Zafrey masuk ke dalam bilik rawatan Eyra. Dia cuba menenang dirinya agar tidak terlihat sendiri di hadapan mereka semua. Biarlah hanya dia yang mengetahuinya sebelum dia mampu mendapatkan penawar untuk menyembuhkan diri Eyra. Kali ini dia memerlukan bantuan Aina.
Hanya dia insan yang boleh dia percayai kali ini. Hal itu perlu dirahsiakan dulu daripada abang dan kakak ipar Eyra supaya mereka tidak risau dengan keadaan Eyra.
"Zafrey, apa yang doktor cakapkan dekat kamu?"soal Erma.
"Err.. tak ada apa pun. Cuma buat sementara waktu ni doktor harap pihak kami kurangkan tekanan kepada Eyra supaya kesihatan dia tidak terjejas".
Dia tahu dia telah berbohong kepada Kak Erma dan Abang Zhariff tetapi ini untuk kebaikan mereka juga. Zafrey mencubit bahu Aina untuk mengajaknya berbual di luar.
Aina mengerli pada Zafrey yang mencubitnya itu. Awalnya dia tidak faham dengan sikap Zafrey itu sebelum menangkapnya.
"Maaf ya Kak Erma, Abang Zhariff. Saya nak pergi ada mesyuarat lepas ni. Saya minta diri dulu,ya?"kata Aina.
Terima kasih kepada Zafrey. Aina turut sama menipu mereka. Aina bersalaman dengan Kak Erma dan kemudiannya keluar daripada bilik itu. Selang beberapa minit kemudian, Aina menghantar pesanan kepadanya untuk berjumpa di kafe yang terletak di seberang hospital.
"Lupa pula hari ni ada perjumpaan dengan klien, saya pergi dulu ya"kata Zafrey.
"Biasalah lawyer. Mesti sibuk memanjang,kan? Kamu pergilah. Lagipun akak kan ada untuk jaga Eyra"kata Kak Erma dengan mesra.
Setelah selesai bersalaman dengan Abang Zhariff, dia segera keluar daripada bilik itu untuk bertemu dengan Aina di tempat yang dijanjikan. Dia masuk ke dalam lif supaya boleh sampai dengan lebih cepat.
Di dalam lif itu, ada seorang doktor lelaki yang memakai penutup mulut. Doktor itu juga mengenakan kaca mata. Kalau dilihat dengan mata kasar, doktor itu mungkin doktor pelatih kerana kelihatan masih lagi dalam lingkungan usia dirinya.
Bunyi telefonnya yang berdering mengejutkan Zafrey. Di menyelup telefon di dalam poket seluarnya. Jelas kelihatan nama Aina terpapar di skrin telefonnya. Mungkin Aina menelefonnya kerana terlalu lama menunggu.
"Hello, Aina. Kejap lagi sampai. I tak boleh nak turun awal tadi sebab tak nak dorang pelik pula"kata Zafrey.
Nampaknya terpaksanya dia memberitahu hal itu sekarang juga memandangkan Aina masih ada urusan lain untuk diselesaikan.
"Oklah, i cakap sekarang memandangkan you tengah sibuk. Eyra sebenarnya kena suntik dengan racun ular. You ingat tak, masa kebakaran dulu, Eyra cakap dia kena suntik sebelum dia pengsang. Sebenarnya itu racun ular"kata Zafrey.
Zafrey tahu Aina pasti terkejut mendengarnya. Tetapi hanya Aina yang boleh menolongnya kini sementara dia mencari cara untuk membebaskan Eyra dari tuduhannya.
Beberapa minit kemudian perbualan itu dimatikan. Zafrey menunggu pintu lif itu untuk terbuka tetapi lif itu terasa seakan-akan sahaja berhenti bergerak.
Dia menekan butang bahagian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Mereka memintanya untuk menunggu selama lima minit sebelum bantuan tiba.
Zafrey menyandarkan tubuhnya pada dinding lif. Doktor yang ada bersama dengan Zafrey tidak menunjukkan reaksi. Malah, tak juga dia bersuara. Ada juga ke doktor pendiam macam ni?
"Ada apa-apa masalah ke doktor?"soal Zafrey kepadanya.
Akan tetapi soalannya itu tidak dihiraukan. Sombong betul. Tahulah doktor tapi tak payah nak berlagak macam tu sekali. Beberapa minit kemudian pintu lif itu berjaya dibuka.
"Terima kasihlah encik. Kalau encik tak datang ni saya tak tahulah kami boleh keluar ke tak nanti"kata Zafrey kepada lelaki yang membuka pintu lif itu.
"Apa maksud tuan, kami? Bukan tuan seorang ke dalam lif ni?"soal lelaki itu.
"Taklah saya dengan...". Baru sahaja dia ingin menunjukkan keberadaan doktor yang tadinya ada di dalam itu, doktor itu ternyata telah lesap dari dalam lif itu.
Cepat betul menghilang. Mengalahkan pelesit. Malas mahu memikirkannya, Zafrey mengambil keputusan untuk menyelesaikan kes Eyra dahulu. Dia perlu membuktikan bahawa diri Eyra tidak bersalah.
Dia perlu mencari bukti. Di mana lagi kalau bukan di tempat kejadian kebakaran itu berlaku. Zafrey memandu keretanya untuk ke dewan perkahwinan yang telah terbakar.
Teruk juga ledakan yang berlaku sehingga meruntuhkan dewan sebesar itu. Jelas kelihatan bangunan itu telah rentung disambar api yang besar.
Dia perlu ke bilik tempat Eyra di kurung. Mungkin dia akan menjumpai bukti di sana nanti. Sampai sahaja di bilik itu, mata Zafrey mula bekerja dengan melihat-lihat di kawasan sekitar Eyra dikurung.
Sedang leka dia mencari, kakinya terasa terpijak sesuatu. Zafrey mengalihkan kakinya. Berkerut kening Zafrey melihat sebatang jarum yang biasanya digunakan untuk memberi suntikan ada di atas lantai itu.
Hampir sahaja dia mengambil jarum itu sebelum mendengar bunyi seseorang yang terpijak sesuatu di luar bilik itu yang pintunya telah tercabut akibat ditendang Zafrey dahulu.
Zafrey mengambil jarum suntikan itu sebelum mencari orang yang berada di dalam bangunan itu selain daripada dirinya. Siapa pula yang datang di tempat kejadian kebakaran itu?
Zafrey keluar daripada bilik itu untuk mencari tahu siapa sahaja yang berada di luar.
"Ring!!!!"
Bunyi telefon Zafrey menghentikan langkah dirinya untuk menjawab panggilan itu. Rupanya orang yang menelefonnya adalah Aina. Kalau Aina yang menelefonnya tidak lain dan tidak bukan berkenaan dengan Eyra.
Entah dirinya terasa seperti diperhatikan. Seperti seseorang berada di belakangnya. Jantungnya berdengup laju. Dia berpusing secara perlahan-lahan untuk memastikan tiada orang di belakangnya.
"Fuh! Tak ada orang. Perasaan aku je kot"omelnya sendiri lalu mengangkat panggilan telefon dari Aina itu.
Hal itu sudah cukup mendebarkan untuk Zafrey tetapi ada perkara yang lebih mengejutkan lagi. Eyra kini berada di dalam keadaan yang tidak stabil. Dia sedang bertarung nyawa. Menurut doktor alat pernafasan yang dipakai oleh Eyra seakan-akan sengaja dilepaskan.
Tidak lama kemudian Zafrey sampai di hospital untuk memastikan keadaan Eyra yang sebenarnya. Kebetulan pula apabila Zafrey tiba doktor telah keluar daripada bilik rawatan Eyra.
"Macam mana keadaan adik saya doktor?"soal Zhariff yang cemas.
"Encik jangan risau. Eyra telah stabil sekarang"kata doktor itu.
Takut juga mereka akan betul-betul kehilangan Eyra tadi. Malah, Zafrey sendiri tidak henti-henti berharap agar Eyra selamat sepanjang perjalanan dia ke hospital itu.
Seketika waktu kemudian, Abang Zhariff dan Kak Erma masuk ke dalam bilik rawatan Eyra. Zafrey duduk di atas kerusi luar bilik itu bersama dengan Aina yang turut resah sebentar tadi.
"I betul-betul tak faham. Kenapa semua ni mesti jadi masa majlis perkahwinan i dengan Aaron. Mungkin Allah nak tunjuk pada i yang jodoh Aaron bukan i tapi Eyra"kata Aina yang rasa sebak mengenangkan dirinya sendiri. Titisan air mata mula kelihatan di wajah Aina itu.
Zafrey mengalihkan perhatiannya memandang Aina. Dia kenal dengan Aina. Gadis itu tidak mudah mengalirkan air mata kecauli hal itu terlalu menyakitkan untuk dirinya.
"You tak boleh fikir macam tu, Aina. Kalau you percaya Aaron memang betul-betul belahan jiwa you pada akhirnya korang akan bersatu walaubagaimana pun jua keadaannya. You kena yakin dengan takdir you, Aina"kata Zafrey yang mahu mengembalikan semangat yang telah hilang dari diri Aina.