Damon memandang keluar cermin kaca sebelahnya. Memandang pemandangan dari tingkat 35 itu dengan renungan kosong. Termenung memikirkan sesuatu sambil tangannya bermain dengan pemegang cangkir tehnya.
Walaupun hatinya lapang, fikiran masih memikirkan wajah tu. Lepas dapat panggilan lewat setiausahanya mengenai pertemuan ini, dia cepat-cepat cancel kan semua janji temu dia semata untuk ke sini.
Tak sangka pula, merasa seperti selamanya menunggu kehadiran orang itu untuk tiba.
Beberapa ketika berlalu,
Pada masa itu jugalah muncul seseorang dari tepi meja lalu menarik kerusi berhadapan dengannya lantas bersuara.
"Lama tunggu?"sapa suara lembut itu pada Damon.
Perlahan-lahan Damon memalingkan muka dan memandang wajah gadis muda di depannya dengan renungan kosong.
"Tak adalah..setengah jam awal saya datang sini..." jawab Damon tanpa mengubah kedudukannya dudukan kaki bersilang dan badan bersandar pada kerusi.
"Saya harap saya tak ganggu..."senyum Zara dengan nipis.
Damon menggeleng kepala tiada mood.
"It okay. Perkara penting apa yang awak nak bincang dengan saya Zara?"tanya Damon dengan nada mendatar tiada perasaan. Nampak sangat lelaki itu masih marah dengan apa yang berlaku.
Zara menarik senyuman serba salah. Kalau bukan kerana dia tak tahu nak harapkan pada siapa lagi, lelaki ini la yang dia cari.
"Awak tahu apa yang saya buat ni adalah untuk kebaikan semua orang..?"soal Zara sambil memandang cincin tunang di jari manis Damon.
Damon memalingkan wajah ke keluar semula dengan tangan bersilang di dada.
"Bagi awak ya. Bagi saya tidak..."luah lelaki itu dengan nada tak suka.
Zara memandang tepi wajah Damon dengan minat. Lelaki itu memang kacak. Tak boleh dinafikan. Namun apakah dayanya, dia kena lakukan hal ni jugak.
"Adakah Sarah tahu tentang agenda ayah awak mengenai pertunangan ni?"soal Zara.
"Tak..dia cuma ingat saya nak bertunang dengan awak sebab saya sukakan awak.." jawab Damon serta merta.
Zara menarik senyuman nipis di bibir. Rindu dia pada kawan baik satu-satunya itu.
"Kalau begitu awak tak sepatutnya katakan hal yang sebenar pada Sarah. Biar la dia ingat saya telah kecewakan awak...abang kebanggaan dia. Alasan saya minta awak bertunang dengan Kennedy adalah untuk elakkan ayah kita saling bercakaran gara-gara harta. Lagipula Kennedy suka pada awak...Dia tak boleh hidup tanpa awak. She almost killed herself because of you..."luah Zara dengan lemah lembut.
Damon memalingkan muka ke arah Zara. Mata lelaki itu terbuka luas selepas mendengarnya.
"What?"lafaznya dengan terkejut.
"Untuk pengetahuan awak, Kennedy ada sindrom kecenderungan untuk mencederakan diri. Malah dia bekas pesakit kemurungan. Selepas dia dapat tahu awak pilih saya bukan dia...Ken benar-benar kecewa. Dia tak boleh terima kenyataan dan nekad untuk kelar pergelangan tangan dia sendiri...sebab itu saya minta berjumpa dengan awak untuk jelaskan semuanya supaya awak faham kenapa saya buat keputusan macam ni."
Damon pandang tak percaya ke Zara. Dia pandang dengan kening berkerut kebengangan.
"Awak sendiri kata awak tak kisah tentang apapun rancangan ayah saya terhadap James..tapi kenapa...kenapa awak masih lindungi lelaki tu!Kenapa awak serahkan kebahagiaan awak demi saudara tiri yang tak pernah menghargai awak..."Kenapa awak buat semua ni Zara?" soal Damon kebengangan.
Damon sebenarnya telah merancang. Sekiranya dia bersama dengan Zara, dapatlah dia bawa Zara pergi tinggalkan keluarga mereka yang gilakan harta ni dan bina hidup baru tanpa tekanan.
Tapi lain yang dirancang lain pula yang jadi.
"Sebab saya tahu macam mana sakitnya bila ditinggalkan oleh orang yang kita sayang apatah lagi yang kita cintai..."Zara memandang Damon dengan renungan merayu. "Tolong saya boleh? Hal ini hanya di antara kita sahaja. Boleh awak rahsiakannya?"
Damon mendiamkan diri untuk beberapa ketika berfikir sejenak. Zara menanti dengan penuh sabar tanpa bersuara.
"Fine...apa dia?"setuju lelaki itu.
"Tolong saya jagakan Kennedy dan keluarga saya. Sekiranya ayah awak cuba jatuhkan ayah saya gulingkan ayah saya dari syarikatnya. Tolong pastikan kebajikan mereka terjaga. Ayah saya dah larang saya untuk berhubung dengan dia lagi. Jadi hanya melalui awak sahaja saya kirimkan ini..."Zara tunduk mengeluarkan sesuatu dari beg sandang.
Damon perasan ianya adalah sebuah sampul coklat.
"Apa tu?"soal Damon.
"Sebagai balasan, saya serahkan satu-satunya bahan bukti yang boleh buatkan legasi kemasyuran ayah awak musnah. Saya ambilnya dari simpanan James. Dia rancang hendak gunakannya ke atas ayah awak. Sekiranya awak janji yang awak akan kaga kebajikan keluarga saya. Bukti ini akan kekal selamat."
Damon terpempan mendengarnya. Terus dia buka sampul itu untuk pastikan kata-kata Zara benar atau tidak. Sekali dia baca setiap butiran di situ Damon memandang berang ke arah Zara.
"Ianya hanya salinan. Yang asalnya ada pada saya."Zara mengeluarkan satu fail manila berwarna kuning. "Dalam ni ada kontrak perjanjian yang awak berjanji untuk bantu dan keluarga saya bila mereka memerlukan.."
Damon mengepal penumbuk menahan sabar. Sememangnya Zara adalah anak James. Gadis itu mempunyai ciri-ciri seorang ahli perniagaan yang penuh strategi.
"Awak janji yang dokumen ni tidak akan didedahkan sekiranya saya tepati janji?"soal Damon dengan renungan ragu-ragu.
"Saya janji dengan nyawa saya sendiri.." sumpah Zara.
Damon melepaskan hela nafas panjang lalu mengangguk kepala.
"Saya sign."
Zara menarik senyuman sinis meleret ke kanan selepas mendengar.
"Good choice. Awak sememangnya ahli perniagaan yang bijak seperti mana majalah sering iklankan.."seloroh Zara.