'Saya 838300 LK KOM Muayyiiz bin Hamdan melapor diri untuk bertugas di unit baru Tuan !'. 10 tahun Ayiiz berkhidmat dalam pasukan keselamatan atau lebih tepat lagi dalam bidang ketenteraan membuatkan Ayiiz lebih suka untuk fokus kepada diri sendiri dan keluarga sahaja. Dek kerana tugas beliau yang sentiasa sibuk dan kurang masa, Ayiiz tiada masa untuk kenal dengan orang baru.
'Hana?'. Ayiiz terpaku. Wajah yang hampir 11 tahun dia rindukan itu kini betul betul ada di depan matanya. Dengan seragam sama yang dipakai Ayiiz "Eh, betul ke Hana ea..dah 11 tahun aku tak jumpa. Mustahil lah depan aku ni dia. Kau rindu sangat pada dia ke Ayiiz? Sampai teringat ingat dia ni. " Soal Ayiiz sendiri dengan perlahan. Ayiiz tersenyum malu sendiri.
'Hana !, jom kita makan kat gerai selalu tu'. Seorang gadis menegur Hana yang sedang fokus menghadap komputer riba seraya mematikan senyuman Ayiiz yang dari tadi berdiri tidak jauh dari mereka berdua.
Perlahan Ayiiz menghampiri Hana. Debar didada bukan kepalang.
'Aaa, aaawak..' berhati hati Ayiiz menegur.
Hana yang sudah sedia untuk berjalan bersama kawannya itu juga tersentak, diam terpaku. Tidak mahu terlihat terlalu terkejut, Hana mengukir senyuman. 'Ye saya, emm siapa dan kenapa ya?'. Keduanya diam tidak berkutik. Masing masing terkejut.
'Allahuakbar, rindunya..' Ayiiz terus menatap wajah mulus Hana. Walaupun bertahun tidak berjumpa, mana mungkin dia lupa wajah yang sangat dia rindukan itu. 'Hana, awak ingat saya tak?' Soal Ayiiz mahu tahu.
'Emm, maaf. Saya tak berapa ingat. Siapa ea?' Dalam suara terketar Hana cuba menahan perasaan. "Kenapa la sekarang, setelah bertahun aku cuba menjauh dari dia. Kenapa ya Allah".
'Awak tak ingat saya?, saya ni Ayiiz, Na..' lembut tutur kata Ayiiz tapi dalam masa yang sama penuh mengharap agar Hana kembali ingat dirinya.
'Maaf Ayiiz, saya kene pergi. Ada jodoh kita jumpa lagi'. Balas Hana. "Allahu, kenapa aku cakap macam tu tadi?, eee Hanaaaa!". Marah Hana, malu dalam hati.
'Adik, kamu dah berkhidmat lama dalam tentera. Tapi ibu tak pernah nampak pun adik keluar dengan siapa siapa, kenalkan ibu dengan sesiapa. Adik tak teringin ke ada isteri macam kawan kawan adik yang lain?' Soal ibu Ayiiz. Ayiiz hanya diam. Bukan dia tak mahu menamatkan zaman bujangnya, tapi dirinya menolak setiap wanita yang cuba kenal dengannya. Dalam hati dan fikiran Ayiiz, cuma ada nama Hana. Terasa begitu pentingnya Hana dalam hidup sehinggakan sudah 12 tahun pun dia sukar untuk akan gadis itu.
'Macam ni la, kalau tak ada calon biar ibu yang carikan jodoh buat adik ye?. Ibu ni dah makin tua. Ibu nak sangat sebelum tutup mata. Ibu dapat lagi sorang menantu. Boleh ke adik?' Soal ibu penuh berharap. 'Terpulang la pada ibu, adik okay je dengan siapa pun pilihan ibu'. Ayiiz tawakal. Mungkin nanti pilihan ibu itu adalah yang terbaik untuk dirinya. Dia senyum dan pasrah.
'Baik semua, jadi kita dah setuju lah ye untuk hantaran dan tarikh? selebihnya nanti kita biar mereka yang uruskan'. Akhirnya Ayiiz ditunangkan dengan wanita pilihan ibunya. Tanpa dia tahu siapa. Dia juga tidak hadir ke upacara tersebut dek tuntutan kerja. Semuanya ditentukan bulat bulat oleh keluarganya.
Sudah dua bulan usia pertunangan Ayiiz bersama bakal suri rumah nya. Namun dia masih belum kenal siapa gerangan tunangnya itu. Deringan di telefon bimbit mematikan lamunan Ayiiz.