Chereads / Cinta Pada Cara Kau Menipu / Chapter 60 - Bab 58 : Sekarang lihat siapa yang terseksa

Chapter 60 - Bab 58 : Sekarang lihat siapa yang terseksa

Seminggu kemudian....

Suara orang muntah-muntah kedengaran dari dalam bilik air sewaktu Daniel berjalan keluar sambil melipat lengan kemeja ke siku bersama kening berkerut.

Dia keluar dari situ setelah mendengar deringan telefon yang berada di atas meja sebelah katil. Terus dia tunduk mencapai telefon itu dan menjawab panggilan itu.

"Ya ini telefon Zara Delisha...boleh saya bantu?"soal Daniel sewaktu dia memandang pintu bilik air. Taylor muncul bersama Zara di samping.

"Ini dari pihak hospital. Adakah ini penjaga kepada pesakit bernama Belinda Noah?"sapa suara staf hospital itu dengan formal.

Daniel pandang Zara masa Zara tolak Taylor ke tepi untuk kembali berpatah balik dan masuk ke bilik air.

Taylor mengejar langkah Zara ke dalam bilik air. Sesaat kemudian suara wanita itu muntah kedengaran semula. Daniel yang dengar terasa sakitnya.

"Ya...ada apa ya?"tanya Daniel sambil duduk di atas katil menghadap pintu bilik air.

"Disini kami dimaklumkan bahawa pembayaran untuk bulan ini belum dilaksanakan. Sekiranya tidak mahu pesakit di tendang keluar, mohon dilunaskan bayarannya serta merta...atau tindakan akan diambil.."

Daniel memicit tepi pelipis kepalanya sewaktu mendengar suara Zara tidak berhenti muntah. Semua itu kerana kesan ubat-ubatan yang diambil gadis itu untuk mengawal tumor merebak dengan cepat.

Daniel sendiri yang syorkan. Zara berkeras menolaknya. Sekarang lihat siapa yang terseksa.

"Berapa?"tanya Daniel bernada jengkel.

"6000$"sebut staf itu.

Daniel melepaskan hela penat. Mana tidaknya, dia tu baru tak berehat langsung satu hari tu. Dia hadiri tiga kelas dari seawal 7 pagi sehingga 4 petang. Dalam masa yang sama dia hadiri dua mesyuarat iaitu di jam 1 petang sehingga 2, iaitu di waktu makan tengah hari. Kemudian mesyuarat di jam 5 hingga 7 malam.

Balik rumah sahaja dia terpaksa hadapi Zara yang keadaannya semakin memburuk.

"Bayaran tu akan dibuat segera..hantarkan maklumatnya melalui nombor ni.."maklumnya sebelum memutuskan panggilan.

Taylor berjalan keluar dengan Zara di dalam pelukan. Lelaki itu sama seperti Daniel, tapi lagi teruk sebab Taylor 24 jam ada bersama dengan Zara dan juga Daniel dalam masa yang sama telah urus dan hadapi semuanya sendiri tanpa henti dan rehat.

"Kau rehatlah sana..."arah Daniel sewaktu mendapatkan Zara.

"Tak mengapa tuan..saya boleh uruskannya.." balas Taylor yang sudah pun kelihatan tidak terurus. Biasanya lelaki itu lah paling kemas kalau nak dibandingkan dengan Daniel.

Kot entah kemana, tali leher entah kemana. Baju pula kedut sana sini butang baju tidak terpasang dan lengan baju tersising hingga ke siku.

Daniel menarik sengih lucu dengan jawapan Taylor.

"Kau dah buat yang terbaik. Terima kasih untuk semuanya..."ucap Daniel sewaktu Zara bergayut pada lengannya untuk baring ke katil semula. Selimut tebal di tarik naik menutupi badan gadis itu.

Taylor memandang tingkah Daniel yang memperlakukan Zara dengan lemah lembut dan berhati-hati.

"Tuan apa kurangnya..."kata Taylor yang turut kasihan pada Daniel.

Daniel mencapai telefon Zara lalu diserahkannya pada Taylor.

"Cari alamat dimana hospital nenek Zara berada. Uruskan pembiayaan rawatan beliau." arah Daniel.

Taylor mencapai telefon itu dengan kening berkerut.

"Baik tuan.."balas Taylor yang memandang Zara buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik tersebut.