Tugasnya sebagai penguam bukanlah mudahlah. Apatah lagi dia adalah seorang peguam bela. Sudah seminggu dia menyerahkan jarum suntikan pada penyelidik makmal. Hal yang sangat membimbangkan diri Zafrey adalah dia masih lagi menemui bukti yang kukuh sedangkan dua hari lagi perbicaraan akan bermula.
Zafrey duduk termenung di wakaf rumahnya sambil memerhati pada kolam yang kosong. Sebenarnya rumah itu adalah hadiah pemberian ibu bapanya setelah tamat daripada pengajian di luar negara.
Cuma untuk kelengkapan di rumah itu, Zafrey memilih untuk menghiasnya sendiri mengikut seleranya. Arif menempatkan diri di sebelah Zafrey.
"Abang Zafrey, saya rasa dah lama sangat saya tinggal dekat rumah abang ni, jadi saya rasa sebelum saya pergi saya perlu balas jasa abang benarkan saya tinggal di sini. Jadi apa yang boleh saya tolong untuk balas jasa. Yelah, walaupun saya tak boleh banding jasa abang dengan saya terlalu banyak. Sekurang-kurangnya dapat juga saya balas"kata Arif.
Zafrey tersenyum. Itu rupanya yang difikirkan oleh Arif sepanjang seminggu dia menginap di situ. Kalau berhubung dengan ibu bapa Arif, Zafrey telah meminta tolong Aina untuk memaklumkan tentang keberadaan Arif di rumahnya.
Kalau diikutkan hati memang dia sendiri mahu memberitahu keberadaan Arif itu namun Arif takut orang yang mengejarkan akan dapat menghidu keberadaan Arif di rumahnya kerana pernah bertemu dengannya sebelum ini.
Berkenaan dengan sekolah pula, Arif hanya belajar di rumah Zafrey buat sementara waktu. Takut nanti kalau dia ke sekolah orang itu datang mencarinya lagi.
"Betul ni nak balas jasa abang?"soal Zafrey sambil berpeluk tubuh.
Budak lelaki itu mengangguk dan tersenyum. Betullah dia mahu membalasnya. Orang buat baik takkan nak dibalas dengan kejahatan pula.
"Ok, Arif kena cerita apa sebenarnya jadi dekat Arif hari tu?"soal Zafrey yang menjeling pada Arif. Cukup untuk mematikan senyuman di bibir Arif. Zafrey menepuk bahu Arif. Bagi Zafrey sudah dianggap seperti adiknya sendiri.
"Arif. Abang bukan nak jaga tepi kain adik ke apa. Cuma mungkin dengan Arif share dengan abang boleh tolong Arif tak pun paling kurang jadi listener untuk Arif?"kata Zafrey lagi.
Sudah lama sebenarnya Zafrey menunggu untuk Arif membuka cerita di sebalik hal yang terjadi pada dirinya. Ini kalau sudah dibuka peluang apa salahnya untuk dia tahu.
"Baiklah Arif cerita"kata Arif lalu memulakan kisahnya.
Pada hari kejadian itu berlaku, Arif mahu mengunjungi neneknya yang masih berada di hospital. Wad neneknya terletak di tingkat empat di hospital itu. Dia turut membeli beberapa bekalan untuk neneknya.
Semuanya bermula apabila Arif lalu di lorong yang seiring dengan laluan ke wad neneknya. Pada waktu itu, matanya melihat sebuah pintu yang sedikit terbuka. Awalnya memanglah Arif beranggapan tiada apa-apa di dalam sehingga lah dia melihat dengan mata kepalanya sendiri.
Seseorang membuka alat pernafasan yang dipakai oleh seorang pesakit wanita. Arif terkejut menyebabkan bekalan yang dibawanya jatuh di atas lantai. Pada masa itu, Arif telah pun mula panik kerana takut orang itu sedar akan kehadirannya.
Selesai sahaja dia mengutip buah-buahan yang tersisa, dia cuba untuk berfikir cara melarikan diri daripada bertatapan dengan orang itu yang kini sedang berdiri di sebelah kirinya.
Orang itu mengambil buah epal yang tergolek agak jauh daripada tempat itu lalu duduk di hadapan Arif dengan tangannya menghulurkan epal itu kepada Arif. Supaya tidak kelihatan dirinya sedang takut, Arif mengambil epal yang dihulurkan itu.
Tapi walaupun dia cuba untuk memberanikan diri, tangannya tetap sahaja bergetar. Arif cuba mengambil epal itu tetapi dipegang kemas oleh orang di hadapannya.
Seketika kemudian, bunyi alat pengesan dengupan jantung kedengaran. Mereka langsung memandang pada wanita itu. Memang jelas nyawanya terancam.
Sementara orang itu sedang leka memandangnya, Arif dengan segera bangun dari melarikan diri daripada orang itu. Akan tetapi, dirinya ternyata dikejar. Nasib Arif malang apabila dia berada di lorong mati.
Orang itu menghampirinya. Arif tidak pasti dia adalah lelaki atau perempuan kerana mulutnya ditutup dengan penutup mulut dan memakai kaca mata hitam.
Tetapi apa yang pasti orang itu mesti berkeinginan untuk membunuh dirinya kerana melihat apa yang dia telah buat tadi. Orang itu mengeluarkan pisau. Bersedia untuk menikam Arif. Tikaman itu memang kena pada bahagian pinggang Arif yang cukup menyakitkan.
Dia ditikam sehingga bahagian yang tajam pada pisau itu masuk sepenuhnya ke dalam badannya. Habis tersembur keluar darah dari mulut Arif. Amat mengerikan pada Arif untuk diingati sehingga ke hari ini.
Semua itu masih tidak berakhir kerana dia dibawa oleh orang itu ke suatu ruang yang sangat gelap namun diisi dengan sedikit cahaya lampu yang menerangi dirinya selepas dia tidak sedarkan diri. Badannya diikat pada kerusi.
"To...long...tolong"pinta Arif. Tapi suaranya tidak terlalu jelas. Seluruh badannya masih berasa sakit. Tekaknya kering. Mungkin pada waktu itu bibir telah pucat.
Arif melihat pada tempat tikaman yang dia rasai tadi dan ternyata itu bukan mimpi. Dia memang ditikam. Tambahan pula, dia dapat melihat dengan jelas kulitnya terkoyak.
Badannya memang cukup lemah untuk digerakkan.
Dia cuba menyelup poket seluarnya untuk mencari alat untuk membebaskan diri yang boleh membantunya. Dia bersyukur kerana ada pisau lipat yang dibawanya.
Sebenarnya dia membawa pisau itu untuk memotong buah-buahan yang dibawa kepada neneknya.
Dengan badan yang masih lemah, dia akhirnya bebas daripada ikatan itu. Arif cuba berjalan walaupun dalam kegelapan. Mungkin ada pintu yang boleh membawanya ke jalan keluar di sebalik kegelapan itu.
Dia meraba-raba dinding yang ada di situ sehinggalah tangannya dapat merasai seperti ada pemegang pintu. Arif memulasnya dengan perlahan-lahan supaya tidak didengari.
Apabila dia membuka pintu itu, dia terkedu apabila mendengar banyak suara yang dalam kesakitan di sebalik pintu itu.
'Arif, kau boleh buat. Kau kena kuatkan semangat kau'desis hati kecil Arif.
Dia berjalan tanpa menghiraukan suara-suara yang kedengaran menakutkan itu. Mencuba untuk berfikir positif dan tidak membayangkan sesuatu yang mengerikan di mindanya.
"Ouch!". Arif menjerit kecil apabila kakinya seperti tersepak sesuatu yang keras. Boleh bahaya kalau menjerit dengan kuat tadi. Arif cuba menyentuh benda yang dilanggarnya.
Dia terasa kayu yang seakan-akan tangga yang menuju ke atas. Arif menaiki tangga itu perlahan-lahan untuk ke atas atau ke mana sahaja supaya dia dapat keluar daripada tempat yang sangat mengerikan itu.
Apabila tangannya merasai di berada di bahagian tangga paling atas di cuba menyentuh bahagian atas. Alhamdulillah, Arif berjaya menemuinya. Rupanya dia berada di tingkap bawah.
Tapi ada satu hal yang pelik. Apabila dia keluar dari situ, ruang itu dirasai sangat sempit untuk sebuah rumah. Matanya terhenti pada tingkap yang dimasuki dengan cahaya dari langit.
Nampak gayanya dia bukan berada di atas tanah melainkan atas lonteng. Arif cuba keluar dari lonteng itu melalui tingkap yang diterangi dengan sinar cahaya itu. Sekarang laluan yang lalui bukan mudah, tetapi dia perlu turun dari rumah yang setinggi dua tingkat itu tetapi amat tinggi bagi Arif.