Chereads / Nafas yang itu. / Chapter 7 - Chapter 7

Chapter 7 - Chapter 7

Hari berganti hari, hubungan Hana Dan Ayiiz semakin rapat. Mereka juga lebih mesra dari sebelumnya. Setiap petang, mereka akan ke pondok sekolah untuk mengulangkaji pelajaran bersama Amir dan Aina. Disebelah petang pula, mereka akan keluar beriadah. Tetapi bukan bersukan bersama. Ayiiz merupakan Kapten bola sepak sekolah. Hana pula Kapten bola baling. Mereka berkongsi padang untuk berlatih sukan. Hubungan mereka terlalu rapat sehinggalah pada suatu hari, hubungan mereka diuji.

Syaf , pelajar junior tertarik dengan Ayiiz. Bukan dia tidak tahu mengenai Ayiiz dan Hana. Tetapi kemesraan mereka berdua dilihat sebagai sesuatu yang menarik. Ya, sangat menarik. "Bahagianya aku tengok Kak Hana dengan Ayiiz, apa perasaan kalau aku ada ditempat Kak Hana ek?". soal Syaf kepada diri sendiri.

Sejak dari hari itu, Syaf nekad. Dia ingin tunjuk hebat kepada rakan²nya. Dia akan pastikan bahawa Ayiiz jatuh ditangan dia.

'Ayiiz, aku rasa kau tak sesuai la dengan Hana. Dia tu dah la macam jantan. Kasar. Bukannya lawa sangat pun Yiiz. Ramai lagi la perempuan minat kat kau. Entah la, dari awal aku rasa kau ni betul² bodoh sebab pilih Hana.' Acap, rakan sekelas mereka mula mempengaruh Ayiiz.

Ayiiz diam. Kata² Acap betul² menduga hati lelakinya. Betul, Hana bukanlah begitu cantik. Ramai lagi yang cantik. Dia ada rupa. Dia layak untuk dapat yang lebih cantik dari Hana. Tapi dia tahu. Hana tetap lain daripada yang lain. Hana begitu istimewa dihatinya.

Namun, dalam masa yang sama. Ada yang tidak mengaku kalah. Syaf !. Dia akan cuba apa jua cara untuk dia dapatkan Ayiiz. Lelaki yang dipujanya itu. Berbekalkan sifat yang manja dan rupa yang cantik.. " Apa salahnya perigi cari timba kan.?" Dia berjalan penuh yakin.

' Hai abg Ayiiz, Saya Syaf.'

'Oh, hai Syaf'. Ayiiz membalas.

'Emm, abg Ayiiz dengan Kak Hana ea? Sorry to say , but I thought you have a good taste. Tapi rupanya tak.' Syaf ketawa.

Ayiiz tersentak. Kenapa sekarang ada yang menduga hubungan mereka?

'Tak ada taste?' Ayiiz menyoal Syaf.

'Iye, abang tahu tak. Ramai perempuan minat abang. Abang ada rupa. Ada lebih dari orang lain. Abang layak dapat perempuan yang lagi cantik la. Cuba abang bayangkan ek.. Kalau abg bercinta dengan orang yang sepadan dengan abang. Semua orang akan respect abang.' Syaf memulakan misinya.

Ayiiz berlalu pergi. Dalam dia berjalan dia kembali mengamati segala kata² Syaf. Bukan hanya Syaf, malah ramai lagi kawan² nya yang berkata begitu. Hatinya mula berbelah bagi.

Akhirnya Ayiiz termakan kata² semua yang tidak suka akan dia dan Hana.

Hubungan mereka renggang. Hana pelik. Dia sama sekali tidak tahu titik punca mengapa hubungan mereka begitu. Ayiiz semakin menjauh darinya. Setiap kali dia cuba untuk berbincang dengan lelaki itu. Setiap kali itu jugalah Ayiiz mengelak untuk bertemu. Hana buntu.

"Ya Allah, apa salah aku ni?" Disaat dia sayang lelaki untuk pertama kali, saat itu juga Tuhan patahkan hatinya. Hana kecewa. Masakan tidak, bertembung juga Ayiiz cuba untuk mengelak. Inikan pula mahu diajak bertentang mata. Hubungan mereka tergantung tidak bertali. Ayiiz semakin dingin terhadap Hana. Dia seperti tidak mengenali lelaki itu. Apa yang menyebabkan Ayiiz berubah? Kemana pergi Ayiiz yang dulu? Ayiiz yang prihatin tentang dia. Dia tidak tahu.

Hana membuka akaun Facebook nya. Alangkah terkejut Hana melihat gambar yang keluar di depan mata. Dalam gambar tersebut, kelihatan Ayiiz bersama seorang perempuan yang biasa dia lihat. Terserlah kemesraan walau hanya dalam gambar. Hana kecewa. Mengalir airmata yang tak pernah dia tumpahkan untuk seorang lelaki yang bukan darah dagingnya. Belum sempat terubat rasa kecewa, sekali lagi dia kecewa melihat status yang baru sahaja bertukar dari 'in relationship' kepada 'single' melalui akaun Facebook Ayiiz. Hana pantas keluar dari akaun. Dia berkurung didalam bilik. Tidak pernah dia rasa patah hati yang begitu teruk. Tapi malam ini dia rasa. Kecewa, sangat kecewa. "Kalau ye pun, bagitahu aku. Ini tidak, tiba². Aku tak tahu apa punca." Deras air matanya mengalir.

'Abah, Mak. Akak rasa tak sihat la, boleh tak kalau akak tak balik asrama?' soal Hana. Jelas riak terkejut dimuka kedua orang tuanya.

'Something wrong somewhere ni. Selama ni kalau demam teruk pun Kakak still okey, tak pernah taknak balik asrama ni? Kenapa ni? Soal ayahnya lembut.

Hana senyum. Cuba menutup kesedihan yang dia rasa.

'Akak okey je la, harini rasa extra malas pulak hehe. Takpe la, akak kemas beg kejap. Pukul 5 abah hantarkan akak ye.'

'Okey kakak.' balas ayahnya.