Chereads / SUMPAH SANG ULAR / Chapter 4 - Bab 4

Chapter 4 - Bab 4

BAB 4

Zaki dan Dilan baru pulang dari bandar. Mereka turun dari bas dan berjalan kaki menuju kedai runcit Mak Dah untuk mengambil motorsikal yang ditinggalkan di kedai itu.

"Wahhh! Bertuah kau dapat mata air cun melecun. Kalau bini kau dapat tahu kau makan luar, habis kau nanti." Kata Dilan. Hari ini, pemuda itu cuti. Katanya baru dapat gaji. Sesekali dia mengajak Zaki berjalan cuci mata di bandar.

"Biar pecah di perut. jangan pecah di mulut. Kalau si Anum tu tahu, kau yang aku cari dulu." Balas Zaki sambil menghidupkan enjin motornya.

"Bertenang Zaki. Masa kan aku mahu membocorkan hal itu kepada Anum. Kau kan sahabat aku. Kau boleh percaya kepada aku" ujar Dilan pula memujuk.

"Aku bukan apa, Lan. Kalau Anum tahu, sah-sahlah bapak mertua aku juga tahu. Nanti aku dihalaunya keluar dari rumah itu. Kau pun tahu, berapa sen sangatlah gaji yang aku dapat kerja di kilang sawit itu. Manalah cukup mahu menyewa rumah lain. Belum lagi makan minum aku dan belanja harian aku. Kau sendiri tahu, selama ini segalanya Anum yang menanggung aku"

" Hurmmm " Terdengar keluhan berat Dilan.

'Sudah tahu hidup susah. Masih lagi tidak sedar diri. Hidup bergantung dengan ihsan Anum. Menumpang duduk di rumah mertua. Ada hati mahu pasang lagi dua dan tiga' leter Dilan dalam hati.

"Apa yang kau menung tu, Lan?"

Dilan tersentak dengan teguran Zaki lalu dia hanya menggelengkan kepala.

Ketika mereka sudah masuk ke kawasan simpang 3 yang berhampiran dengan sebuah jambatan, Zaki tiba-tiba sahaja memberhentikan motornya. Dilan yang menjadi penumpang terkejut dengan tindakkan Zaki.

"Kenapa kau berhenti dekat sini?" Soal Dilan ingin tahu.

"Tu... Kau tengok tu" bibir Zaki memuncung menunjukkan arah di atas jambatan.

Dilan terus memandang ke arah atas jambatan. Ada seorang gadis yang berdiri di tengah-tengahnya sambil melambai ke arah mereka berdua.

"Cantiknya!" Puji Zaki. Bulat matanya memandang gadis yang berbaju kurung putih itu.

"Hei! Kau jangan macam-macam. Entah-entah tu hantu agaknya"

" Hantu apa, Lan? Jam baru 11 malam. Cantik mata air tu, Lan. Kau tak nak ke? Kalau kau tak nak, aku yang nak" ujar Zaki. Motor dicagakkan di tengah jalan lalu lelaki itu melangkah meninggalkan Dilan keseorangan.

" Dasar kaki betina begitulah rupanya. Mujur aku bukan begitu." Bebel Dilan

Zaki melangkah laju menghampiri gadis itu sambil tersenyum. Malam ini seperti mendapat rezeki yang tak di sangka-sangka.

"Boleh abang bantu awak?" Soal Zaki. Dadanya berdebar apabila terlihat sahaja raut wajah gadis itu.

"Saya Bunga" balas gadis itu tersenyum. Zaki teruja. Terasa dia sudah terpikat dengan gadis itu.

"Cantik nama awak. Secantik orangnya. Manis pula tu" puji Zaki melangit

"Sebenarnya Bunga mahu minta bantuan abang. Bunga baru sahaja pindah ke sini. Bunga tak jumpa jalan pulang ke rumah. Boleh abang bantu Bunga tunjukkan jalan?" Pinta Bunga. Lengan lelaki itu dirangkul manja. Zaki tergamam.

Malam itu angin bertiup agak kuat dan dingin sehinggakan rambut indah milik Bunga terbuai dan menampar wajah Zaki. Bau harum rambut gadis itu membuatkan Zaki asyik dan terleka.

"Hoi Zaki! Aku ni macam mana? Motorsikal kau pula?" Jerit Dilan tiba-tiba apabila terlihat Zaki melangkah pergi meninggalkan dirinya..

"Kau balik dululah. Bawa motor aku tu. Esok kau hantar ke rumah!" Balas Zaki pula.

"Kau nak ke mana tu?"

"Aku ada urusan sikit. Esok kita jumpa " kata Zaki. Kemudian lelaki itu terus menghilang bersama dengan gadis itu.

"Cari hal betul Zaki ni. " Bebel Dilan pula.

Tanpa membuang masa, Dilan terus menghidupkan enjin motorsikal dan terus bergerak laju pulang ke rumah tanpa menyedari Zaki berada dalam bahaya.

***

Siang esoknya..

"Assalamualaikum Zaki! Assalammualaikum!" salam sudah di berikan. Namun bayang Zaki tidak kelihatan.

"Walaikumsalam!" pintu dikuak dari dalam.

"Anum, Zaki mana? Aku nak pulangkan motorsikal dia ni. Di suruhnya aku pulangkan pagi ini juga"

Anum mengerutkan dahi.

"Abang Zaki tak balik malam tadi, Lan. Kan dia ke bandar bersama dengan kau" kata Anum. Wajahnya berkerut-kerut kerana terasa ada sesuatu yang tidak kena kepada suaminya.

"Dia sendiri suruh aku hantarkan motorkan ni ke rumah. Dia pula tiada. Sumpah Anum. Dia dah balik malam tadi."

"Kalau dah balik, mana orangnya? Atau dia melencong ke tempat lain?"

Soalan Anum membuatkan Dilan menelan air liurnya sendiri. Soalan itu menjerat lehernya sehingga dia merasa sukar untuk bernafas.

"Mana ada" Dilan cuba mengelak, namun Anum bukanlah perempuan yang mudah untuk ditipu.

"Aku kenal sangat Zaki tu, Lan. Dia laki aku. Apa sahaja yang tersorok dalam badan dia, aku tahu. Kau tak perlu nak sembunyikan dia, Dilan. Lebih baik baik kau beritahu aku dekat mana jantan tak guna tu. Biar aku ganyang dia cukup-cukup" Dilan mulai gelabah. Hatinya sudah menyumpah seranah temannya itu. Sudahlah buat hal di luar, dirinya pula tersangkut sama.

"Dilannn.. baik kau cakap. Kalau tidak dengan kau sekali aku ganyang."

Kecut perut hati Dilan melihat Anum sudah naik angin. Marah wanita bukannya boleh di anggap enteng. Membunuh pun dia sanggup. Sebelum lehernya disembelih oleh Anum, lebih baik dia berterus terang.

Kedua mereka terus membonceng motor menuju ke tempat di mana Dilan meninggalkan Zaki malam itu.

"Dekat sini aku tinggalkan Zaki." beritahu Dilan.

"Ini kan jalan nak menuju ke hutan tu. Apa yang dia buat di sana?" soal Anum lagi.

"Aku mana tahu. Dia tiba-tiba berhenti sebab nak tolong seorang gadis."

"Tak boleh jadi ni. Aku kena cari abang Zaki tu. Mari Lan, teman aku" ajak Anum sambil menarik pergelangan tangan Dilan.

"Ish, tak nak aku. Bahaya. Lagi-lagi kita berdua je yang ada dekat sini. Andai ada orang kampung yang lalu nampak kita dekat tempat sunyi macam ni, maunya kena kahwin percuma. Tak naklah aku"

"Dah tu, kita nak buat apa?"

"Lebih baik kita bagitahu Tok Jusoh dan orang kampung. Minta bantuan mereka cari si Zaki tu."

Anum mengangguk tanda setuju. Pantas mereka menaiki motor menuju ke rumah Tok Jusoh.

***

Pencarian giat dilaksanakan sehingga lewat petang. Namun kelibat Zaki tidak juga ditemui. Anum yang menanti ditempat kejadian sudah basah wajahnya dengan air mata. Tok Alang, ayah kepada Anum juga turut serta mencari menantunya yang hilang.

"Apa betul kau tinggalkan Zaki di sini, Dilan?" soal Tok Alang.

"Betul Tok. Dia yang suruh saya pulang dahulu dengan membawa motorsikalnya tu. Pesannya dia mahu saya bawakan motor itu ke rumah pagi tadi. Bila saya datang, Anum bilang Zaki masih tidak pulang dari malam. Itu yang saya pelik, Tok" Tok Alang hanya mengangguk-angguk. Kemudian, dia berjalan menghampiri Tok Jusoh dan berbisik.

"Aku punya rasa ada yang tidak kena. Rasa ada sesuatu yang buruk sudah terjadi kepada Zaki. Apa kau berfikiran yang sama?" soal Tok Alang.

"Hurmmm.. iya. Sepertinya mereka sudah mula mencari mangsa. Kita harus berhati-hati. Aku fikir, kita perlu hentikan pencarian ini sekarang kerana hari sudah lewat. Kita tidak boleh mencari Zaki dalam gelap. Silap-silap kita juga akan menjadi mangsanya" ujar Tok Jusoh sambil mengarahkan anak-anak buahnya berhenti dan pulang.

"Hari sudah hampir gelap, kita sambung sahaja esok siang. Bahaya kalau kita teruskan mencari" lantang suara Tok Jusoh mengarahkan mereka.

"Pak, Abang Zaki macam mana?" soal Anum sambil menangis teresak-esak. Bahunya terangkat kerana menahan sendu.

"Sabar, Anum. Esok kita sambung lagi ya. Usahlah bimbang. Tidak lama lagi Zaki akan ditemui" pujuk Tok Alang. Runtun hatinya melihat kesedihan di wajah Anum.

Ketika mereka berjalan meninggalkan kawasan sungai itu, Tok Jusoh tiba-tiba sahaja berhenti melangkah. Rokok daunnya yang tinggal sedikit di campak ke bawah. Dia mengerling ke arah jambatan usang itu dengan ekor matanya sahaja. Apa yang dia dapat lihat, seorang gadis bersama seorang lelaki muda berdiri tegak memandangnya sambil tersenyum sinis.

"Sudah ku jangkakan dari awal.. " ujar Tok Jusoh perlahan. Hanya dirinya sahaja yang mendengar apa yang dibicarakan.

***

Wati membawa sebesen ayam untuk disiang. Akhirnya, dapat juga dia merasa daging ayam hutan. Itu pun Pak Ngah Hitam yang bawa dari kampung seberang. Jika mahu diharap kepada suaminya, memang tidakkan merasalah dia. Tambahan pula sekarang ini, Tok Jusoh melarang keras Shahril keluar ke hutan sejak kematian teman suaminya masaitu.

Ayam dipotong dalam beberapa bahagian setelah bulu-bulunya habis dicabut bersih. Cadangnya dia mahu memasak ayam hutan lemak cili. Masakkan kegemaran dirinya dan juga Shahril. Sambil - sambil itu dia bernyanyi riang sakingnya dia gembira yang teramat sangat. Tiba-tiba sepotong ayam terjatuh ke bawah pelantar. Wati mengintai untuk mencari keberadaan sebahagian daging ayam tersebut. Setelah dia tahu di mana ayam itu berada. Wati berusaha menjulurkan tangannya untuk mengambil ayam itu semula, namun perbuatannya terhenti tiba-tiba.

Mata Wati membulat. Di bawah pelantar ada seekor ular yang besar sedang melahap daging ayam kepunyaannya. Kemudian, perlahan-lahan ular itu menyusur keluar dan menghilang di sebalik semak samun. Tubuh Wati menggeletar dan kakinya menjadi lemah untuk berdiri.

"Mak! Mak! Tolong Wati! Mak! Tolong Wati!" Wati menjerit sekuat hati. Takut jika ular sebesar pahanya itu akan kembali dan melahapnya pula. Tiba-tiba sahaja dia teringat akan cerita-cerita yang pernah di dengarinya dahulu. Cerita yang dikatakan sebagai karut dan dongengan. Kini dia percaya bahawa cerita yang di sampaikan oleh Tok Jusoh adalah benar.

Makcik Montel yang sedang melipat baju di beranda, segera berlari mendapatkan anak menantunya di belakang. Terkocoh-kocoh wanita bertubuh gempal itu berlari mendapatkan Wati yang sudah terlentang.

"Engkau ni kenapa Wati! Apa yang sudah jadi ni?"

"Ular mak.. ular. Wati nampak ular. Besar! Sangat besar mak!" jawab Wati terjerit-jerit.

"Di mana? Beritahu emak, di mana kau nampak ular itu?"

"Dia lalu di bawah ini mak, kemudian menghilang di semak sana. Wati takut mak. Ular itu besar"

"Sudah emak bilang berapa kali? Jangan kau buat lagi sebarang kerja rumah. Engkau itu hamil tua. Bila-bila sahaja kau akan beranak. Duduk sahajalah diam-diam. Nanti biar Shahril yang kerjakan ayam itu. Kau ni degillah. Sekarang tengok apa jadi?" marah Makcik Montel. Tubuh Wati di angkat perlahan lalu di papah masuk ke dalam. Ayam yang sudah di potong di angkat kemudian dan akhirnya di masak oleh Makcik Montel sendiri.

Bersambung..