Setelah Balqis banyak menimba ilmu dan mengkaji sejarah di kota bersejarah, Balqis cuba untuk mengubah haluannya walaupun berat baginya untuk meninggalkan tempat tersebut. Tempat dimana beliau mengkaji sejarah dan tempat belajar tentang erti sebenar sejarah. Balqis sebenarnya tidak ingin pergi namun kerana tertarik sesuatu Balqis terpaksa pergi untuk mencarinya.
Dalam hal ini, sesuatu yang menarik perhatian Balqis adalah kota pribumi di mana kota ini tertulis dalam sejarah dan tercatat dalam batu purba di kota bersejarah namun dalam batu tersebut menyuruh untuk pergi sendiri dan melihat. Di dalam batu tersebut hanya tertulis tubuh pada abad ke 78 bersama kehancuran puak libre. Selain itu, pada awalnya penduduk di situ berbilang puak namun kerana suatu alasan menjadi satu puak iaitu puak giga. puak giga adalah revolusi kepunahan dari puak libre.
Dalam perjalanan ke kota pribumi, balqis, Balqis perlu pergi ke kota putih abu di mana tempat Khai berada, di situ kekecohan berlaku disebabkan orang kepentingan mereka melarikan diri dan. menyebabkan orang ramai mencarinya. kawasan kota putih abu semakin bising kerana ramai orang meneriak, melaung dan mencari orang kepentingan mereka iaitu Khai. Khai melarikan diri kerana beliau merasa dirinya dipergunakan atau diperalat kan oleh penduduk di situ.
Balqis tidak pedulikan mereka dan terus pergi untuk ke kota pribumi bagi meneliti sejarah kota tersebut. kota pribumi terkenal sebagai kota tersembunyi disebabkan susah untuk mencari dan menemukan kota tersebut kerana kota adalah kota peninggalan puak libre pada abad 78. Dalam perjalanan itu Balqis bertembung dengan Khai. Pertemuan mereka tidak diduga hanya sekadar satu tujuan seperti Khai ingin melarikan diri daripada penduduk kota putih abu manakala Balqis ingin menkaji sejarah kota pribumi. Pertemuan mereka berlangsung gembira apabila sudah lama tidak bertemu setelah perpisahannya dua tahun lalu selepas berakhirnya pelatihan dengan K. Pertemuan ini, mengembirakan Khai kerana cinta hatinya yang ditinggal selama dua tahun masih baik, sihat dan semakin cantik.