Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 58 - Bab 56 : Apa lagi ni

Chapter 58 - Bab 56 : Apa lagi ni

Senyap sunyi kawasan hallway tu lepas insiden marah-marah tadi berlangsung. Beberapa ketika kemudian Zara merasakan ada bayang-bayang menyelubungi dirinya.

Baru je dia nak rasa tenang sekejap lepas apa yang berlaku. Siapa pulak lagi yang datang ni? Tak boleh ke biarkan dia sendirian buat seketika.Berasa letih dengan semua yang baru sahaja berlaku Zara melepaskan keluhan.

"Apa lagi ni?"soal Zara dengan letih tanpa membuka mata.

"Cik Zara..."sapa suara tu dari atas.

Lepas dengar suara tu,kerutan dikening Zara menghilang, dia perlahan-lahan membuka mata. Memaksa kelopak matanya yang berat itu diangkat. Samar-samar Zara dapat melihat susuk tubuh lampai berdiri melangit di depannya setelah kelopak matanya bergerak.

"Apa awak buat dekat sini?"tanya Zara tenggelam timbul.

"Tuan hantar saya untuk jemput cik pulang."

Taylor tunduk berlutut di depan Zara sambil menanggalkan kot dari badan sebelum diletakkan ke bahu Zara yang mengenakan dress tube labut berwarna krim pic.

"Thank god..."luah Zara dengan lega.

Sejurus itu, Zara menghulur tangan ke bahu Taylor sebelum lelaki itu selinap tangan di bawah ketiak Zara dan kedua-dua bawah lutut Zara. Mencempung Zara ala-ala pengantin dengan mudah.

"Jom kita balik..."ajak Taylor sambil mengeratkan pegangannya pada Zara dengan cermat. Khuatir sekiranya dia akan menyakiti Zara, Taylor dukung dengan kasih tubuh itu.

Oleh kerana terlalu letih, Zara merehatkan kepalanya ke ceruk leher Taylor. Serta merta bau haruman minyak wangi lelaki menerpa hidungnya yang mana membuatkan dia tenang dan betapa bersyukurnya Zara waktu itu dengan kehadiran Taylor.

"Terima kasih sebab datang Taylor..."Zara eratkan pelukannya sekeliling leher Taylor.

Taylor bawa badan Zara rapat ke dadanya dengan kemas selepas dengar kata-kata itu. Demi Zara jauh sehingga kutub utara dia sanggup pergi inikan yang dekat begini. Di mana saja Zara berada, dia akan berada di situ.

Taylor berjalan menyusuri koridor itu dengan mimik muka dingin tanpa ekspresinya. Lelaki itu berjalan masuk ke dalam lif dan turun terus ke lobi. Apabila lelaki itu berjalan merentasi lobi itu kumpulan pengawal keselamatan milik James dan Benz perasan akan kehadiran Taylor.

Mereka semua mematai dengan curiga ke arah Taylor sebelum perlahan-lahan mengepung lelaki itu selepas Taylor keluar dari pintu hotel.

Hampir 20 orang lelaki bersut berdiri di situ memandang Taylor dengan renungan tajam.

"Apa yang kau cuba lakukan pada Cik Zara hah?"soal mereka sambil menanggalkan butang kot hitam mereka. Bersiap sedia hendak bertindak sekiranya perlu.

Taylor memandang kosong ke arah mereka sewaktu dia berdiri di situ. Memandang ke depan, sikit pun tidak rasa gentar dengan mereka. Masa itu tiga buah kereta hitam berhenti di depan anak tangga dimana Taylor dengan berdiri.

Tidak semena berduyun-duyun lelaki bersut keluar dari kereta itu. Menarik perhatian pengawal keselamatan milik James dan Benz. Mereka mematai kumpulan lelaki bersut hitam dan bertali leher merah depan mereka.

Semuanya tinggi-tinggi belakang. Tubuh mereka jangan cakaplah, kalau nak dibandingkan dengan mereka. Ibarat bandingkan tiang eletrik dengan lidi sahaja.

"Tuan Taylor..."sambut mereka dengan tertib di depan Taylor.

Taylor membuat muka kerimasan.

"Halau semua ikan bilis ni dari laluan aku..." arahnya dengan nada perlahan. Tidak mahu ganggu Zara.

"Baik!"sambut mereka serta merta mula menjadikan diri mereka pagar di antara kumpulan pengawal keselamatan Benz dan James.

Mereka yang dihadang mula bergelut mahu mendapatkan Zara, tetapi tiada gunanya. Mereka langsung tak boleh bolosi dengan pagar manusia itu. Apa yang mereka mampu hanya memandang Zara di bawa pergi oleh Taylor dengan kereta hitam yang sedia menunggu di situ.

Taylor meletakkan Zara dengan berhati-hati sebelum mengenakan seatbelt untuk Zara. Setelah selesai baru dia duduk dan mengenakan seatbeltnya sendiri.

"Ke hospital."minta Taylor.

Pemandu kereta yang sama jemput Zara tempoh hari bersama dengan pengiringnya di sebelah tempat pemandu itu mengangguk kepala dan mula memandu kereta pergi dari situ.

Zara yang dalam keadaan mamai dan lemah itu merintih kesakitan. Dia berehat di ceruk leher Taylor lebih dalam lagi. Kain kemeja putih yang dipakai Taylor di cengkam Zara dengan kuat.

"Kita sampai sekejap lagi..."bisik Taylor sambil membetulkan kot untuk menutup bahagian badan Zara yang terdedah. Hendak elakkan angin malam menyapa tubuh gadis itu.

Zara membuka mata dia dalam keterpaksaan, dia pandang Taylor yang berada hampir dengannya. Terlalu lemah hendak bersuara, dia hanya membiarkan tangan lelaki itu naik turun mengusap tepi lengan untuk menenangkannya.

"Adakah tindakan saya ni betul?"tanya Zara dengan sedih.

Taylor gerakkan sedikit kepala dia untuk pandang muka Zara sebelum tarik tubuh Zara supaya bersandar pada dadanya lebih rapat lagi.

"Apa saja yang cik Zara lakukan buat saya semuanya betul. Tiada salahnya..."jawab Taylor dengan nada serius yang tegang.

Zara memejam mata bersama bibir menggeletar sedih kerana sebak.

"Maafkan Zara ayah..."ucap Zara dengan lirih kerana sedih telah mengecewakan James. Memang dia benci lelaki itu, tetapi apakan daya lelaki itu tetap ayahnya. Darah dagingnya. Tak kira apa sekalipun dia kena lindungi orang tuanya.

Taylor yang dengar diam-diam mengepal penumbuk lepas dengar suara sedih Zara.