Ketika isu wilayah distrik hitam semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, semua ketua-ketua negara berbincang untuk menyelesaikan isu tersebut yang semakin berleluasa sejak dari awal abad ke 78 masihi dimana wilayah distrik hitam dijadikan tempat persendirian. Setelah menjadikan wilayah distrik hitam sebagai wilayah persendirian maka muncullah berapa orang untuk membeli wilayah tersebut dengan harga jutaan ringgit. setelah terjualnya wilayah tersebut kepada beberapa orang maka semakin perlahan - Lahan distrik hitam menjadi tempat atau sarang perjenayah , penjahat dan kongsi gelap.
ketua negara telah berbincang untuk menubuhkan satu kuasa besar iaitu pasukan khas yang digelar harimau putih dengan beranggota lebih 500 orang dengan mempunyai ilmu bela diri dan pengalaman bertarung. Mereka ini di tugaskan untuk mengancam atau menjaga keseimbangan kuasa lima kuasa besar, selain itu, ketua negara turut mencadangkan dan ingin menubuhkan pusat kuasa bagi pasukan khasnya di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar di jadikan pusat atau ibu pasukan khas disebabkan kuala Kangsar adalah pintu masuk ke distrik hitam.
Pasukan khas yang dibentuk oleh ketua negara mempunyai kekuatan militer yang kuat yang mampu menghadapi kuasa besar di distrik hitam. Walaupun kekuatan mereka cukup besar tapi mereka tidak mampu untuk menghadapi lima kuasa besar serentak.
Dalam perkembangan lain, pasukan khas belum bertindak walaupun sudah dibentuk tiga bulan yang lalu. Dalam masa ini, peperangan perang dunia kedua terbesar kongsi gelap masih berlanjutan hingga kini. semua lima kuasa besar kongsi gelap tiada yang mengakui kekalahan hingga kini. Mereka semua masih belum berhenti untuk menjadi raja kongsi gelap di distrik hitam ini.
Misi pasukan khas adalah membasmi kongsi gelap yang ada di distrik hitam namun sayang kekuatan mereka tidak setanding dengan lima kuasa besar yang mendominasi kawasan distrik hitam tersebut. Mereka hanya mampu menandingi salah satu daripada lima kuasa besar tersebut. Walaupun mereka di tubuhkan oleh ketua negara namun pergerakan mereka di arahkan oleh komandan di ibu kota negara.