Ayiiz termenung sendiri. Bertemankan sekeping gambar, dia menitiskan air mata tanpa dia sedar. 'Rindu betul saya pada awak, Hana.' Hampir setengah tahun sejak kejadian di tepi dewan. Sejak itu, Hana mula menjauhkan diri darinya. Sepatah yang ditanya, Hana cuma akan menjawab dengan anggukan atau gelengan. Seolah-olah tidak kenal akan Ayiiz. Ayiiz mati akal. Dia tidak tahu bagaimana untuk dia mengambil hati Hana semula. Dia tahu, dia tidak patut tinggalkan Hana di tepi dewan sendiri pada masa itu. Dia tahu Hana kecewa bila dia memilih untuk pergi kepada Syaf.
Hana nekad, dia perlu fokus untuk hidupnya. Meskipun hatinya telah patah dua. Sedaya upaya dia mencuba agar dapat dicantum semula. Dia perlu move on !. Dia perlu buktikan. Siapa yang tinggalkan dia, maka orang itu akan menyesal. Hana bukan seperti orang lain, membalas kecurangan dengan kecurangan. Baginya itu adalah tindakan orang yang tidak matang.
'Ayiiz, asal ea kau sanggup buat Hana macam tu?' Soal Aina mahu tahu.
' Aku tak ada apa yang boleh aku explain Aina. Terang-terangan aku bersalah. Kalau aku cuba untuk jelaskan, seolah olah aku cuba pusing cerita. Jadinya aku mengaku. Memang salah aku. Tak perlu aku buktikan apa². Tapi Aina, aku nak kau tahu satu. Kepada siapa pun aku pergi, dengan siapa pun aku berkawan, aku bersumpah. Pada kad undangan kawin aku, akan ada nama aku dan Hana. Ini janji aku Aina..Ini sumpah aku.' Ayiiz berlalu pergi dengan mata yang berkaca.
Cuti sekolah mula tiba. Ayiiz menyusun strategi untuk dia boleh luangkan masa dengan Hana semasa cuti. Namun Hana tidak termakan dengan pujukan Ayiiz.
Semasa berada di tingkatan 5, masa seolah berlalu dengan pantas. Sedar tak sedar, mereka ada beberapa minggu sahaja untuk menduduki peperiksaan penting, iaitu SPM.
Masih terngiang ditelinga Hana, sehari sebelum peperiksaan. Ayiiz mahu berjumpa dengannya. Walaupun Hana menolak. Ayiiz sedaya upaya memujuk Hana.
'Ish, paksa² orang kenapa awak ni? Banyak lagi la benda yang saya nak study. Apa yang awak nak ni?'. Walaupun rindu, hati perempuannya masih lagi terasa sakit akan kejadian setahun lepas.
'Hana, first of all saya nak minta maaf. Halalkan makan minum, segala apa yang awak pernah belanja saya sepanjang kita berkawan naa. Saya doakan awak jawab exam dengan tenang.' Ayiiz menutur ayat.
'Okey, sama saya pun Yiiz. Halalkan semua..Goodluck.' Hana berlalu pergi. Perbualan mereka tergantung. Ayiiz diam tidak berkutik. Saya rindu awak...Hana.
Tamat sesi persekolahan. Hana seronok, dia ingin bebas. Bukan bebas apa. Bebas dari terus melihat dan merindui seorang yang menolaknya dulu. Dia ingin terus lupakan Ayiiz, walaupun dia tahu. Dia perlu cuba sedaya upaya untuk melupakan Ayiiz. Berbeza pula dengan Ayiiz. Rasa sunyi dan sedih menyelubungi hari-harinya. Dia lebih suka waktu sekolah. Dia dapat melihat wanita kesayangannya itu. Walaupun hanya dapat melihat, dia tetap merasa bahagia.
Sejak dari hari pertama tamatnya sesi persekolahan. Hana dan Ayiiz tidak pernah berhubung. Mereka membuat haluan masing-masing walau hakikatnya mereka terlalu rindukan satu sama lain.
Keputusan yang keluar membuatkan kedua orang tua mereka bangga. Tetapi Hana mengambil keputusan untuk terus kerja, dia menolak untuk menyambungkan pelajarannya. Bagi dia, cukuplah dia sudah banyak membebankan ibu bapanya dari segi kewangan. Biarlah kali ini dia cuba untuk membalasnya. Dia ada pendiriannya sendiri. Asalkan dia happy, dapat meringankan beban keluarga. Dia akan gembira. Sudah tidak sanggup untuk dia berjauhan lagi dengan keluarganya.
Ayiiz pula hilang entah kemana. Hana pernah cuba mencari khabar yang terkini mengenai Ayiiz. Namun dia gagal. Mereka meneruskan hidup masing-masing.