Seperti yang dirancang tengah hari itu, lepas habis kelas, Sarah sudah sedia tercongok di depan pintu dewan kuliah Zara. Dia sanggup tunggu semata hendak iring Zara keluar bersama.
Selepas mereka keluar, keretanhitam sudah tersedia parkir betul-betul depan pintu keluar bangunan tersebut. Lelaki bersut berdiri di tepi kereta sambil menghadap pintu tersebut.
"Okay..have fun. Apa-apa call aku.."ujar Sarah sewaktu lelaki bersut depan mereka membuka pintu kereta.
Kening Zara berkerut.
"Kau tak ikut sekali?"tanya Zara kebingungan.
"Tak...kau orang berdua dating lah sendiri sana. Aku ada kelas lagi lepas ni.."ujar Sarah samvil mendorong Zara masuk ke dalam kereta secara paksa.
"Tapi-"
"Bye...jumpa malam nanti eh.."lambai Sarah sebelum berpaling dari pergi dari situ.
Zara ternganga terkejut dengan sikap Sarah. Matanya terkebil bila lelaki bersut di depan pintu kereta menutup pintu. Terus dia tersentak.
"Sekejap..tunggu dulu. Jangan gerak. Saya nak jumpa kawan saya dulu."minta Zara pada lelaki bersut tersebut.
Lelaki bersut itu tunduk patuh dengan permintaan itu.
Zara tunduk memandang skrin telefon. Dia membuka senarai kenalannya. Lalu menyentuh nama Betty di skrin sebelum di bawa ke telinga.
Zara mematai lelaki bersut tadi berjalan mengelilingi kereta untuk ke tempat pemandu. Selepas lelaki itu duduk belakang stereng kereta, panggilannya dijawab.
"Asal?"sapa Betty kedengaran tidak suka dalam panggilan.
"Hei...bagi aku cincin Ken."bisik Zara sambil memasang seatbelt dengan sebelah tangan.
"Buat apa?"Soal Betty
"Bagi jer aku cincin dia..yang dia tak pakai sangat pun boleh. Kemudian jumpa aku dekat depan bangunan fakulti bisnes.."
Suara Betty merenggus tidak puas hati kedengaran sebelum panggilan tersebut di putuskan.
15 minit kemudian Betty tiba di depan pintu bangunan fakulti tersebut. Zara dalam kereta kalut menekan butang turun tingkap.
"Sini!"lambai Zara.
Betty mengecilkan mata sewaktu melihat ke arah gadis yang berada di tepi tingkap kereta melambai riang ke arahnya. Tanpa berlengah dia dekati kereta hitam berkilat itu.
Zara hulur tangan ke arah Betty sewaktu rakannya mendekat.
"Asal ni?"soal Betty sambil meletakkan sebentuk cincin pada tapak tangan Zara.
Zara menggengam cincin itu lalu kembali duduk di kerusi.
"Tak ada apa-apa...by the way. Thank eh.." ucap Zara sebelum menaikkan cermin kereta itu semula. Meninggalkan Betty terpinga-pinga di situ.
"Boleh kita gerak sekarang?"tanya lelaki bersut di kerusi depan.
Zara menyarung cincin yang sedikit besar untuk jari manisnya lalu mengangkat kepala memandang ke depan.
"Sure.."angguknya.
Kereta itu mulai di pandu lelaki itu keluar dari halaman fakulti terus ke lebuh raya utama.
Zara melemparkan pandangan keluar tingkap sewaktu lelaki bersut di tempat pemandu sekali sekala mengerling ke belakang menggunakan cermin pandang belakang.
Zara yang perasan akan tingkah lelaki itu bersuara.
"Ada apa-apa yang awak perlukan ke?"tegur Zara sambil memandang dua mata di cermin pandang belakang tersebut.
"Tak ada apa-apa...cuma saya perasan..ada kereta sedang ekori kita di belakang.."maklum lelaki bersut itu.
Zara yang dengan hanya menyanyi kecil sambil bersandar rehat di kerusi melihat keluar tingkap.
"Perasaan awak jer tu.."dalih Zara yang sedia maklum kereta siapa dekat belakang tu.
Orang-orang yang James biasa hantar untuk awasi pergerakan dia. Yang hairannya. Macam mana anak buah James tak boleh kesan dia sekiranya Daniel atau Taylor bersama dengan dirinya.