia jauhkan diri dari lelaki itu.
Hood hoodie di bawa naik ke kepala. Enggan orang nampak dia bersama dengan lelaki ternama dengan keadaan begitu.
"Tak perlu malu. Tiada apa yang awak perlu sembunyikan..."kata Damon tanpa memandang Zara.
Zara menjeling ke arah Damon.
"Siapa cakap saya malu."gerutu Zara.
Damon menjeling ke arah Zara. Memerhati gaya gadia itu yang seperti tidak mahu dilihat atau dicam orang.
"Kalau tak malu..kenapa awak nak tutup bagai?"
Zara menyilang tangan ke dada tidak puas hati.
"Saya tak suka berada di sisi awak. Saya tak nak orang lain terasa bila saya bersama dengan awak..."luah Zara dengan renggusan kasar.
Damon berkerut kening, dia memandang tidak faham dengan kata-kata Zara.
"Kenapa awak cakap macam tu..."tanya Damon.
Zara memandang Damon sewaktu pintu lif terbuka. Mereka tiba di tingkat bawah tanah dimana kereta-kereta di situ parkir. Malas nak jawab soalan lelaki tu.
"Betul ke apa yang saya dengar tadi.."soal Zara sambil berjalan keluar dari situ.
Langkah Damon terhenti selepas mendengarnya.
"Berapa lama awak dah tunggu di luar pejabat saya Zara?"lelaki itu memegang lengan Zara dan menarik gadis itu supaya berpaling menghadapnya.
Zara pandang Damon dengan muka selamba.
"Cukup lama untuk tahu segala rancangan ayah awak yang cuma kenakan ayah saya.." Jawab Zara sambil menjungkit bahu bersahaja.
"Apa yang awak rancangkan?"duga Damon yang sedia maklum akan perangai Zara jenisnya tidak suka duduk diam.
Zara menjungkit bahu tak peduli."Suka hati awaklah...lagipun James tu tak pernah nak anggap saya sebagai anak dia pun..apatah lagi saya...so mana satu kereta awak?"Zara berpaling memandang deretan kereta mewah di situ dengan kening terangkat.
Damon memandang curiga ke arah Zara.
"Sini..."tunjuk Damon.