Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 64 - Bab 62 : Sarah...

Chapter 64 - Bab 62 : Sarah...

Hujan lebat mencurah-curah turun seperti tiada tanda akan berhenti bila-bila masa. Membuatkan lopak air berkumpul di atas jalan bertar. Berdebur permukaan lopak itu apabila tayar kereta melalui lopak tersebut dan memercikan air ke merata arah.

Kereta hitam berkilat berhenti di depan pintu masuk hostel. Sejurus ia di parkir pintu kereta terbuka serentak bersama sebuah payung hitam kembang di udara semasa seorang lelaki bersut berjalan jeluar dari situ. Lelaki bersut itu jalan mengelilingi kereta berdiri di depan pintu tempat duduk belakang sebelum diikuti seseorang berbeanie merah jambu di kepala keluar dan berdiri rapat di sisinya.

Zara dongak memandang bangunan hostel yang dulu menjadi tempat tinggalnya sewaktu dia tiada rumah untuk menginap. Tempat dimana dia berteduh dari hujan dan panas. Tempat yang telah banyak berjasa padanya suatu masa dahulu. Hostel yang banyak meninggalkan kenangan dalam hidup dia.

"Tunggu saya dekat lobi..."minta Zara pada Eli di sisi sewaktu mereka berjalan masuk ke dalam bangunan itu.

"Baik cik.."jawab lelaki itu sebelum membiarkan Zara jalan sendirian naik ke dorm dimana gadis itu tinggal. Dia berdiri di dalam lobi itu dengan payung hitam yang siap di tutup pada tangan kanannya. Dia berdiri tegak seperti selayaknya seorang pengawal keselamatan.

Zara mendaki tangga sehingga tiba di tingkat empat dimana lorong dormnya berada. Bersama detak jantung gementar, Zara perlahan-lahan memasukkan kunci ke dalam tombol lalu di pulas buka pintu tersebut ke dalam.

Bau haruman honey dew terus menusuk ke hidungnya. Bau kegemarannya dan juga Sarah.

Berhati-hati tidak mahu hasilkan sebarang bunyi Zara menguak luas pintu itu sebelum melihat Sarah sedang menghadap skrin ipad di atas katil dengan masker muka. Gadis itu sikit pun tidak mahu mengerling ke arahnya.

Mungkin masih sakit hati dengan kejadian hari itu, Zara pun tidak mahu membuang masa, dia terus memulakan kerja mengemasnya. Segala barang berharga yang dia sayang dia simpan dalam kotak. Mana yang tidak diperlukan lagi dia biarkan sahaja.

Disebabkan dia tidak mempunyai pakaian yang banyak Zara tidak ambil masa yang lama untuk mengemas bagasi pakaian. Dia hanya ambil masa 15 minit untuk menyelesaikannya. Setelah itu dia beralih ke buku-buku teks dan segala barang di meja kerjanya. Dia kutip dengan senyap dan susun tanpa menghasilkan sebarang bunyi yang kuat dari menganggu Sarah.

Sarah yang menyedari kehadiran Zara buat-buat tidak tahu. Perhatiannya hanya terarah pada tontonan drama korea kesukaannya.

Hampir 45 minit. Zara telah selesai mengemas semua barangnya.Meninggalkan tempat kosong tanpa sebarang isi mahupun hiasan. Yang tersisa hanya beberapa buah buku dan majalah.

Tiga kotak dan dua bagasi sedia tersusun di tepi pintu. Zara mengerling sekeliling bilik itu buat kali terakhir sebelum memandang Sarah.

Dia pandang ke arah Sarah berharap rakannya akan memandangnya buat kali terakhir. Dia takkan merayu pada Sarah sebab dia tidak mahu membiarkan Sarah sakit lebih dari yang Sarah akan tanggung nanti.

"Sarah..."panggil Zara dengan perlahan tapi cukup kuat untuk Sarah dengar.

Sarah menekan butang volume maksimum untuk tenggelamkan suara Zara apabila dia terdengar namanya dipanggil.

Zara menarik senyuman nipis di bibir melihat reaksi Sarah. Hela nafas panjang dilepaskan.

"Maafkan aku..."ucap Zara. Walaupun dia tahu Sarah takkan dengar kerana headphone yang terpasang di telinga Sarah."Aku doakan yang terbaik untuk kau Sarah. Semoga kau dapat mengejar menjadi pelakon dan terkenal suatu hari nanti...selebihnya aku minta kau relakan makan minum dan semua yang kita lalui selama ni..."

Sarah yang sebenarnya dengar sepanjang masa itu hanya berpura-pura tidak peduli.

Zara tersenyum memandang belakang kepala Sarah. Berdoa di dalam hati supaya rakannya menoleh.

"Terima kasih untuk semuanya...."senyuman lirih terukir di bibir Zara. Dia tunduk memandang ke bawah seketika lalu kembali memandang belakang badan Sarah. "jumpa lagi sahabat..." ucap Zara dengan nada pasrah.

Sarah tidak menyahut, dia hanya baring diam di situ.

Zara berpaling dari situ. Mengangkut semua kotak-kotak dan bagasi dengan sisa tenaga yang ada bersama ke luar bilik.

Setelah itu dia hubungi Eli supaya naik ke atas untuk membantu dia mengangkut barangnya.

Zara duduk di atas bagasi. Berharap Sarah akan buka pintu dan menghantar dia pergi buat kali terakhir atau ucapkan selamat tinggal. Tapi tidak. Sehingga Eli muncul pintu itu langsung tidak terbuka.

Apabila Eli berasa Zara tidak ikut langkahnya, lelaki itu berpaling ke belakang.

"Cik.."panggil Eli yang sarat mengangkat kotak di tangan.

Zara memandang daun pintu dengan penuh berharap. Berharap yang amat sangat Sarah akan keluar dan memberi pelukan terakhirnya.

"Coming..."balas Zara sewaktu mula jalan maju ke depan tanpa berpaling ke depan.

Eli tunggu sehingga Zara jalan seiring dengannya dan bergerak sama keluar dari hostel itu.