Chereads / Dark Room (Aplikasi) / Chapter 4 - Kebakaran

Chapter 4 - Kebakaran

Zafrey menolak bahu Eyra yang sedang termenung setelah keluar daripada bilik persiapan pengantin perempuan. Wajah gadis itu kelihatan sangat resah.

"You ok ke tak ni? Resah semacam je i tengok"soal Zafrey pada Eyra. Namun Eyra tidak mengendahkan soalan Zafrey itu.

Dia masih memikirkan tentang apa yang dikatakan oleh Aina. Dia tidak menyalahkan Aina kerana pada suatu saat nanti juga, perasaannya terhadap Aaron selama ini akan terbongkar jua. Sekuat mana sekalipun dia menyembunyikan perasaannya pada akhirnya semua akan diketahui oleh Aaron.

Dia teringat akan perbualan antara dia dan Aaron semalam. Adakah ini adalah punca Aaron meminta maaf? Tetapi apa kena mengenali perasaannya dengan kod?

Dia masih lagi keliru. Andai semua ini terbongkar pasti orang akan berfikir dia adalah punca Aina dan Aaron tak jadi kahwin. Dia menelan air liurnya yang terasa kelat.

Kepalanya dihantukkan ke dinding. Tak tahu apa yang perlu dilakukan olehnya sekarang untuk membuatkan Aaron kembali ke pangkuan Aina.

Zafrey terkejut dengan tindakan Eyra lalu menariknya daripada terus menerus menghentakkan kepalanya ke dinding. Nanti kalau jadi apa-apa dekat Eyra nanti, dia pula dituduh membuli Eyra.

"Kenapa you tarik-tarik i ni. Nak ajak kahwin lari ke?"bebel Eyra.

"Eh, kalau betul i nak ajak you kahwin i tak perlu tarik pun. You sendiri yang akan datang pada i nanti. Apa-apa jelah. Ni surat you si Aaron a.k.a cinta hati you yang bagi"kata Zafrey lalu menghulurkan surat itu kepada Eyra.

Cinta hati? Mana pula si Zafrey ni tahu. Takkan Aaron memberitahunya pasal hal itu. Baru sahaja tahu kelmarin pasal perasaan sudah cerita akan hal itu pada orang lain. Eh, tak? Dia kenal dengan Aaron. Aaron bukan begitu orangnya. Pasti lelaki itu hanya sekadar ingin mengenakannya.

Eyra menolak kembali surat itu Zafrey kerana masih tidak percaya dengan kata-kata lelaki itu. Dia tahu Zafrey ada banyak helah untuk mengenakan dirinya dan ini mungkin salah satu daripadanya.

"Kenapa you tolak? Ni cinta hati you si...". Belum sempat Zafrey ingin meneruskan kata-katanya mulutnya disumbat penuh dengan bunga kertas. Kalau makanan boleh tahanlah juga. Rezeki masuk mulut ini tidak bunga pula dia sumbat dalam mulut kita.

Sebenarnya Eyra melakukan itu kerana tidak mahu orang lain mendengarnya. Nanti tersebar pula gosip dia perampas. Eh, tak nak!

"Yang you sumbat bunga kertas tu kenapa? Ok, you boleh nak tolak surat ni tapi percayalah you takkan boleh tolak lamaran i nanti"kata Zafrey sambil berpeluk tubuh.

Terlebih yakin nampaknya lelaki itu. Aina keluar daripada bilik persalinan itu dan terkejut melihat mereka sedang berperang mulut.

Baru sahaja Aina ingin menghentikan mereka matanya terhenti pada sepucuk surat yang berada di lantai. Dia membukanya lalu mengambil surat di dalam sampul surat itu. Aina terdiam. Dia tidak memahami apa yang dilihatnya kini dan kenapa mesti Aaron menghantar surat itu kepada Eyra.

"Simbol apa ni?"kata Aina membuatkan mereka mengalihkan pandangan pada Aina. Mereka melihat kertas yang dipegang oleh Aina.

Terus mata Eyra membulat. Simbol yang telah lama dia tidak lihat dan kini muncul kembali di hadapan mereka. Kalau sampai Aaron menghantar simbol ini padanya pasti sesuatu yang sangat besar dan berbahaya akan berlaku.

Simbol tiga bulan sabit yang dicantum menjadi satu dan seperti membentuk bintang. Tapi bahaya apa? Apakah yang cuba disampaikan oleh Aaron. Mungkin ini adalah penyebab hilangnya Aaron?

"Aina boleh i nak cakap dengan you sekejap?"soal Eyra.

Aina mengangguk lalu mengikuti Eyra masuk ke dalam bilik persalinan. Dia tidak tahu perkara yang sedang berlaku tetapi yang dia tahu sekarang pasti ini semua adalah punca hilangnya Aaron. Eyra duduk di atas sofa lalu memegang kedua belah tangan Aina.

"Aina, you percayakan Aaron,kan?"soal Eyra.

Aina terdiam. Mana mungkin dia tidak percaya dengan Aaron sedangkan lelaki itu adalah orang yang paling dia cintai selama ini. Aina tersenyum sebelum mengangguk dengan pertanyaan yang diberikan oleh Eyra. Lega rasanya apabila Aina masih ada rasa percaya pada Aaron walaupun Aaron menghilang di hari perkahwinan mereka.

"Kalau betul yang you percayakan, please tunda majlis perkahwinan korang untuk sementara waktu. I minta maaf sebab tak dapat nak jelaskan. I sendiri pun tak tahu mana hilangnya Aaron. Tapi satu perkara yang i pasti hati dia tetap ada untuk you. Please, demi Aaron"ucap Eyra.

Gadis itu menunduk. Ya, mungkin dia boleh menunda majlis itu tetapi apa pula kata ahli keluarganya nanti. Malah beberapa orang tetamu telah pun hadir di majlis itu.

"Tapi Eyra, even i percaya Aaron pun macam mana i nak jelaskan dekat parents i?"soal Aina yang kerisauan.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Aina. Keluarga mereka pasti akan malu juga nantinya. Tapi dia perlu menghentikan majlis untuk mencari tahu tentang keberadaan Aaron. Otaknya buntu. Dia masih belum memikirkan cara untuk mencari alasan.

Zafrey masuk ke dalam bilik itu dengan keadaan tercungap-cungap. Ada marathon ke? Dalam dewan perkahwinan pun ada pertandingan macam tu?

"Kita kena keluar dari sini! Ada kebakaran berlaku di dapur!"kata Zafrey.

Kalau nak diikutkan hati dia aneh dengan kejadian itu. Macam mana boleh berlaku kebakaran sedangkan tadi keadaan dapur masih elok. Macam disengajakan. Aina dengan segera berlari ke arah Zafrey. Mereka perlu segera meninggalkan tempat itu.

"You tercegat apa lagi dekat situ! Cepatlah!"jerit Zafrey kerana Eyra belum berganjak daripada posisinya yang tadi.

Eyra tersedar dari lamunannya. Dia turut mengikuti langkah mereka untuk keluar dari tempat itu. Zafrey dan Aina telah pun keluar dari tempat itu sementara Eyra masih lagi berada di dalam.

Baru selangkah kakinya ingin bergerak, mulutnya dicekup dengan tiba-tiba. Eyra meronta minta dilepaskan namun langsung tidak dihiraukan. Lehernya terasa bagaikan dicucuk dengan jarum yang tajam. Beberapa minit kemudian, matanya terasa sangat berat dan pada akhirnya dia pensang.

Sementara Zafrey telah pun membawa Aina keluar dari bangunan itu. Aina mencari kelibat Eyra. Akan tetapi gadis itu tiada di situ. Bukan ke tadi Eyra ada di belakang mereka. Mana hilangnya Eyra.

Hati berasa tidak tenang. Dia cuba berlari masuk ke dalam bangunan dewan itu kembali namun ditahan oleh Zafrey. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku pada Eyra. Walau bagaimana sekalipun Eyra adalah sahabatnya. Tak mungkin dia meninggalkan Eyra begitu sahaja.

"Jangan halang i, Zafrey! Eyra masih ada dekat dalam! I kena tolong dia! Dia kawan i!"marah Aina kepada Zafrey kerana telah cuba menghalangnya.

Zafrey tahu Aina bimbang dengan keadaan Eyra. Tapi dia takkan sesekali membenarkan Aina masuk ke dalam kerana mungkin sahaja Aina yang akan terkorban nanti.

"You tunggu sini, biar i yang masuk, ok?"kata Zafrey untuk menghilang keresahan di hati Aina.