Chereads / Nafas yang itu. / Chapter 6 - Chapter 6

Chapter 6 - Chapter 6

' Hana, kau dah putus ke dengan Fik?' Tanya Amir. Kawan rapat Ayiiz. Hana terdiam. Setahu dia, hanya dia, rakan baiknya Aina Dan Fik sahaja yang tahu tentang perkara itu. Tidak pula dia cerita kan kepada sesiapa. Dia hanya senyum sebagai tanda menjawab soalan. "Faham² jelah Amir". Bukan apa, dia tidak mahu orang lain salah anggap. Andai kata dia bercerita kepada yang lain, sudah pasti mereka menganggap yang dia putuskan hubungan dengan Fik kerana dia ada hubungan dengan Ayiiz. Maka dia mengambil keputusan untuk terus senyap.

'Aina, kau ke yang bagitahu Amir aku dah putus?' agak tinggi nada Hana kepada rakannya itu. Aina mengangguk perlahan. 'Sorry Hana..aku tahu Ayiiz tu tunggu kau. Obvious sangat. Aku tahu yang kau pun sukakan dia. Tapi kau terikat dengan Fik..lagipun kau langsung tak pernah ada perasaan dekat Fik kan..lagi satu Hana. Kau tak payah la fikir apa orang akan cakap. Ada diorang tahu yang Fik pernah curang bagai? Diorang tak tahu naa..Kau yang hadap semua tu. Dah, sekarang ni masa untuk kau fikir diri kau okey. Aku sayang sangat kau. Aku nak kau happy. Itu je'. Panjang lebar Aina explain. Hana cuma diam. "Betul jugak apa yang Aina cakap". 'Tapi Aina, aku taknak orang salah faham. Nanti orang ingat aku putus sebabkan Ayiiz. Aku taknak.'

'Kan aku cakap tak payah fikir orang, yang nak bahagia kau. Abaikan la orang lain tu Hana.' Aina memujuk lembut. Dia tahu rakannya itu sentiasa meletakkan orang lain dia hadapan. Seringkali mendahulukan orang lain dari dirinya sendiri.

Hana tersenyum kelat. Dia berjalan menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya sebelum tidur.

Hari jumaat merupakan hari yang paling ditunggu oleh pelajar asrama. Hari untuk pulang ke rumah. Hana Dan Aina melangkah ke bilik dimana buku² rekod pelajar asrama dikumpulkan. Sudah menjadi rutin mereka untuk mengambil buku semasa pelajar lelaki sudah keluar untuk solat jumaat. Tidak lah sesak sangat.

Sedang mereka mencari buku rekod, kedengaran nama Hana dipanggil. Hana tidak bergerak walaupun seinci. Dia cuba mencari punca bunyi. Puas dia cari. Tetap dia tidak dapat pastikan siapa yang memanggil namanya. Hana kembali mencari buku. Hampir 5 minit mencari , dia jumpa buku rekodnya. Hana keluar dari bilik itu. Dia terkejut, Ayiiz dihadapannya sedang tersenyum kambing. ' Hai Hana, Saya panggil awak buat tak reti je ek?'

' Oh ada ea? Hana menyoal Ayiiz semula. ' Awak panggil saya kenapa Yiiz? kenapa tak pergi solat jumaat? soal Hana.

'Eh, awak tengok jam awak. Pukul 2:45 dah. Tulah tu, banyak berangan' Ayiiz geleng kepala.

'Oh, haah la hehehe.' Giliran Hana menepuk dahi sendiri. "Hana². Confident sangat kau pun haish."

'Hana..' lembut Ayiiz memanggil Hana. Dia senyum. Memandang Hana yang jaraknya Hana dua depa darinya. Hana hanya memandang, menunggu apa yang Ayiiz mahu kata. 'Hana..sebenarnya, saya minat dekat awak. Saya tahu mungkin bagi awak terlalu cepat untuk saya jatuh hati. Tapi saya nak awak tahu. Banyak sebab saya tertarik pada awak. Betul, awak seorang yang kasar, tak macam perempuan lain. Banyak lagi naa sebab saya sukakan awak. Saya cuma nak awak tahu, saya dah mula sayangkan awak.' Ikhlas pengakuan yang dibuat Ayiiz. Hana seperti biasa. Hana diam. Tapi dalam masa yang sama, hatinya berbunga. Dia juga pelik tentang perasaannya.

'Ayiiz, saya juga sukakan awak. Tapi saya tak sure samada sesuai atau tak kita teruskan langkah buat masa sekarang. Saya rasa macam terlalu awal.' Hana membalas perlahan.

'Takpe Hana, start dari harini. Awak kawan baik saya okey.' Ayiiz tersenyum lebar. Sungguh, apa yang dia rasa untuk Hana sebenarnya lebih lagi dari seorang kawan.