Bab 3
Shahril dan Kiran berusaha untuk menyembunyikan diri. Berdoa agar mereka tidak di temui. Mereka sentiasa berwaspada dan menutup mulut agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi bising. Jika tidak mereka akan mati sia-sia.
"Sreeeettttt..."
Desiran kuat yang kedengaran semakin mendekat. Kedua lelaki itu semakin menggeletar tubuh badannya. Peluh dingin semakin banyak mengalir.
Kini dihadapan mata, dua ekor ular yang amat besar sedang menjalar sepanjang 20 meter. Shahril menelan air liur. Terasa pahit di tekaknya. Tidak pernah dia melihat ular sepanjang dan sebesar itu. Inilah kali pertama dia melihat di hadapan matanya.
Pasangan ular tersebut berlainan warna. Seekor berwarna hijau muda dan bersisik hitam, bermata putih. Seekor lagi berwarna hitam bersisik keemasan dan matanya berwarna hitam bersinar. Apalagi bila matanya terkena sinaran bulan terang malam itu. Shahril terpaku pada salah seekor dari dua ular yang ada di hadapannya.
"Cantik" puji Shahril. Anak matanya tepat memandang ke arah sang ular yang berwarna hijau.
"Apa kau merepek ni. Senyap sikit. Nanti tertangkap"
Shahril terdiam. Tidak lama kemudian, pasangan sang ular itu beredar dengan pantas dan dalam sekelip mata hilang dalam kepekatan malam. Hanya kelihatan pohon-pohon dan dedaunan bergoyang seperti dilanggar sesuatu.
Shahril dan Kiran perlahan-lahan merangkak keluar dari tempat persembunyian lalu pantas melarikan diri keluar dari hutan itu. Mereka berlari sekuat tenaga yang masih lagi bersisa. Segala peralatan yang di bawa, ditinggalkan begitu sahaja kerana ketakutan.
***
Tok Jusoh duduk di beranda menikmati angin malam. Di celah jari tidak pernah terlepas mengepit sebatang rokok daun yang menjadi kegemarannya sejak muda.
"Bapak, ini kopinya" kata Makcik Montel sambil menghulurkan secawan kopi panas. Asapnya meruap ke udara menimbulkan bau yang sangat harum.
Tok Jusoh mendongak ke dada langit. Melihat bulan penuh di atas sana.
"Aku punya firasat tidak enak malam ini. Sepertinya ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Aku harap, budak-budak itu selamat hendaknya di dalam sana" luah Tok Jusoh. Air kopi yang dihidang di hirup perlahan-lahan.
"Montel juga rasa begitu, Pak. Hati ini sentiasa berdebar-debar. Takut terjadi apa-apa kepada mereka." Luah Makcik Montel pula. Duduknya tidak senang sejak Shahril melangkah pergi.
***
Setelah puas berlari. Mereka berdua berjaya selamatkan diri keluar dari hutan tersebut.
Shahril berhenti dan melepaskan lelah sebelum menyambung larian mereka.
"Jangan buang masa. Mari kita pulang dan khabarkan kematian Fadil kepada Tok Jusoh"
Shahril meraup wajahnya yang lencun dengan peluh. Kemudian dia terus berlari menghala ke kampung halamannya.
***
"Tok! Tok! Tok Jusoh!" Dari jauh kedengaran jeritan lantang dari Kiran. Tok Jusoh yang sedang mengopi bersama Makcik Montel segera turun dari rumah dan berkaki ayam kerana ingin melihat gerangan yang menjerit namanya.
"Tok! Fadil Tok. Fadil!" Tercungap-cungap Kiran menarik nafas.
Shahril hanya mendiamkan diri. Tidak berani mahu menatap wajah datuknya. Sudah pasti dirinya akan dipersalahkan di atas apa yang berlaku kepada Fadil.
"Di mana Fadil? Mana dia Kiran? Shahril? Mana Fadil? Aku tanya ni!" Soal Tok Jusoh. Kolar baju Kiran di tarik dengan kasar oleh lelaki tua itu.
"Dia...Dia.." teragak-agak Shahril ingin berterus terang dan ianya membuatkan Tok Jusoh semakin berang. Serta merta riak wajah lelaki tua itu berubah menjadi tegang.
"Dia apa! Mati?!" Bentak Tok Jusoh. Matanya mencerlung memandang ke arah Shahril yang berdiri di sebelah Kiran. Lelaki itu hanya menundukkan wajahnya.
"Benar firasat ku, ada yang tidak beres. Hati aku rasa tidak enak dari semalam..sudah aku pesan semalam, jangan pergi! Tapi kamu degil! Langsung tidak mendengar kata aku" semua yang ada di situ kaku. Diam seribu bahasa. Takut nanti jika tersalah kata, semakin buruk keadaannya. Lelaki tua itu pula pantang disanggah atau di potong kata-katanya apalagi jika dia berada dalam keadaan amarah.
"Kiran! Khabarkan kepada orang kampung, berkumpul di rumah ku sekarang ini juga" arah Tok Jusoh kepada Kiran. Sepantas kilat lelaki itu berlari meninggalkan halaman rumah Tok Jusoh.
"Ini berlaku kerana kau, Shahril. Degil! Sekarang nyawa orang kampung menjadi bahaya. Dia pasti datang ke sini cari kau dan juga Kiran. Kerana kamu sudah melanggar perjanjian. Hutan itu tidak boleh di jejaki manusia. Kampung ini pasti akan ada kematian tidak lama lagi"
Shahril tidak berkutik apalagi mahu memandang wajah bengis datuknya. Dia akui kesilapan yang dia lakukan. Jika dia tidak ingkar, sudah tentu Fadil masih lagi bernyawa.
"Fadil, maafkan aku" luah Shahril di dalam hati.
Dalam masa setengah jam, seluruh penduduk kampung sudah berkumpul di halaman rumah Tok Jusoh. Suasana menjadi bising dengan suara-suara mereka dan ianya menjadi tanda tanya.
"Kenapa Tok panggil kami ke sini malam-malam? Apa yang sudah terjadi?" Soal Ripat. Salah seorang dari penduduk yang berada di situ.
"Aku minta maaf kepada kalian kerana menyuruh kalian datang ke rumah aku. Sebenarnya aku ada perkhabaran sedih. Fadil anaknya si Amat sudah mati"
Serta merta keadaan menjadi hari biru dengan suara-suara bising mereka. Ada yang masih tidak percaya.
"Benarkah Tok?" Tanya seorang lagi dari mereka.
"Aku mahu kalian menghantar anak-anak, isteri dan orang-orang tua kalian ke kampung saudara mara untuk sementara. Nyawa mereka dalam bahaya dan kita harus berhati-hati mulai sekarang. Jangan ada yang keluar malam."
"Ini perintah berkurungkah Tok. Saya kerja pagi. Pulangnya malam Tok. Bagaimana? Takkan saya mahu ambil cuti lagi. Nanti mandur marah dan saya di berhentikan kerja." Kata Dilan, seorang pemuda yang baru sahaja habis sekolah. Dia bekerja di kilang sawit yang baru dibina dua tahun lepas di kampung itu.
"Yang penting kamu berhati-hati. Pulang sahaja dari kerja jangan lagi keluyuran ke mana-mana. Keadaan kita sekarang darurat."
"Tok! Cuba berterus terang dengan kami Tok. Apa yang berlaku?"
"Ini tentang perjanjian. Perjanjian yang diiringi sumpahan. Hanya orang-orang tua asal termasuk aku yang tahu akan hal itu. Kini perjanjian itu sudah dilanggar oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Kita semua terpaksa terima bahananya." Kedengaran tegas dalam nada Tok Jusoh sambil itu dia menjeling sekilas Shahril yang berdiri bersebelahan dengannya.
"Maksud Tok? Kisah dongeng pasangan ular itu? Bunga?"
Perlahan Tok Jusoh mengangguk mengiyakan.
"Kami tak percayalah Tok. Ini semua cerita dongeng. Kami bukan kanak-kanak Tok. Kalau Tok bercerita depan si Siti ni, mungkin dia suka" ujar lelaki bermisai itu sambil menjuihkan bibirnya yang tebal dan lebam. Tangannya pula mengusap-ngusap rambut anak perempuannya yang baru berusia 5 tahun.
"Aku sendiri sudah lihat mereka di hadapan mataku. Ular itu besar dan tinggi setinggi pohon kelapa. Tubuhnya panjang. Matanya bersinar bagaikan rembulan. Dan mereka bisa menelan kita hidup-hidup" kata Shahril panjang lebar.
"Kami bukan anak-anak kecil Shah! Kami sudah tua semuanya. Kamu fikir kami ni bodoh? Ini tahun 2019. tahun di mana semuanya hidup dengan benda canggih. Bukannya tahun di mana nenek moyang kita masih berakit dan berkaki ayam."
Tok Jusoh menggigit bibir. Geram sungguh dengan anak-anak buahnya. Perkara yang terjadi bukanlah perkara yang boleh di jadikan bahan gurauan. Tapi perkara ini adalah berkaitan nyawa dah hidup mati mereka.
"Kalau begitu, kalian pulanglah. Sudah aku peringatkan. Tapi kalian degil. Ini pesan terakhir aku.. jika ada sesuatu yang berlaku kepada kalian atau keluarga, jangan sesekali mengadu denganku. Kalian tanggung sendiri apa yang kamu hadapi nanti. Aku sudah tidak mahu ambil tahu. Sekarang pulanglah ke rumah masing-masing. Kiran, kamu juga. Pulanglah. Ingat pesanku. Kamu jaga diri kamu baik-baik. Mari kita masuk" riak wajah Tok Jusoh mempamerkan kerisauan dan muram. Shahril, Makcik Montel dan juga Wati menyusul dari belakang.
***
Di dalam kegelapan malam di celah-celah pohon tebu milik Tok Jusoh, berdiri seorang gadis. Matanya bersinar terang bila dilihat dari jauh. Di wajahnya terukir satu senyuman dihujung bibir.
Bersambung..