Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 61 - Bab 59 : Dia suka duduk dalam rumah ni

Chapter 61 - Bab 59 : Dia suka duduk dalam rumah ni

Rambut panjangnya sudah di potong pendek sebab keguguran rambut yang di alami semakin serius. Beanie merah jambu disarung ke atas kepala sebagai sentuhan terakhir sebelum dia belek wajahnya ke cermin.

Melihat betapa pucat dan letihnya dia waktu itu membuatkan bulu romanya meremang. Dia tunduk memandang gincu di meja soleknya lalu dipalit ke bibir. Hendak hilangkan sikit rupa pucatnya.

Setelah selesai dia lihat dirinya dari balik pantulan cermin. Blaus kemeja labuh paras lutut, high knee sock hitam dipadankan dengan kasut high cut hitam. Anak rambutnya dibiarkan terkeluar ke dahi.

Yakin dengan penampilannya telefon bimbit dan beg sandangnya di capai sebelum berjalan keluar dari bilik.

"Selamat pagi Cik Zara..."sambut Eli, abang handsome yang jemput dia dekat kafe hari tu. Lelaki kedua bertali leher merah. Baik orangnya. Sangat lemah lembut ketika berbicara. Tingkah lakunya pun sangat mesra. Baru seminggu dia duduk di rumah Daniel mereka sudahpun melayani dirinya seperti puan besar.

"Pagi Eli...."senyum Zara dengan senang hati.

"Tuan Daniel tahu cik keluar hari ni?"soal Eli sewaktu jalan disisi Zara dengan kedua-dua tangan di belakang.

Zara mengangguk kepala. Mestilah Daniel tahu kalau tidak mananya dia dapat keluar. Sejak kejadian di hotel tempoh hari, Daniel menegah dia dari keluar. Malahan dia tidak dapat pulang semula ke hostel langsung. Memandangkan keadaan dia pula tidak mengizinkan dia untuk keluar sementara waktu.

Waktu itu Taylor muncul dari arah pintu depan koridor yang mereka lalui.

"Saya tahu...kalau boleh uruskannya sebelum beliau tiba di situ.."Lelaki itu sedang bercakap melalui telefon sewaktu menyedari Zara berjalan ke arahya. Bersama fail coklat di tangan sebelah lagi lelaki itu memberi angguk sapa pada Zara dan jalan menuruni tangga.

Zara yang lihat hanya memberi senyuman nipis. Sejak kebelakangan ni Taylor mahupun Daniel sangat sibuk. Bila di tanya apa yang mereka sedang sibukkan dua orang itu langsung tak nak beritahu.

"Boleh saya tahu kita hendak ke mana?"soal Eli lagi.

Zara mematai belakang Taylor sewaktu lelaki itu bercakap dengan nada rendah hampir berbisik sewaktu berbual dalam telefon.

Dia kagum dengan semua orang dalam rumah ini. Dari Nenek Diana sehinggalah para pengawal-pengawalnya mereka semua sangat tenang dan terkumpul.

Sikit pun tiada garisan emosi di wajah mereka. Membuatkan suasana rumah agam itu sangat harmoni dan tenang. DIa suka duduk dalam rumah ni.

"Kita singgah ke kafe dekat tempat kerja saya. Kemudian saya ada janji temu dengan seseorang. Selepas selesai bawa saya ke hostel..."jawab Zara sambil tunduk memandang langkahnya.

Eli di sebelah berkerut kening selepas mendengar perkataan hostel.

"Hostel?Cik tak duduk di sini lagi?"soal lelaki itu yang kedengaran seperti terkilan.

Zara yang dengar ketawa kecil. Lalu memandang Eli yang berada di sebelah dengan tangan berada di lengannya sejak dia turun tangga. Takut sangat kalau dia terjatuh.

"Tak adalah..saya nak ambil barang saya.." jawab Zara dengan senyuman dibibir.

Ya. Semalam dia dapat email dari universitinya. Memaklumkan bahawa dengan rasminya dia telah ditendang keluar dari universiti itu dengan pelbagai kesalahan dan ada kes tu memang berpunca dari dia, ada sebab lain tu hanya direka semata untuk burukkan rekod disiplin.

Membuatkan pihak atasan univerisiti tersebut dengan 'murah hati' singkirkan dia dari situ.

Zara tahu semua tu kerja siapa. Tapi dia sikit pun tidak kisah. Bukannya dia beria sangat nak belajar dekat situ. Dia ada di situ pun sebab James yang paksa.

Oleh kerana itu dia perlu segera kosongkan katilnya atau semua barangnya akan dibuang.

"Oh."balas Eli semasa lelaki itu membuka pintu untuk Zara keluar dari rumah lalu disambut oleh Adam, pemandu kereta yang bawa mereka ke sini tempoh hari. Abang kacak bertali leher merah.

"Hai Adam..."sapa Zara dengan gembira apabila melihat wajah chubby tough milik Adam.

"Selamat pagi Cik Zara..."tunduk lelaki itu sewaktu membuka pintu untuk Zara.