Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 36 - Zarul , Balqis, Anis dan Khai

Chapter 36 - Zarul , Balqis, Anis dan Khai

Zarul yang telah menjadi pahlawan di kota bunga terus mengejar impian untuk menjadi pahlawan di distrik hitam. Zarul bertekad untuk menghapuskan pengaruh Kongsi gelap di dalam distrik hitam ini, beliau sudah tahu bahawa bukan mudah untuk mencapai matlamat tersebut bagai mengambil daging di dalam mulut harimau. Namun Zarul percaya jika berusaha ia mampu mengatasinya walaupun memakan masa bertahun-tahun. Dalam hal ini, Zarul terlintas dalam fikirannya iaitu Balqis, Anis dan Khai jika bersama mereka, matlamat akan tercapai. Zarul sudah dengar berita tentang Khai yang telah menjadi pahlawan putih abu di kota putih abu yang membuat Zarul tahjub dan hormat kepada Khai. Zarul ingin pergi ke kota putih abu dan berdiskusi tentang impiannya untuk melepaskan seluruh wilayah daripada kekuasaan kongsi gelap.

Balqis masih lagi berada di kota bersejarah dan beliau berjaya menjadi ahli sejarah kerana ilmunya yang sudah banyak. Balqis terlihat gembira apabila mengkaji dan meneliti setiap monumen sejarah di batu² yang di tinggalkan oleh perdahulu terdahulu. Kisah paling diminati oleh Balqis adalah sejarah Jack the ripper dan Holmes. Kedua sejarah ini adalah ketebalikan antara mereka, boleh dikatakan cahaya adalah Holmes dan Jack the ripper adalah kegelapan. Selain itu, Balqis turut mengkaji tentang sejarah latar belakang para legenda yang berkuasa sebelum era baru di distrik hitam.

Khai sudah menjadi orang penting di kota putih abu kerana Khai adalah orang kepercayaan penduduk kota putih abu. Mereka boleh dikatakan menggunakan Khai sebagai penhalang untuk menipu kerana mereka tidak sanggup menipu dan melawan Khai. Di kota putih abu banyak berlaku kecurangan seperti sistem timbangan berat sebelah, menjual barangan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan dan melakukan penindasan terhadap pembekal dan pembeli. Boleh dikatakan Khai sebagai pengawal keselamatan di kota putih abu.

Gunung putih, Anis masih berlatih dengan tok guru Mahmud. Mereka berlatih setiap hari walaupun mereka sudah kuat tetapi mereka ingin menjadi kuat sehingga tidak mampu dilawan oleh mana orang. Setelah berlatih dengan tok guru Mahmud Anis terfikir untuk kembali ke distrik hitam dan ingin bergabung dengan kongsi gelap bagi tujuan mengasah kemampuan membunuhnya yang telah tumpul kebelangkaan ini ia kerana sejak berada di gunung putih Anis tidak pernah membunuh kerana di anggap tabu atau tidak baik kerana ini tempat berlatihnya.