Chereads / Dark Room (Aplikasi) / Chapter 7 - Alibi

Chapter 7 - Alibi

Sudah seminggu Eyra berada di hospital. Hari ini adalah hari terakhir Eyra berada di situ. Seluruh tubuhnya kini dapat digerakkan kembali. Mereka masih belum tahu ubat apa yang telah dimasukkan ke dalam tubuh Eyra tahu syukurlah Eyra telah kembali sembuh seperti sedia kala.

Sedang dia bersiap sedia untuk pulang ke rumah dia didatangi oleh tiga orang anggota polis. Seorang wanita dan dua orang lelaki. Eyra pelik dengan kedatangan mereka ke hospital itu dan menemuinya.

Mungkin mereka hanya ingin bertanya mengenai kebakaran yang berlaku di dewan perkahwinan seminggu yang lalu.

"Cik Eyra sila ikut kami ke balai"kata polis wanita itu.

"Eh kejap, kalau cik nak soal siasat saya pasal kebakaran tu, kat sini tak boleh ke?"soal Eyra.

Sebenarnya agak berat untuk menyatakan tujuan mereka menemui Eyra. Mereka tahu gadis itu baru sembuh dari sakitnya tetapi ini adalah arahan daripada pihak atasan untuk mengambil tindakan terhadap Eyra dengan lebih cepat.

"Tak cik, Cik Eyra kena ikut kami ke balai sebagai suspek kejadian kebakaran yang berlaku"kata salah seorang polis lelaki di situ.

Bukan sahaja Eyra yang terkejut malah abang dan kakaknya turut sama terkejut. Kenapa pula adik mereka ditangkap sedangkan Eyra hanya mangsa keadaan? Apakah sebenarnya yang telah berlaku.

"Kenapa pula nak sabitkan adik saya sebagai suspek. Dah jelas-jelas dia mangsa keadaan. Lagipun tuan dan puan tak ada waran nak tangkap adik saya"marah Zhariff dengan tujuan kedatangan polis-polis itu di situ.

"Ini warannya"kata seorang lagi polis sambil menunjukkan waran tangkap ke atas diri Eyra. Apa pula ujian yang perlu dia hadapi kali ini? Kenapa semuanya menjadi kacau bilau seperti ini?

Siapa dalang semua kejadian ini sebenarnya? Kenapa dia perlu tanggung semua ini? Otaknya tidak dapat mentafsir punca kejadian-kejadian itu berlaku. Dia hanya menuruti apa yang diminta oleh pihak polis.

Kalau dia betul-betul tidak bersalah untuk apa dia takut untuk maju ke hadapan. Eyra memandang wajah abang dan kakak iparnya berselang seli. Dia tahu mereka turut sedih dengan kejadian ini.

Pada masa yang sama, Zafrey dan Aina baru sahaja sampai di hospital itu. Mereka berlari ke arah Eyra yang diiringan tiga orang polis. Hanya Allah yang tahu perasaannya saat itu. Rasa takut dan juga malu dengan kawan-kawannya.

Tahun inilah dia banyak menitiskan air mata selain daripada tahun pemergian ibu bapanya. Aina terus memeluk diri Eyra. Dia berusaha untuk memberikan sumber kekuatan kepada Eyra.

"You sabar ya Eyra. I tahu you tak salah. Percaya, Allah akan sentiasa ada untuk orang yang tabah. I pun terkejut baru tahu benda ni tadi"ucap Aina.

Eyra mengangguk lemah. Aina selalu sahaja memberikan kata perangsang untuk dirinya selain daripada Aaron. Itulah sumber kekuatan Eyra. Mempunyai seorang sahabat yang cukup ikhlas bersahabat dengannya.

"I janji Eyra. I akan tolong you. I tahu you tak bersalah"kata Zafrey.

Dari mata Zafrey, dia menemui keikhlasan yang dia cari. Walaupun mereka sering bertikam lidah, Zafrey tetap baik terhadapnya. Eyra tidak tahu kenapa dirinya dituduh memulakan kebakaran itu namun dia tetap akur kerana dia pasti kebenarannya akan terdedah juga.

Mereka melihat senyuman hambar Eyra sebelum gadis itu kembali berjalan dengan tiga orang polis di sampingnya sehinggalah gadis itu hilang dari pandangan mereka.

Seharian itu, Zafrey memikirkannya. Dia mahu membela diri Eyra tetapi belum menemui bukti yang kukuh bagi menentangnya. Semua bukti yang ada malah berpusat pada diri Eyra.

Seolah-olah semuanya dirancang agar Eyra dituduh bersalah.

Melalui apa yang didengarinya, Eyra dituduh bersalah disebabkan bukti kukuh yang menemui jam tangan milik Eyra yang berada di tempat punca kejadian kebakaran itu berlaku.

Memang betul jam tangan yang diterimui milik Eyra tetapi dia mengatakan dia terlupa untuk memakainya kembali setelah mencuci tangannya. Tetapi kenyataan tidak cukup kuat untuk membuktikan dia tidak bersalah.

Manakala bukti kedua yang menyebabkan mereka berkeras menyatakan Eyra puncanya adalah perbualan yang didengari oleh salah seorang saksi tentang perasaan Eyra terhadap Aaron.

Tak tahu pula soal hati dan perasaan boleh masuk mahkamah. Keadaan inilah yang menjadikan pihak polis mempunyai alibi yang kukuh untuk mendakwah Eyra. Buat kali pertamanya, Eyra tinggal di dalam penjara sehingga kes ini selesai.

Tidak pernah dia berfikir bahawa dia akan tidur di tempat sebegini. Andai ibu bapanya masih hidup pasti mereka tidak dapat tidur kerana memikirkan anak gadis mereka berada di dalam lokap.

"Tak sangka orang cantik macam kau pun masuk lokap, eh?"perli salah seorang banduan yang berada di dalam sel yang sama dengannya dan mukanya dipegang dengan kemas.

Sungguh Eyra cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya. Malah, dia kedua tangannya dipegang oleh dua orang lagi banduan yang lain. Wanita yang bertindak kasar terhadapnya itu mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Matanya membulat melihat pisau lipat berada di tangan wanita itu. Dia tersenyum sinis dan cuba untuk mencalarkan wajah Eyra dengan pisau itu tetapi terhenti apabila seorang banduan wanita yang sedang mengikat rambutnya bersuara.

"Kau memang tak ada kerja lain selain nak buli orang?"perli wanita itu.

"Kau diam perempuan! Ke kau nak aku calarkan juga muka kau?"katanya bernada sinis.

Wanita itu bukan sahaja diam, malah tersenyum sinis. Malas mahu bertikam lidah dengan para banduan sebelum hari pembebasannya tiba nanti. Disebabkan sikapnya itu, wanita yang tadinya dia tentangi berasa marah dan bangun untuk menumbuknya.

Akan tetapi tindakannya terhenti apabila pengawal penjara masuk dan memarahinya. Eyra dipanggil untuk keluar dan berjumpa dengan penguam belanya.

Dia masih lagi gelisah walaupun ada penguam bela yang sanggup untuk membantunya bebas dari neraka dunia itu. Seseorang memulas tombol pintu bilik itu.

Dia hanya menunggu penguam belanya untuk masuk dengan wajah menunduk. Tidak pasti akan pandangan orang itu terhadapnya nanti. Mungkin juga jijik walaupun dia datang bertujuan untuk membelanya.

"Wow, tak sangka kes pertama yang i kena selesaikan di Malaysia ini adalah kes ada kaitan dengan you"katanya setelah meletakkan beg bimbitnya di atas meja.

Eyra kenal dengan suara itu. Suara orang yang selalu mencari masalah dengannya dan orang itu tak lain dan tak bukan adalah Zafrey. Bila pula lelaki jadi penguam bela? Tak pernah tahu pun?

"Bila masa you jadi penguam bela?"soal Erya.

"First i dengar ada defenden yang tanya soalan dekat penguam bela dia and bukan penguam bela yang tanya soalan. Kan i dah janji akan tolong you keluar,kan? One more think, you tak pernah tanya pun i kerja apa. Kenapa? Dah ready nak masuk meminang ke?"kata Zafrey sebelum mereka memulakan sesi perbualan antara penguam bela dan defenden dengan sepatutnya berlaku.