Chereads / Dark Room (Aplikasi) / Chapter 5 - Lumpuh

Chapter 5 - Lumpuh

Eyra tersedar daripada pensangnya. Namun matanya tidak dapat dibuka kerana terdapat ketulan asap tebal di sekitar bilik itu. Dia tahu asap pasti berpunca daripada kebakaran yang telah berlaku.

Gadis itu cuba untuk bangun tetapi tidak berjaya kerana seluruh badan terasa tidak dapat digerakkan. Memang dia tidak diikat tetapi badannya umpama hilang keupayaan untuk bergerak. Tidak! Dia perlu cari jalan untuk keluar dari tempat itu.

Dia teringat akan kejadian sebelum dia sedar. Seseorang yang telah menghalangnya daripada keluar dari tempat itu. Pasti orang itu telah memasukkan sesuatu ke dalam suntikan sehingga membuatkan seluruh badannya tidak dapat bergerak.

Matanya meliar mencari jalan untuk keluar dari tempat itu. Kelihatan sebuah kerusi berada berhampiran dengannya. Ingin sahaja dia mencapai kerusi itu tetapi tangannya langsung tidak dapat digerakkan.

Air mata Eyra mengalir. Adakah ini adalah pengakhiran untuk hidupnya? Dia tersedar ada bom jangka masa diletakkan di atas kerusi itu. Nampak kebakaran itu berlaku bukan dengan tidak sengaja tetapi sengaja dilakukan.

Semua ini adalah perangkap untuk si pembunuh membunuh dirinya. Dia pasrah andai itu adalah detik untuk dia meninggalkan muka bumi ini. Tapi ada satu hal yang kini dia kesali. Aaron. Aaron masih belum dapat dikesan. Di manakah lelaki itu berada?

Adakah semua kejadian ini bertujuan untuk menutupi hilangnya Aaron? Tapi kenapa? Kenapa sasaran mereka mesti Aaron? Siapa orang ini sebenarnya? Dalam keadaan hatinya masih belum tenteram itu, seseorang menendang pintu bilik itu.

Cukup kuat sehingga membuatkan pintu itu pecah. Seketika kemudian mereka saling berpandangan sebelum mendengar bunyi setiap detik masa yang dipasang di bom di atas kerusi itu.

Eyra memerhati seutas tali yang berwarna putih diikat dengan bom jangka masa tersebut. Ternyata bom itu diikat dengan pemegang pintu. Nampaknya memang semua itu disengajakan supaya Eyra tetap akan mati di tempat itu.

"Eyra!"panggil Zafrey. Dia cuba menarik tangan Eyra untuk keluar namun gadis itu tetap tidak berganjak dari tempat duduknya. Zafrey aneh dengan sikap Eyra. Dalam keadaan genting seperti itu, boleh pula Eyra berdegil.

"Yang you nak degil sangat kenapa! You nak sangat ke mati dekat sini!"marah Zafrey yang geram dengan sikap degil Eyra itu.

Eyra menangis. Dia tahu pasti Zafrey ingat dia sengaja tidak ingin berganjak. Tetapi memang dia langsung tidak dapat bergerak. Apatah lagi bersuara. Siapa pun orang yang telah memperlakukannya seperti itu, dia bukan orang sebarang tetapi seorang profesional yang tahu akan ubat-ubatan sebegini.

Gadis itu sekali lagi mengeluarkan mata. Zafrey tidak faham punca Eyra menangis tetapi mereka perlu keluar dengan segera dari tempat itu sebelum bom jangka masa itu meletup.

Tanpa membuang masa, Zafrey mengangkat Eyra untuk dibawa keluar. Tinggal beberapa minit lagi sebelum bangunan itu betul-betul akan hancur. Zafrey terus tercungap-cungap semasa membawa Eyra keluar kerana mereka perlu keluar dari bangunan itu dengan lebih cepat.

Alhamdulillah, Zafrey dan Eyra berjaya keluar sebelum bangunan itu meletup. Letupan itu sangat dahsyat sehingga membuatkan tubuh Zafrey dan Eyra terpelanting. Eyra terjatuh daripada pegangannya dan tergolek beberapa kaki dari tempat Zafrey berada. Kepalanya terhantuk pada tiang.

Dia tidak lagi mampu menahan diri daripada rasa sakit di seluruh badannya. Gadis itu terus terlelap di situ. Banyak darah yang keluar dari kepalanya disebabkan hentakkan yang kuat di kepalanya.

Aina berlari ke arah Eyra. Zafrey cuba untuk bangun dan melihat keadaan Eyra. Dia mengangkat kepala Eyra yang terbaring kaku. Dia masih belum sanggup kehilangan sahabat yang cukup baik seperti Eyra.

Beberapa kali Aina mencuba untuk menepuk pipi Eyra untuk menyedar gadis itu tetapi tidak berjaya. Eyra masih tetap tidak menyedarkan diri.

Zafrey menghampiri mereka lalu mengangkat Eyra untuk dibawa ke ambulans yang telah pun berkunjung tiba bagi merawat luka beberapa orang tetamu dan pekerja yang cedera.

Dari jauh kelihatan beberapa orang sukarelawan menghampiri mereka dengan seorang doktor. Mereka mengambil Eyra dari Zafrey untuk dirawat. Zafrey tahu dia baru sahaja kenal dengan Eyra tetapi dalam masa yang singkat itu dia berasa cukup selesa untuk mengenali gadis seperti Eyra.

Aina memapah Zafrey yang cedera di bahagian kaki. Niat lelaki itu memang bertujuan untuk menyelamat sahabatnya baiknya tetapi keadaan Zafrey juga memerlukan rawatan agar tidak terinfeksi.

Dia dibantu oleh beberapa orang jururawat untuk merawat dan membalut luka di kakinya. Mata Zafrey tidak henti-henti melihat Eyra yang dirawat beberapa jarak daripadanya.

Entah kenapa saat dia melihat gadis itu berkeadaan seperti itu, hatinya terasa cukup sakit. Malah, bila dia teringat Eyra yang menangis saat Zafrey menemuinya cukup membuatkan hatinya luluh.

Sedang dia leka memerhati Eyra, Aina datang dengan wajah yang cukup gelisah. Tidak pasti apa yang telah terjadi pada Eyra tapi kata-kata doktor yang tadinya merawat Eyra cukup menganggu diri Aina.

"You kenapa Aina? Ada masalah ke?"soal Zafrey kepada Aina.

"Eyra, Zafrey. Dia lumpuh"kata Aina.

Zafrey memang sangat terkejut waktu itu. Patutlah Eyra tidak segera bangun semasa dia menemuinya. Tapi kenapa Eyra tak beritahu tentang hal itu pada dia tadi. Jadi tak adalah dia nak marah-marah dengan Eyra.

"Tapi bukan lumpuh biasa. Untuk sementara waktu ni bukan setakat badan dia tak dapat nak gerak malah suara dia pun sama. I tak tahu apa sebenarnya terjadi dengan Eyra tapi pelik sebab seluruh badan dia lumpuh hanya sebab terlanting"kata Aina.

"Tak Aina. Badan Eyra bukan lumpuh sebab terpelanting. Tapi sebelum tu lagi badan dia dah tak dapat nak gerak. Malah masa i jumpa dia, dia langsung tak bercakap. Sekarang i faham kenapa dia tak cakap masa i jumpa dengan dia"kata Zafrey kepada Aina.

Kedua-dua sahabat Eyra itu merasakan ada sesuatu yang masih belum dapat mereka jelaskan. Hanya Eyra yang tahu dengan semua kejadian itu. Mungkin gadis itu ada jawapan untuk kejadian itu.

"Cik, ni kertas cik? Kami jumpa dekat dalam tadi"soal seorang anggota bomba yang membantu memandamkan api kebakaran.

Aina mengambil kertas itu. Kertas yang tadinya adalah surat pemberian Aaron kepada Eyra. Simbol misteri yang masih belum diketahui maknanya oleg Zafrey dan Aina. Namun yang jelas, hanya Eyra yang tahu tentang segalanya yang berlaku.

Zafrey merenung kosong simbol itu. Dia rasa dia pernah lihat simbol itu tetapi lupa di mana dia pernah melihatnya. Pandangannya dialihkan pada Eyra yang masih lagi terbaring kaku. Beberapa orang petugas memasukkan Eyra ke dalam ambulans untuk dibawa ke hospital.

"Siapa you Eyra?"kata Zafrey secara tiba-tiba.

Persoalan yang ligat bermain dalam kepala Zafrey sekarang ini. Kenapa mesti Eyra yang tahu akan semua kejadian ini? Kenapa surat itu dikirim kepada Eyra sedangkan dia sendiri tidak tahu makna disebalik simbol itu. Siapa Eyra?