Chereads / Nafas yang itu. / Chapter 3 - Chapter 3

Chapter 3 - Chapter 3

'Ayiiz, kelayakan awak ni membolehkan awak berada di kelas science. Saya rasa better awak duduk dikelas science 2. Arah guru kaunseling.

Minggu orientasi Tingkatan 4 merupakan minggu yang menyeronokkan. Manakan tidak, masa minggu orientasi je yang tidak belajar. Masa pun diisi dengan pembahagian kelas mengikut result Tingkatan 3.

Seminggu berlalu, kelas pun bermula seperti biasa. Keputusan PT3 Hana hanya melayakkan dia berada di kelas sains teknikal manakala Ayiiz berjaya menempatkan diri di kelas sains. Namun bagi Hana, kelas itulah yang dia minat. Tidak kisahlah sains teknikal pun. Asalkan dia enjoy dengan subjek yang ditawarkan di kelas itu. Berlainan pula dengan Ayiiz, dia tidak berapa seronok dengan kelasnya. Kalau boleh dia nakkan sains teknikal. Subjek yang ada terlalu berat untuk dia bawa. Dengan berbekalkan mulut yang manis dan pujukkan lembut kepada ketua guru Tingkatan 4, Ayiiz berpindah ke kelas sains teknikal. Sekelas dengan Hana !

'Baik, perkenalkan rakan baru kelas kamu. Muhamad Ayiiz Bin Hamdan'. Tersentak dengan maklumat itu, Hana mencebik. 'Ape benda la mamat ni. Elok dah haritu masuk kelas sains 2. Dah kenapa kesini pulak haih'. Hana mengomel. Masih terngiang kejadian di tepi dewan tempoh hari.