Chereads / Dark Room (Aplikasi) / Chapter 10 - Pelajar Lelaki

Chapter 10 - Pelajar Lelaki

Hari yang cukup melelahkan bagi insan yang bernama Zafrey. Dia merebahkan diri di atas katil. Matanya dipejam rapat sebelum dibuka kembali. Ini adalah dia pulang banyak kejadian yang berlaku secara mendadak.

Badannya sudah cukup berbau. Dia mencapai tuala untuk mandi. Kesemua pakaiannya dilepaskan dan diletakkan ke dalam bakul sebelum membersihkan diri. Selepas ini dia akan ke dobi untuk membersihkan pakaiannya. Apa? Peguam pun tak ada mesin basuh?

Bukan tak ada cuma belum beli lagi. Tak sempat nak membelinya. Maklumlah baru balik Malaysia. Jadi kebanyakkan barang masih belum dibeli lagi.

Kecuali katil. Kalau tak ada katil memang tak lena tidurnya. Seusai membersihkan diri dan mengenakan pakaian di tubuhnya, dia melemparkan sejadah untuk solat isyak.

Memang sudah menjadi kewajiban kita sebagai umat islam untuk solat walaupun sesulit apa pun keadaan kita. Rasa tenang sesudah solat.

Setelah selesai solat, Zafrey mengambil bakul pakaiannya untuk dibawa ke dobi. Tidak jauh pun kedai dobi dengan penginapannya. Jadi lebih cepat untuk dia sampai ke sana. Kebetulan pula pada waktu tiada seorang manusia pun yang datang mencuci pakaian.

Zafrey memeriksa poket pakaiannya sebelum dimasukkan di dalam mesin untuk dibersihkan. Pada helaian seluar yang dipakainya pada hari ini, dia menemui sebatang jarum di dalam plastik yang bertujuan untuk menyimpan bahan bukti.

Baru dia teringat. Jarum itu adalah jarum yang ditemuinya di lokasi kebakaran berlaku. Dia tidak berhenti berfikir. Dari mana jarum itu datang agaknya. Nampaknya dia perlu menyerahkan pada bahagian makmal penyelidikkan untuk memastikan bahan terdapat di dalamnya.

"Tolong!" jerit seseorang daripada luar dobi itu.

Zafrey mencari suara jeritan itu. Rupanya, jeritan seorang pelajar lelaki yang cedera. Zafrey menghampiri pelajar lelaki itu.

"Adik buat apa dekat sini? Kenapa tak balik lagi masa macam ni?"soal Zafrey yang membantunya duduk di atas kerusi.

"Tolong abang. Tolong saya sembunyi dulu. Nanti saya jelaskan. Please, tolong saya!" rayu pelajar itu.

Dia tidak tahu kenapa tetapi melihat daripada baju dan wajah pelajar itu seakan-akan sedang melarikan diri. Zafrey mengangguk sebelum menyuruh pelajar itu menyorok di bahagian belakang pasu di sebelah mesin basuh paling hujung apabila terdengar seperti bunyi orang yang sedang berjalan di luar.

Zafrey duduk di atas kerusi sambil bermain dengan telefon pintarnya dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Seseorang tiba-tiba masuk ke dalam kedai dobi itu. Seluruh pakaiannya berwarna hitam. Dia turut mengenakan topi dan menutup mulut. Zafrey dan kepalanya ditutup dengan penutup hoddie yang dipakainya.

Malahan, orang itu turut menundukkan kepala. Mungkin seorang lelaki. Takkanlah orang perempuan kejar lelaki. Mestilah lelaki lebih kuat daripada perempuan.

Orang itu cuba memerhati di dalam kedai dobi itu. Di setiap sudut dia mencarinya dan paling meresahkan, apabila langkah orang itu kini menghampiri tempat persembunyian pelajar lelaki tadi.

Zafrey menelan air liur yang kelat. Tidak, dia perlu menghalangnya. Tapi macam mana? Zafrey cuba untuk berjalan menghampiri untuk elak daripada dia menjumpainya.

Bunyi siren polis yang kedengaran di luar mematikan langkahnya. Dia mula keluar dengan laju dari tempat itu. Tidak salah lagi orang itulah yang mengejar pelajar itu. Kalau tidak kenapa dia perlu resah seperti itu.

Eh, kejap bukan ke dia penguam? Buat apa dia nak takut. Baru sahaja kakinya ingin melangkah mengejar orang itu, pelajar lelaki itu memegang bahunya.

"Abang tak boleh kejar dia, bahaya"kata pelajar itu dengan wajah penuh ketakutan.

Zafrey pula yang memegang bahunya bagi menenang pelajar itu. Bahaya atau tidak. Kalau namanya penjahat memang perlu ditangkap. Tak mungkin dia sebagai seorang penguam membiarkan sahaja orang jahat bebas bergerak di mana-mana sahaja.

"Adik jangan risau. Abang ni penguam. Abang akan bantu adik. Jadi jangan risau"kata Zafrey.

Sekali lagi dia cuba untuk melangkah namun dihalang oleh pelajar itu. Kalau tadi dia halang dengan pegang bahunya sekarang dia memegang dengan kemas lengan Zafrey. Nampaknya memang, pelajar itu tidak mahu dia mengejarnya. Jadi terpaksalah menurutinya.

Mereka hanya diam di dalam kedai dobi itu. Biarkan Arif iaitu nama pelajar lelaki itu yang telah diketahuinya kini, menenangkan diri dahulu sebelum dia membuka hal yang sebenarnya berlaku.

Selang beberapa minit kemudian, pakaian yang dicucinya telah bersih serta telah dikeringkan. Jadi telah tiba masa untuk dia pulang ke rumah. Untuk hari ini dia akan membenarkan Arif tinggal dengannya.

Nasib baiklah rumahnya itu ada banyak bilik untuk digunakan. Kalau tengok dari rupa, Arif seperti budak yang baik jadi tak mungkin dia akan buat hal yang tidak diingini di rumahnya. Contohnya mencuri.

Pada pagi itu, dia mencari-cari kelibat Arif di bilik yang telah diberikannya tetapi tidak tiada. Zafrey mencarinya di ruang tamu dan ternyata Arif ada di situ. Dari raut wajah Arif, dia kelihatan sedang termenung memikirkan sesuatu.

Zafrey mengambil tempat duduk di kerusi yang berdekatan. Mahu juga dia tahu apa yang difikirkan oleh Arif sehingga berkeadaan begitu.

"Arif?"panggil Zafrey.

Arif terhenti dari lamunannya apabila Zafrey memanggilnya. Dia hanya tersenyum kecil melihat Zafrey yang berada di situ. Rasa sudah cukup bersalah kerana telah menyusahkan diri Zafrey dari semalam tetapi buat masa sekarang dia masih memerlukan bantuan daripada Zafrey tetapi takut jika Zafrey beranggapan dirinya hanya ingin menumpang kemewahannya.

"Kenapa ni? Ada masalah apa?"soal Zafrey kepada Arif.

Arif menggeleng kepalanya. Masih takut meminta kebenaran daripad Zafrey untuk tinggal di situ buat sementara waktu.

"Arif kalau Arif diam macam ni macam mana abang nak tahu"katanya lagi.

Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka mulut untuk berbicara dengan Zafrey yang telah menolongnya itu.

"Sebenarnya....erkkk....boleh tak saya nak tinggal dengan sini buat sementara waktu?"soal Arif.

Dari soalan itu, Arif dapat mengesan perubahan riak wajah Zafrey yang tadinya tersenyum kepada tidak puas hati.

"Bukan saya nak tumpang rumah mewah abang ni tapi saya ada sebab lain. Saya tak boleh balik rumah buat masa sekarang ni"kata Arif yang berusaha untuk memberikan penjelasan kepada Zafrey supaya lelaki itu tidak salah faham.

"Dah, tak payah nak nervous macam tu. Abang benarkan tapi dengan satu syarat, Arif kena ceritakan semua yang berlaku"kata Zafrey.

Sebenarnya masih belum bersedia untuk menceritakan segalanya kepada Zafrey walaupun Zafrey telah menolongnya. Dia masih lagi takut. Oleh itu, Arif menundukkan wajahnya agar tidak bertatapan dengan Zafrey. Dia hanya mendiamkan diri.

"Okey, macam ni. Tak apa kalau Arif masih belum sedia lagi. Kalau dah sampai masanya nanti, Arif kena buka mulut dengan abang. Abang izinkan Arif tinggal dekat sini"kata Zafrey lalu menepuk paha Arif.

Arif langsung tidak menyangka dapat bertemu dengan seseorang yang cukup baik hati seperti Zafrey. Syukurlah dia dibenarkan menginap di rumah lelaki itu.