Chereads / DIA ISTERI KAU [S2] / Chapter 21 - BAB 20

Chapter 21 - BAB 20

Keesokan paginya,mereka semua mengangkat barang masuk kedalam kereta masing-masing.Naik kereta berpasangan.Syaf dengan jiha,Rid dengan elica,Ryan dengan isya.

"Ryan!!send location dekat whatsapp group"jerit syaf dari dalam kereta.

"Okey-okey"balas ryan.

Ryan membuka aplikasi whatsapp,lalu membuka whatsapp group dan mengsend location kampung ryan.

"Aku dah send,jom gerak!!"kata ryan.

Syaf dan rid menunjukkan tangan 👌.

Ryan menutup cermin tingkap,lalu mengundur kereta sportnya keluar dari kawasan rumahnya,diikuti kereta syaf dan rid sekali.

Mereka memulakan perjalanan menuju ke destinasi mereka yang jauh.

Ryan yang sedang memandu kereta,menjeling isya yang berada disebelahnya yang sedang khusyuk bermain handfone.

'Mesej irfan la tu'bisik hati ryan.

"Ehemm!!"

Isya memandang arah ryan.

"Apa?"tanya isya.

"Mesej dengan buah hati ke.."perli ryan yang tekun memandang hadapan.

Cemburu ke,encik ryan ni?😂

"Tak la,aku mesej dalam group"balas isya.

"Kau sembang apa?"tanya ryan ingin tahu.

"Hal perempuan,lelaki jangan nak sebok"kata isya.

"Yelah sayang"balas ryan.

****************

3 jam kemudian...

Isya memicit-micit kepalanya apabila berasa pening kepala.Gila tak pening kepala,jalan bengkang bengkok.

"Ryan..."panggil isya sambil menarik lengan baju ryan.

Ryan yang sedang memandu,menoleh arah isya sebentar.

"Ye.."sahut ryan.

"Jauh lagi ke.."tanya isya yang sedang menyandar kebelakang tempat duduk.

"Ye sayang,jauh lagi..Lagi 3 jam setengah.."balas ryan.

Ternganga mulut isya,dengar lagi 3 jam.

"Kenapa jauh sangat kampung kau,aku dah pening kepala ni.."merungut isya.

"Kau pening kepala ke?"soal ryan.

Isya mengangguk.

"Haah"balas isya.

Tangan ryan membuka laci kereta,lalu mengambil gula² hack.

"Nah,kau hisap coklat ni..jangan pulak kau terus telan.Untuk hilangkan pening kepala.."kata ryan lalu memberi pada isya.

Isya mengambila gula² itu dari tangan ryan.Isya membuka plastik coklat lalu memasukkan coklat itu kedalam mulut.

"Hmm...berangin coklat ni.."kata isya.

"Kau tidur la,kalau nak hilangkan pening.Jangan pandang kiri kanan"pesan ryan.

"Okey"balas isya.

****************

Ryan memberhentikan kereta apabila sampai di stesen perhentian untuk rehat² dan makan.Ryan membuka seat beltnya lalu merengangkan badanya yang terasa lenguh.

Dia menoleh arah isya yang nyenyak tidur.Ryan memandang rapat wajah isya.

"Comelnya..kau tidur.."gumam ryan.

Ryan menyelitkan rambut isya yang terjuntai dipipi.Lalu dia membuka seat belt isya pula.

"Sayang...Ooo...Sayang..."gerak ryan.

Ryan melihat isya tiada respon.Tidur mati ke dia ni?

"Sayang..."gerak ryan lagi.

Tiada respon lagi.

"Kali ni,aku gerak tak bangun.Aku cium kau"kata ryan.

"ISYAA!!...SAYANG!!...CHUBBY!!..."gerak ryan lagi sambil menolak badan isya.

Badan isya bergerak sedikit.

"Ermmm..."merengek isya.

"Tak nak bangun ea"kata sinis ryan.

Ryan merapatkan wajahnya dengan isya,dia mengacah-acah mahu cium isya.

Isya yang merasakan hangat diwajahnya,terus membuka mata.Mata dia bertemu dengan mata ryan.Muka mereka rapat hampir 1cm rapat.Terbuntang mata isya.

Isya terus menolak muka ryan mengunakan tapak tanganya.

"Kau nak buat apa haaa!!"geram isya.

"Sapa suruh,aku gerak kau banyak kali taknak bangun"menjawab ryan pula.

"Pastu,perlu ke nak cium"kata isya.

"Bukanya aku cium kau pun.Itulah,lain kali orang kejut bangun.Manalah tahu,kau macam puteri dalan cerita dogeng tu..kena ada pangeran cium baru nak bangun..so,aku trylah..."kata ryan panjang lebar,lalu ketawa.

Isya menjeling ryan.

"Dah-dah,jom turun.Depe dah tunggu tu"kata ryan.

"Dah sampai ke?"tanya isya.

"Belum lagi la sayangku,ni baru stesen perhentian.Mana tahu kau nak pergi tandas ke apa ke"kata ryan.

"Ooo"

Mereka berdua pun keluar dari dalam kereta.Isya berjalan bersebelahan ryan.Mereka melihat,syaf,rid,jiha,elica sudah tunggu disebuah meja dikedai makan.

"Lambat korang keluar kereta"tegur syaf disebelah jiha.

"Tadi tu....isya..."kata ryan separuh.

Isya mencegil mata arah ryan.

"Takdelah,tadi ryan tertido dalam kereta"kata isya.

Ryan memandang isya.

'Sapa yang tido?aku ke dia?haih..nasib sayang..ehhh²'bisik hati ryan.

"Ouhhh"balas mereka.

"Korang taknak makan ke?"tanya ryan.

"Kitaorang tunggu korang la tadi"kata riduan.

"Dahtu,jomlah tengok makanan yang ada jual"ajak ryan.

Mereka mengangguk,lalu bangun dari duduk.

Ryan dan isya berjalan bersebelahan,sambil melihat hidangan yang disediakan dikedai² makanan.Mereka yang lain bersama pasangan masing² mencari makanan.

"Nak makan apa eaa..."gumam isya.

Mata isya yang tidak lekang melihat satu persatu lauk,begitu juga dengan ryan.

"Bagi nasi puteh dengan ayam goreng tuu.."kata isya sambil menunjuk arah ayam goreng yang masih panas itu.

Pekerja itu pun meletakkan lauk diatas nasi puteh.

"Nak kuah tak?"tanya pekerja itu.

"Ermm..bolehlah,bubuh sikit"kata isya.

Selepas membubuh kuah diatas nasi,pekerja itu pun menyerahkan pinggan nasi tadi pada isya.

Ryan yang melihat hidangan yang dipesan oleh isya,terliur pula.

"Bagi hidangan yang sama dengan dia"kata ryan.

Pekerja itu pun membubuh lauk yang serupa macam diminta oleh isya tadi.

Isya melihat ryan.

"Tiru je.."kata isya.

"Kitakan wife and husband,mestilah sama kan?"balas ryan lalu mengedipkan mata.

Isya mencebik mulut.

Selepas mengambil pinggan nasi-nya,ryan dan isya pun memesan minuman lalu pergi ke meja semula.

Mereka pun duduk dimeja sementara menunggu mereka yang lain.

"Mana la depe ni,lama betul cari makanan"merungut ryan.

"Kau lapar ke?"tanya isya.

"Gile tak lapar,dari pukul 5 pagi drive sampai pukul 9 tak makan"kata ryan.

"Apakata kita makan dulu la..aku pun lapar jugak,dah berkeroncong perut aku ni"kata isya pula.

Ryan mengangguk.Mereka pun menjamu makanan.

Sedang mereka makan,pekerja tadi datang dengan dulang membawa air yang dipesan oleh mereka.

Selepas sahaja pekerja tadi beredar,mereka yang lain pun muncul.

"Dah makan korang,tak tunggu pun"kata elica.

"Dah korang lambat sangat,ryan pun dah merungut lapar.Kitaorang makan la"balas isya.

"Betul tu,korang tu lama sangat cari makanan.Pergi buat makanan sekali ke?"sampuk ryan.

"Biasalah,kitaorang order masakan panas"kata syafiz.

"Patut arrr...punya lama"kata ryan.

"Dah la,jom makan.Lapar kot.."kata jiha.

Mereka pun menjamu makanan,manakala ryan dan isya sudah separuh pinggan habis makan.

**************

Selepas sahaja berehat-rehat sebentar diperhentian,mereka pun menyambung semula perjalanan mereka.

Isya yang berada didalam kereta sudah berasa bosan asyik melihat kiri kanan hutan.

Isya mengeluh kecil sambil menyilang tangan didada.

"Bosan?"tanya ryan yang mendengar keluhan isya tadi.

"Hmm..bosan asyik tengok hutan jer.."merungut isya.

Ryan mengeleng kepala mendengar rungutan isya.

'Isya-isya..kau sama macam dia,kuat membebel,kuat merungut..sebijik sama macam dia..'monolog ryan.

Ryan teringat kembali,pada kali pertama ryan membawa aira pulang ke kampung.

'Saya bosan la duduk lama-lama dalam kereta..asyik nampak pokok jer,lenguh badan saya..dah la saya tengah mengandung'merungut aira sambil mengusap perutnya.

'Alolo..kesian sayang saya ni,nak buat macam mana sayang..kampung tokma jauh..'balas ryan lalu sebelah tanganya mengusap perlahan rambut aira.

'Hmm..yelah..'kata aira lalu tersenyum kecil.

"Apakata kau jawab soalan aku,kalau kau rasa bosan.Manatahu boleh hilangkan bosan kau,kau kan suka membebel.."kata ryan sambil menahan ketawa.

Isya membuat muka menyampah.

"Kau nak tanya apa?"tanya isya.

"Kau kata kau pernah excident kan?macam mana kau boleh excident erkk.."tanya ryan.

"Haah.Macam mana aku boleh excident?Hmm..entah la"balas isya.

"Diri sendiri excident pun,tak tahu ke"hairan ryan.

"Mama aku takde cerita pun kat aku"balas isya.

"Cer kau cerita secara detail apa yang berlaku after kau excident"soal ryan.

"Hmm..lepas aku sedar dari koma,aku ada dekat london..pastu aku on job model and the same time,aku belajar dekat sana.After tu,aku balik malaysia la.."cerita isya sambil mengingati semula.

"Kau koma?"tanya ryan.

"Haah aku koma hampir setahun jugak.Lama kan aku tidur haha..macam snow white kan?"kata isya lalu ketawa kecil.

"Oouhh..patutlah otak kau terbantut,sebab tidur lama la.."kata ryan lalu ketawa.

Suara ketawa ryan memenuhi kereta.Isya menarik telingga ryan.

"Ahhh...!!!...Aduii...Aduiii.."mengadu ryan apabila telinganya ditarik.

"Ketawa sangat kan kat aku.Masa bila otak aku TERBANTUT!!!!!!!"kata isya separuh menjerit.

Bingit telingga ryan apabila mendengar isya menjerit.

"Woiii..janganlah menjerit!!"kata ryan.

"Sapa suruh kau kata aku terbantut.."geram isya.

"Terbantut tu..terbantut jelah"kata ryan.

Isya mengeluh geram.

"Sambung cerita"arah ryan sambil memandu.

"Apa?"tanya isya.

"Kenapa kau boleh ada dekat london?"soal ryan.

"Ermm..entah la,sebab aku sedar memang aku dah ada dekat sana.."balas isya.

"Tapi..kenapa kau tak tahu semua pasal diri kau?"tanya ryan lagi.

Isya yang sedang memandang luar,sudah berasa loya,pening.

"Sebab...aku.....buwerkkkk...!!!"isya menekup mulutnya,apabila terasa mahu muntah.

Ryan secara mengejut memberhentikan kereta ditepi jalan.Isya pula membuka pintu kereta lalu keluar dari kereta.

"Buwerkkk!!Buwerkkk!!"muntah isya.

Ryan yang turut keluar dari kereta,berdiri ditepi isya sambil mengurut tengkuk isya.

Werkkkk!!!

Buwerkkkk!!...

Uhukkk!!!

Ryan melihat muka isya merah berderang muntah punya pasal,sampai berair-air mata.Dia melihat isya sudah berhenti muntah.

"Sayang okey?"tanya ryan risau.

"Oo—okey..."kata isya.

Ryan membuka pintu kereta,lalu mengambil sebotol air mineral lalu hulurkan pada isya.

Isya meneguk air mineral bagi menghilangkan rasa pedih ditekaknya,sekali gus membasuh mukanya bagi menghilangkan rasa pening kepala.

"Nah..lap muka"kata ryan menghulurkan kain tuala kecil.

Isya mengambil tuala kecil itu dari ryan lalu mengelap mukanya yang basah dek dibasuhnya.Selesai mengelap mukanya,ryan memimpin isya masuk kedalam kereta.

Ryan membaringkan tempat duduk ke belakang,lalu membaringkan isya.

"Aku rasa kau ni,memang mabuk jalan jauh..kesian aku tengok.Kau tidur lah,ingat pesan aku..jangan pandang kiri kanan,nanti pening kepala.."kata ryan lalu menyelimutkan isya mengunakan sweater.

Isya mengangguk kecil.Macam budak kecil.

Ryan pun menutup pintu kereta belah isya,lalu masuk kedalam kereta.Dia menyambung memandu semula.

----------

Dont Forget To Votes And Comments..