Chereads / Nafas yang itu. / Chapter 5 - Chapter 5

Chapter 5 - Chapter 5

' Fik, Saya nak minta maaf. Tapi saya rasa saya perlu bagitahu benda ni. Saya tak nak nanti awak anggap saya bukan-ii. Daripada awak dengar cerita yang tak best pasal saya, ada baiknya kita putus. Tapi, awak tetap kawan saya.' Hana menyusun ayat. Sebolehnya dia cuma berlembut supaya tidak ada hati yang terlalu kecewa. ' Saya betul-ii minta maaf Fik.'

'Kenapa? awak ada orang lain ke Hana? Tanya Fik sinis. 'Tak, punya saya nak putus bukan sebab saya ada orang lain. Tapi secara jujurnya, saya memang rapat dengan seorang lelaki ni Fik. Budak sekelas saya. Saya risau makin lama , saya makin suka dia.' Balas Hana jujur.

Kedengaran suara Fik semakin tinggi dicorong telefon. 'Suka hati kau awak la. Saya malas nak paksa orang sayangkan saya. I wish you happy with your choice.' Ganggang diletak kasar.

Hana lega. Terasa seperti satu beban hilang tiba-ii. Dia mengaku. Mungkin dalam hal ini, dia bersalah. Tapi bukan dia tak pernah cuba untuk sayang seorang lelaki bernama Fikri. Walaupun dua kali Fikri curang dengannya. Tapi dia masih lagi bertahan. Masih sudi untuk memaafkan bekas kekasihnya itu. Tapi kali ini dia bertindak untuk dirinya sendiri. Dia mahu mencari bahagia.